Pelakon Syafiq Kyle mengucapkan tahniah dan gembira atas kejutan lamaran yang diterima rakan selebriti, Uqasha Senrose oleh pelakon, Kamal Adli sejurus menyampaikan trofi di Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020), pada Ahad.

Momen tersebut bukan hanya mengejutkan peminat, malah rakan artis termasuk Syafiq sendiri.

“Tahniah, Saya Mendoakan Yang Baik-Baik Untuk Mereka,” – Ucapan Syafiq Kyle Buat Kamal Adli-Uqasha Senrose

“Tahniah, saya mendoakan yang baik-baik untuk mereka. Saya terkejutlah… Sebab lamaran sedemikian jarang-jarang berlaku.

”Tambahan pula saya berada di barisan hadapan. Akan tetapi saya gembira untuk dia.

“Sebab saya tahu mereka sudah lama bersama, happy untuk diaorang. Doakan yang baik-baik.

IKLAN

“Pada masa sama, saya juga minta kalian mendoakan yang baik-baik juga untuk saya,” katanya kepada MH.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai soal jodohnya pula, pemilik nama lengkap Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 28, mengakui menunggu masa sesuai untuk bercerita lanjut tentang perkara tersebut.

“Saya tidak rasa tertekan selagi ibu saya tidak ‘menekan’ sayalah (untuk berkahwin). Bagaimanapun, dia pernah bertanya mengenai hal tersebut.

“Sejujurnya, saya nervous… Kita ni merancang. Sebaiknya, saya mahu merancang untuk diri saya terlebih dulu. Apabila saya sudah ‘complete’, ada jawapan yang ‘solid’ dan sudah boleh untuk kongsi, barulah saya bersedia.

IKLAN

”Cuma bila, saya pun tidak pasti. Niat ke arah itu memang ada, insya-Allah,” katanya yang berjaya ungguli dua trofi AME tahun ini iaitu Fesyen MeleTOP dan Bintang Filem MeleTOP.

“Tahniah, Saya Mendoakan Yang Baik-Baik Untuk Mereka,” – Ucapan Syafiq Kyle Buat Kamal Adli-Uqasha Senrose

Terdahulu, Kamal Adli membuat kejutan apabila melamar Uqasha Senrose di pentas ketika siaran langsung AME2020 di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Sambil melutut di hadapan aktres terbabit, Kamal, 34, melafazkan kata lamaran dengan menyerahkan sebentuk cincin buat pelakon cantik berusia 28 tahun itu.

IKLAN

Sambil menyatakan persetujuan apabila dilamar, pasangan pelakon Perempuan Tanpa Dosa itu mendapat sokongan penonton sekali gus meleraikan teka-teki mengenai hubungan mereka berdua.

Sebelum ini, hubungan baik mereka menarik perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas keduanya digandingkan dalam drama Setelah Terlafaznya Akad, tahun lalu.

“Tahniah, Saya Mendoakan Yang Baik-Baik Untuk Mereka,” – Ucapan Syafiq Kyle Buat Kamal Adli-Uqasha Senrose

Malah beberapa bulan lalu, pengarah drama Perempuan Tanpa Dosa, Michael Ang dilaporkan secara tidak sengaja turut bertanya kepada Kamal dan Uqasha apakah mereka pernah mengikuti kursus perkahwinan di Kuantan, Pahang, ketika penggambaran drama terbabit.

Foto: Astro, Instagram Syafiq Kyle

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI