Penyanyi, Liza Hanim mendedahkan dia sebenarnya tidak kisah untuk menyanyikan lagu hasil ciptaan penulis atau komposer muda asalkan karya tersebut memiliki kualiti yang tersendiri.
Menurut Liza, dia sebenarnya sangat terkejut bila pertama kali mendengar demo lagu Bahagiakan Dia ciptaan sepenuhnya penyanyi dan penulis muda, Alif Iskandar.
Bahagiakan Dia merupakan lagu duet hasil kolaborasi diantara Liza dan penyanyi popular, Sheila Amzah.
“Sewaktu kali pertama saya dengar lagu Bahagiakan Dia, saya tak tahu pun siapa yang cipta sebab saya nak tolak tepi semua perkara itu. Siapa nama dan orangnya itu tidak penting asalkan lagunya bagus.
“Bila dengar, saya memang dah tertarik. Saya cakap kepada pengurus saya yang lagu ini sangat sedap. Kemudian baru saya tanya siapa penulisnya. Bila pengurus saya sebutkan nama penciptanya, ternyata saya tak kenal kerana dia merupakan penulis muda.
“Pada saya, tidak kisahlah sama ada orang baru atau lama, asalkan lagu itu mempu memberi kesan, itu dah cukup bagus. If you’re good, you’re old enough. Mudah je bagi saya. Semua orang harus bermula disuatu tempat.
Ads
“Harapnya ini merupakan satu permulaan yang akan menaikkan terus nama Alif Iskandar. Kami amat bertuah kerana kami merupakan penyanyi pertama yang mendapat sentuhan yang kami boleh sifatkan sebagai karya agung daripada Alif Iskandar,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi, Syahrin Indigo ini juga berharap agar lebih banyak platform dan peluang dapat diberikan kepada komposer muda ini agar industri kita tidak ketandusan karya-karya yang berkualiti.
“Mudah sahaja, bawakan kepada kami material lagu yang bagus. Namun, kalau tiada peluang yang diberikan kepada pelapis-pelapis baharu ini, kita akan mula ketandusan karya-karya yang baik.
Ads
“Kesannya nanti terhasillah benda-benda yang mengarut dan semua penyanyi nak bawakan lagu cover.
Sementara itu, Sheila pula menyarankan kepada para komposer di luar sana untuk lebih mengutamakan kualiti di dalam penulisan mereka berbanding mengejar populariti semata-mata.
“Seperti kita tahu, zaman sekarang ini, aplikasi Tik Tok sangat popular. Kalau kita biarkan perkara ini berlarutan, semakin hilang karya-karya kompleks dan berat ini. Mereka akan lebih memilih untuk kejarkan lagu-lagu berdurasi tiga minit untuk dipasarkan di Tik Tok.
Ads
“Namun, saya tak kata itu satu kesalahan sebab pasaran di Tik Tok adalah untuk semua orang tapi kita kena tahu kedudukan kita di mana. Sebab itu kita kena jadi lebih bijak sebab zaman dah berubah,” ulasnya.
Sekadar informasi, Bahagiakan Dia juga merupakan lagu runut bunyi bagi drama terbaru yang berjudul, Cinta Hilang kata.
Muzik video lagu ini juga kini boleh ditonton di saluran Youtube Indigital.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Liza Hanim & Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyanyi, Alif Satar memanjat rasa syukur kerana berpeluang untuk menunaikan solat fardhu jumaat secara berjemaah di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur hari ini.
Difahamkan, pihak kerajaan telah menetapkan syarat untuk tidak membenarkan sebarang aktiviti perhimpunan di masjid atau rumah ibadat dijalankan selepas bilangan kes positif Covid-19 kembali meningkat di seluruh negara.
Selain itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya ahli jawatankuasa masjid atau rumah ibadat dibenarkan hadir di negeri yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan jumlah maksimum lima orang.
“Alhamdulillah.. after so many weeks… finally. wear your mask, bring your own sejadah..
“Doa semoga semuanya beransur pulih, insyaAllah. Terima kasih warga @masjidwilayahpersekutuan membantu jemaah yang hadir agar semua dapat beribadah dalam keadaan selesa, dengan mengikut SOP yang ditetapkan.
“Salam jumaat, al kahfi mode ON! @iktikafalif,” tulisnya.
Menerusi di ruangan komen, rata-rata peminat berharap agar penularan wabak Covid-19 ini segara berakhir supaya orang ramai dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala.
Foto: Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain pemuzik, Fendy Adlun membuat pendedahan mengenai kisah perpisahan bersama bekas isteri yang juga vokalis wanita untuk kumpulan Caliph Buskers, Nurnadira Rubina, wanita ini turut memberikan pencerahan mengenai kisah perceraian mereka lebih dua tahun lalu.
Menerusi Instagram, pemuzik dan penyanyi ini memberikan penjelasan panjang.
Jelasnya, apa yang dikongsikan adalah bagi menjelaskan kekeliruan.
“Kisah semalam hanya sejarah yang mengajar diri untuk menjadi lebih kuat. Dua tahun merahsiakan, jalan yang terbaik adalah berterus-terang agar tiada lagi kekeliruan dan tanda tanya dari mana-mana pihak.
”Tiada siapa yang inginkan perpisahan. Namun sebagai manusia, siapa kita untuk menidakkan apa yang sudah tertulis. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya, aku redha dengan ketentuan ini.
”Allah takkan turunkan sesebuah ujian jika kita tidak mampu untuk menghadapinya.
Tiada lain yang diharapkan, walau pun hubungan kita sebagai suami isteri telah pun berakhir, aku harap kita dapat berbaik jadi kawan sampai bila-bila.
”Moga kita dapat menjalankan amanah dan memikul tanggungjawab untuk bersama-sama menjaga dan membesarkan puteri kesayangan kita, Nurazalea Zafirah dengan baik, dengan penuh kasih sayang,” maklumnya.
Dia pada masa sama turut merakamkan ucapan terima kasih buat bekas suami atas tanjunggawabnya selama ini.
“Buat Fendy yang pernah menjadi suamiku suatu masa dulu, terima kasih kerana telah hadir dalam hidup ini.
”Terima kasih kerana telah menjagaku walau dalam waktu yang singkat. Berjuta kemaafan ku pohon dari hati yang terdalam.
”Aku mohon ampunkan segala salah silap sepanjang beberapa tahun aku menjadi isteri, halalkan segala makan minumku selama ini. Meski pun jodoh kita tak panjang, jangan anggap ini sebagai yang terakkhir untuk kita.
”Tapi anggaplah ini sebagai satu titik permulaan untuk kita memulakan cerita baru, juga langkah baru dalam fasa kehidupan yang baru.
”Aku doakan semoga kau berbahagia, moga dipertemukan dengan insan yang lebih baik. Satu je aku nak pesan, cari pasangan yang bukan hanya sekadar sayang diri kita, tapi carilah seseorang yang boleh terima kita seadanya, boleh terima dan sayang anak kita seperti anak-nya sendiri walau dalam apa jua sekali pun keadaan atau kondisi anak kita.
”Dengan penjelasan ini, diharapkan selepas ini kita dapat menjalani kehidupan masing-masing dengan lebih tenang.
”Moga ada sinar kebahagiaan dan kebaikan untuk kita berdua. Sekali lagi, maafkan aku.
Ikhlas dari: Nurnadira rubiana,” jelas Nadira panjang lebar.
Fendy turut berkongsi luahan hatinya di laman Instagram mengenai hal terkait.
Tidak dinafikan, sambutan hari raya Aidilfitri tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun sebelumnya akibat penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia.
Tambahan pula, pihak kerajaan telah menetapkan beberapa syarat untuk sambutan hari raya Aidilfitri ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), antaranya tidak membenarkan penduduk melakukan perjalanan rentas negeri.
Pelakon dan penerbit, Sheila Rusly ada memuat naik beberapa keping gambar di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi entri berkenaan, Sheila berkongsi momen ketika membuat persiapan untuk menyambut hari raya Aidilfitri bersama peminat.
“Gigih Tok Sidang pasang panjut!! 3 hari lagi nak Raya komer.
“Selalunya time ni sis dah dekat highway @jinggo_jspictures #takbalikkampung #sentiasabersyukur #alhamdulillah,” tulisnya.
Susulan insiden disapa oleh seorang wanita warga emas yang tidak mengenali dirinya sebelum ini, aktres Fasha Sandha memaklumkan dia langsung tidak tersinggung dan menganggap perkara tersebut sebagai sesuatu yang normal.