Pelakon, Fauzi Nawawi ada meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir pihak yang telah menyalahgunakan foto keluarganya untuk tujuan promosi di laman media sosial.

Tambahan pula, foto tersebut digunakan tanpa kebenaran dan keizinan oleh dirinya.

Suami kepada pelakon Lisdawati ini menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu sikap yang tidak bertanggungjawab.

“Salam semua semoga anda dan Keluarga dilindungi Allah dari kesulitan dan kesusahan hidup ..

IKLAN

“Saya tak suka nak marah 2 pepagi ni tapi tolong lah jgn buat hal yg boleh menaikkan nafsu Amarah org lain dgn buat kerja tak betul ni ..

“pada acc FB dan insta yg Saya post ni tolong delete gambar Saya dan family yg Tak de kena mengena dgn pelaburan anda kami tak tahu menahu pun ttg pelaburan tu dan gambar kami sekeluarga dijadikan alat utk menarik minat pelabur Kalau minta izin at least kami tahu,” tulisnya.

Dalam pada itu, Fauzi memberitahu akan memgambil tindakan untuk membuat laporan polis sekiranya pihak tersebut tidak memadam foto berkenaan dalam tempoh 12 jam.

IKLAN

“Kalau pelaburan tu sejenis scammer !!?? Apa jadi pada pelabur dan Keluarga Saya ??? Saya minta sgt acc ni di delete dlm masa 12 jam dari sekarang atau Saya akan buat laporan polis ..

“Saya tak kisah Kalau gambar kami digunakan utk tujuan promosi produk atau program yg manfaat! Tapi jgn salah gunakan .. Saya berterima kasih pada yg tolong bgtau Saya ttg akaun2 fake yg menguna pakai gambar artis dan celebriti

IKLAN

“Saya Harap sgt anda semua bg kerja sama pada kami sebelum lebih ramai lagi yg teraniaya  #fakeaccount #policereports #fauzinawawi,” tulisnya lagi.

“Saya Minta Sangat Akaun Ni Padam Dalam Masa 12 Dari Sekarang Atau…,” – Fauzi Nawawi

Foto: Instagram Fauzi Nawawi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI