Menyedari kepetingan pendidikan Islam buat generasi muda, pendakwah bebas yang juga selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 27, memperkenalkan pra sekolah, Islah Junior yang memberi fokus kepada pemahaman agama Islam sedari kecil selain pembelajaran lain.
Menurut PU Riz yang juga pengasas bersama dengan Mohd Fakhruddin Mohd Ariff, silibus sekolah itu membantu kanak-kanak mendapat pendidikan yang seimbang antara dunia dan akhirat.
“Apabila isteri hamil, saya mula fikir anak kena utamakan pendidikan. Selepas ada anak, saya berfikir lebih lagi terutama membabitkan pendidikan agama Islam untuk masa depannya.
“Ini satu lagi cabang perniagaan yang saya terokai. Kalau ditanya kenapa saya terbabit, ia adalah untuk anak bangsa. Kalau tak fokus dari usia awal kanak-kanak, nanti banyak mereka terlepas contohnya dalam bab agama.
“Saya nak melihat anak-anak kita membesar dengan ilmu dunia dan akhirat yang seimbang. Kalau boleh nak mereka ada pemahaman agama sedari kecil,” katanya.
Menurut PU Riz, Islah Junior khusus buat kanak-kanak berumur tiga hingga enam tahun.
“Sebelum ini Che Din (Mohd Fakhruddin) pernah buka sekolah sendiri. Selepas ada pengalaman yang luas, dia nak buka sekolah sendiri pula. Jadi, dia ajak saya untuk turut serta sebagai pengasas bersama. Saya cakap, nak tengok kertas kerja dan cadangan dulu.
“Pada awalnya saya tengok satu persatu dulu dari segi silubus dan sistem yang bakal digunakan. Kebetulan jurusan pengajian saya dulu adalah pendidikan, jadi saya tengok pendekatan pengajaran mereka bagus.
“Keunikannya adalah penggunaan bahasa pelbagai iaitu ‘uncomman words’ yang menjadikan penggunaaan kosa kata itu pelbagai. Itu yang saya minat dan akhirnya ambil keputusan untuk terbabit sama,” katanya.
Mengulas lanjut, peranannya adalah lebih kepada penyediaan silibus subjek berkaitan agama Islam selain bertindak dari segi perancangan pengajaran, promosi dan pemasaran.
“Islah Junior secara rasmi ditubuhkan awal tahun ini dan baharu saja dirasmikan pada 1 Julai lalu. Ini sekolah baharu dan nama pun saya yang bagi.
“Alhamdulillah, sekarang sekolah ini sudah ada empat cawangan iaitu di Shah Alam, Klang, Putrajaya dan Cyberjaya.
“Bahasa pengantar dalam bahasa Inggeris dan Arab. Guru-guru pula majoriti yang mendidik sekurang-kurangnya lepasan Diploma Pendidikan sama ada dalam bidang Inggeris atau Arab. Kurang daripada itu, mereka menjadi penjaga dan membabitkan pengurusan di sekolah.
“Insya-Allah, esok kami akan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universiti Selangor (Unisel) yang mana pelajar bidang pendidikan mereka boleh menjalani latihan industri (praktikal) di Islah Junior,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama pelakon Anna Jobling kian meraih populariti selepas drama lakonannya, Melur Untuk Firdaus menjadi fenomena bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia juga.
Terbaharu, Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, akui terkejut apabila mengetahui namanya sebaris sebagai calon tunggal dari Malaysia menerusi senarai 100 Wajah Tercantik 2022 oleh TC Candler.
“Saya sangat bersyukur dicalonkan dalam kategori ini. Memang terkejut dan tak sangka diiktiraf 100 yang memiliki wajah jelita bukan di Malaysia saja, tapi dunia. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.
Pernah bertanding dalam pertandingan Dewi Remaja sebelum ini, gadis kacukan Melayu-Inggeris ini berpendapat takrifan kecantikan sebenar bermula dari dalaman.
“Mungkin orang akan cakap cantik itu dari luaran tapi ia sangat subjektif.
“Walaupun klise tapi bagi saya kecantikan itu datang dari dalaman seseorang.
“Kalau ada sikap terpuji, karakter baik, secara automatik akan menjadikan seseorang cantik di luaran serta dalaman.
“Tak kisah paras rupa macam mana, tapi kalau sayang diri, yakin, ia secara langsung akan cantik daripada segala segi,” katanya lagi.
Selain Anna, turut tersenarai ialah anggota kumpulan Kpop Blackpink, Jisoo, pelakon Amerika Syarikat, Camilla Belle dan model Vietnam, Kiko Chan.
Tahun lalu, ahli kumpulan Dolla, Tabby menjadi satu-satunya artis wanita tempatan tersenarai dalam kategori itu.
Senarai tahunan 100 Wajah Tercantik itu dimulakan TC Candler sejak 1990 bersama The Independent Critics.
Penganjurannya diiktiraf antara yang paling berprestij dan diperakui di seluruh dunia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Carian Internet, Instagram Anna Jobling
Foto: Instagram Anna Jobling
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti terkenal Indonesia, Melly Goeslow memaklumkan dirinya kini sedang mendapatkan rawatan di hospital bagi persediaan menjalani pembedahan bariatrik atau sinonim disebut ‘potong usus’ sebagai bahasa pasar.
Menurut Melly, meskipun bukan mudah baginya untuk membuat keputusan tersebut, namun dia menyifatkan ia sebagai langkah terbaik untuk mendapatkan tubuh yang sihat dan ideal.
“Bismillah aku mahu membahagikan momen bahagiaku. Salah satu langkah besar dalam hidupku yang nyata sangat menyenangkan.
“Aku melakukan bariatric. Teman-teman semua silalah cari tahu apa itu bariatric. Aku pasti akan kongsi juga operasinya nanti. Semua ini adalah perjalanan menuju untuk mencapai tubuh ideal dan sihat pastinya,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Gantung itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Lantaran itu, dia berharap agar prosedur pembedahan ini dapat berjalan dengan lancar.
“Bersyukur sangat dapat jumpa Dr. Peter. Dia jadikan aku sangat teruja melakukan bariatric. Tak sabar nak kongsikan hasilnya.
“Terima kasih my love Anto Hoed selalu menyokong dan setia menemaniku,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar segala urusan Melly sepanjang menjalani prosedur tersebut akan dipermudahkan.
Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih hampir 400,000 jumlah tontonan di Instagram.
Bintang ini turut berkongsi video terkini mengenai perkembangan dirinya ketika ini menerusi platform sama.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.