Pelakon dan pengacara, Yasmin Hani mendedahkan dirinya tidak mahu terlalu mengambil pusing tentang komen-komen lantang netizen berkaitan kehidupan peribadi dan pemakaiannya yang dikatakan agak seksi.
Menurut pemilik nama lengkap Yasmin Hani Ismail Richardson ini, dia tidak mahu keadaan mentalnya terjejas jika terlalu memikirkan apa yang diperkatakan oleh orang luar.
“Biarlah mereka yang ingin mencari kesalahan itu berbuat sebegitu. Bagi saya kesalahan ini tidak akan pernah habis. Yang komen ini pun bukan mengikuti saya di media sosial. Malah, hantaran mereka juga kosong.
“Jadi, saya ambil pendekatan untuk padam dan sekat sahaja komen-komen tersebut sampai bila yang saya mampu. Mereka ini tidak akan hilang di dunia. Sama ada anda ingin hidup atau tidak dengan mereka. Saya memilih untuk tidak,” katanya kepada MH.
Yasmin berkata sedemikian saat ditemui pada majlis sidang media drama Bukan Cinta Sempurna, baru-baru ini.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ini mahu lebih menghargai orang-orang yang sentiasa menyokong dan memberikan aura positif di dalam hidupnya.
“Pada akhirnya nanti, saya akan lebih menghargai orang-orang yang menyokong saya. Saya hanya menjalani kehidupan saya sendiri dan tak buat jahat pada orang.
Ads
“Saya jaga orang-orang disekeliling saya. Saya buat kerja saya dengan bagus dan sentiasa memberikan yang terbaik. Saya sentiasa bersikap profesional.
“Buat mereka yang selalu memberikan kata-kata semangat dan menyokong saya, saya lebih menilai orang-orang seperti ini. Saya tiada masa nak baca komen dan menangis di tepi bucu katil,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai penerimaan keluarga apabila namanya sering kali menjadi perhatian sejak akhir-akhir ini, ini respon Yasmin;
“Keluarga saya tak ambil tahu pun. Yang paling penting sekali, sebelum orang luar tahu apa-apa, ibu saya akan tahu dahulu. Dia tinggal bersama saya.
Ads
“Saya ada dunia keluarga saya dan anda juga sebegitu,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Yasmin akui keliru dengan tindakan netizen yang mempersoalkan mengenai pemakaiannya sedang fesyen tersebut sudah pun digayakannya sejak masih muda.
“Saya daripada dahulu lagi pakai baju yang sama cuma orang tak perasan. Mungkin dahulu saya berpakaian sebegitu semasa bujang dan berkahwin.
“Selepas bercerai pun saya berpakaian seperti itu tapi reaksi orang pula berbeza. Saya sendiri tak tahu kenapa. Mungkin ada yang dengki.
“Saya hanya menjadi diri sendiri dan saya tak pernah bertukar-tukar personaliti,” akhirinya.
Ads
Baru-baru ini, Yasmin dikecam hebat netizen gara-gara berkongsi gambar di Instagram yang memaparkan dirinya mengenakan pakaian renang yang dikatakan agak seksi.
Malah, hubungan cintanya bersama pelakon, Alif Hadi juga sering kali diperkatakan netizen gara-gara kerap berkongsi hantaran mesra di media sosial.
Sekadar informasi, Yasmin dan bekas suaminya, Sha’arin Mohamed Razali mendirikan rumah tangga pada 2011, sebelum memutuskan untuk berpisah pada 2021.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan dua anak iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Yasmin Hani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Keakraban dua pelakon, Ozlynn Watie dan Fasha Sandha memang menarik perhatian netizen, lebih-lebih lagi apabila isteri kepada Johan ini ada memuat naik memori bersama.
Ozlynn memuat naik posting berkenaan menerusi Instagram beberapa hari lalu.
Menerusi foto yang dimuat naik, Ozlynn ada memaklumkan mereka berdua sering menghubungi satu sama lain malah tidak menyangka, anak mereka ketika sama-sama mengandung juga ialah anak perempuan.
“Dari mengandung ibu selalu dengan mama. Kadang ibu tak boleh tidur, ibu teks mama. Sama juga dengan mama. Tak sangka anak dalam kandungan ibu dan mama sama-sama perempuan,” tulisnya.
Lalu, perkongsian tersebut turut disertakan dengan memori persahabatan mereka hinggalah pada anak masing-masing.
Pelakon drama, Mathni Razak mendedahkan tahun lalu dia pernah berhasrat untuk memiliki cahaya mata perempuan selepas dia dan isteri selamat menimang anak sulung lelaki yang kini mencecah usia lima tahun.
Dan kini, harapan serta doanya dimakbulkan Allah SWT.
Sambil merakamkan rasa syukur, Mathni atau nama sebenarnya, Ahmad Mathni bin Ab Razak,32, menerusi Instgaram turut berkongsi nama anak perempuannnya yang dilahirkan kurang dua minggu sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri.
“Bulan puasa tahun lepas teringin nak baby girl. Alhamdulillah dengan izin Allah 10 hari terakhir Ramadhan isteri selamat melahirkan baby girl yang diidamkan.
“Maryam Ramadhani nama diberi, semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah berjaya dunia akhirat. Aamiin Aamiin Ya Rabb.
“Anyway Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin dari saya & keluarga,” tulisnya bersama pautan foto keluarga yang sedondon berbaju raya rona hitam.
Imbas kembali, Mathni dan isterinya, Azrin Zulkepli mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 dan anak lelakinya diberi nama Abd Mateen Arjuna.
Foto: Instagram Mathni Razak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Setelah menempa nama dan mengecap pelbagai kejayaan hebat sepanjang 28 tahun penglibatan dipersada muzik tanah air, kini ramai yang merasakan sudah tiba masanya penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dikurniakan gelaran biduanita negara.
Bercakap mengenai perkara tersebut, Siti memaklumkan dirinya tidak terlalu mengejar sesuatu pengiktirafan sebaliknya dia percaya setiap gelaran itu akan hadir dengan sendiri seiring dengan usaha keras seorang anak seni.
“Dalam satu masa, saya ucapkan alhamdulillah.
“Namun, dalam sisi lain pula, saya menganggap, kalau perkara itu nak terjadi atau pengiktirafan itu ingin diberikan, sampai masanya akan dapat juga,” katanya kepada MH.
Jelas penyanyi lagu Purnama Merindu itu lagi, walau apapun yang berlaku, fokusnya hanyalah untuk menghasilkan karya terbaik selain menghiburkan para peminat yang telah menyokongnya selama ini.
“Namun, tak perlulah saya sampai terlalu berharap sangat kerana kerja-kerja yang saya lakukan ini memang minat dan kesukaan saya.
“Malah, saya juga suka melihat peminat saya gembira. Saya pun tidaklah terlalu
memikirkan sangat tentang ganjaran
bila buat sesuatu perkara.
“Saya buat semua ini kerana ia menggembirkan hati saya. Saya rasa senang dan seronok bila dapat menggembirakan hati orang lain,” ulasnya lagi.
Tedahulu, menerusi satu hantaran di laman Instagram, Siti akui teruja perjalanan seninya sudah pun meniti usia genap 28 tahun, hari ini.
Menurut ibu kepada dua orang cahaya mata ini lagi, perjalanan hampir tiga dekad ini telah mematangkan dirinya dan banyak memberikan pengajaran hidup.
Malah, dikesempatan itu juga, Siti turut merakamkan ucapan perhargaan kepada semua pihak yang telah menjadi tulang belakang dan saksi kejayaannya sepanjang 28 tahun bergelar anak seni.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit: Instagram CTDK
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nina Iskandar mengesahkan dia telah pun bercerai dengan bekas suaminya, Azlan Adzanan, sejak tahun lalu.
Menurut Nina, 34, perceraian talak satu itu bukan melibatkan...