Pelakon dan pengacara Syafiq Nazri menzahirkan rasa syukur selepas memaklumkan isterinya, Nadia Azlan Shah telah selamat melahirkan cahaya mata keduanya pada Rabu di sebuah hospital swasta dia Putrajaya.

Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syafiq menerusi entri terkini di laman Instagram.

Menurut pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati itu lagi, bayi lelakinya itu telah dilahirkan tanpa sebarang komplikasi tepat jam 1.42 petang.

“Lahir Pukul 1.42 Petang? Berat 3.3Kg,” – Isteri Pelakon Syafiq Nazri Selamat Bersalin, Nama Zayn Idrees Jadi Pilihan “Lahir Pukul 1.42 Petang? Berat 3.3Kg,” – Isteri Pelakon Syafiq Nazri Selamat Bersalin, Nama Zayn Idrees Jadi Pilihan

“Assalamualaikum aunties dan uncles, nama saya Zayn Idrees. Saya lahir pukul 1.42 pm dengan berat 3.3kg,” tulisnya.

Menerusi posting yang sama, Syafiq turut memaklumkan dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan anak mereka itu Zayn Idrees.

IKLAN

“Lahir Pukul 1.42 Petang? Berat 3.3Kg,” – Isteri Pelakon Syafiq Nazri Selamat Bersalin, Nama Zayn Idrees Jadi Pilihan “Lahir Pukul 1.42 Petang? Berat 3.3Kg,” – Isteri Pelakon Syafiq Nazri Selamat Bersalin, Nama Zayn Idrees Jadi Pilihan “Lahir Pukul 1.42 Petang? Berat 3.3Kg,” – Isteri Pelakon Syafiq Nazri Selamat Bersalin, Nama Zayn Idrees Jadi Pilihan

“And i love lots and lots of hugs. Special thanks to the doctors and nurses sebab baik sangat dengan mummy saya,” kongsinya lagi.

Sementara itu, Nadia turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang telah mendoakan kesejahteraan bayi serta dirinya di ruangan Instagram stories.

“Lahir Pukul 1.42 Petang? Berat 3.3Kg,” – Isteri Pelakon Syafiq Nazri Selamat Bersalin, Nama Zayn Idrees Jadi Pilihan

IKLAN

“Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak kepada semua pihak yang mendoakan Nadia. Maaf sebab tak dapat balas satu per satu.

“Amin atas doa kalian dan Nadia doakan semoga semua itu berbalik kepada kepada anda semua. Semoga Allah permudahkan urusan kalian juga.

“Untuk mommy yang tengah menunggu hari, good luck jangan pernah stop atau lupa untuk berdoa. Minta semuanya dipermudahkan,” ujarnya.

IKLAN

“Lahir Pukul 1.42 Petang? Berat 3.3Kg,” – Isteri Pelakon Syafiq Nazri Selamat Bersalin, Nama Zayn Idrees Jadi Pilihan “Lahir Pukul 1.42 Petang? Berat 3.3Kg,” – Isteri Pelakon Syafiq Nazri Selamat Bersalin, Nama Zayn Idrees Jadi Pilihan

Sekadar informasi, Syafiq dan Nadia telah mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 19 Mac 2017.

Pasangan ini juga telah terlebih dahulu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Dahlia Sumayyah yang kini baru barusia 2 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto : Instagram Syafiq Nazri & Nadia Azlan Shah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI