Program realiti popular, Gegar Vaganza musim ke sepuluh atau All Stars Gegar Vaganza (GV10) kini kembali sekaligus memulakan saingannya bermula 24 September depan.
Lebih istimewa, edisi kali ini menampil 10 bekas juara dari musim pertama hingga kesembilan.
Barisan bintang yang akan kembali bertanding adalah Ayai, Siti Nordiana, Azharina, Naqiu dan Hardy Mirza.
Turut sama bersaing bagi merebut gelaran juara kali ini termasuk Noryn Aziz, Datuk Aishah, Cliff Umar, Aliff Aziz serta Jaclyn Victor.
Ads
Sementara itu lima peserta pilihan yang terdiri pemenang tempat kedua ketiga dan keempat juga disenaraikan menerusi kerusi ‘hot seat’.
Bagaiamanapun hanya empat yang terpilih akan bertanding di pentas GV10 bersama sepuluh peserta lain yang akan akan dipilih berdasarkan undian penonton.
Ads
Sama sebelum musim terdahulu, barisan juri ialah maestro muzik Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.
Ads
‘All Stars Gegar Vaganza’ masih mengekalkan format asal penjurian yang diadili berdasarkan sistem pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional.
Peserta yang mendapat markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM200,000.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ramai yang memberikan reaksi positif selepas pelakon dan pengacara, Raja Azura berkongsi kejayaan puteri bongsunya, Puteri Mia Maizura,18, yang meraih empat anugerah terbaik dalam bidang akademik dan kokurikulum dalam satu majlis, baru-baru ini.
Menurut Raja Azura, Mia yangjuga bekas pelajar di Sekolah Seni Kuala Lumpur menerima Anugerah Pencapaian Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Anugerah Ikon Kokurikulum, Anugerah Tokoh Bidang Teater, dan Anugerah Tokoh Murid 2022.
“Kejayaan Mia adalah hadiah istimewa, lebih-lebih lagi saya yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-51 pada 18 Ogos lalu.
“Alhamdulillah saya dikurniakan anak-anak yang mementingkan pelajaran selain aktif menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum.
“Mia mempunyai minat yang sama seperti saya. Dia suka berlakon teater hingga pernah mewakili Malaysia dan meraih pelbagai anugerah,” katanya.
Menurut Raja Azura, selepas Mia meraih 5A dalam SPM dia bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti pada bulan depan.
“Mia bakal melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam jurusan Diploma Teater.
“Sebenarnya cita-cita Mia nak jadi peguam tapi disebabkan salah satu mata pelajaran tidak melepasi syarat kelayakan, jadi dia mohon jurusan teater.
“Mungkin sudah tertulis rezeki dia. Mana tahu satu hari nanti dia dapat meluaskan kerjaya yang mak dia buat selama ini,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi menghargai para pencipta kandungan yang telah bertungkus lumus menghasilkan konten-konten menarik buat tatapan umum di negara ini, platform media sosial popular dunia, TikTok bakal mengadakan malam anugerah TikTok Awards People’s Choice buat julung kalinya di Malaysia.
Pihak TikTok dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil usaha keras luar biasa para pembikin konten ini telah menjadikan platfrom tersebut sebagai medium penyebaran maklumat yang positif serta bermanfaat kepada masyarakat.
Pada edisi pertama ini, TikTok Awards’ People’s Choice telah memperkenalkan tujuh kategori anugerah utama iaitu Creator Of The Year, Rising Star of The Year, Popular Creator of the Year, Celebrity of The Year, Popular Animation Account of The Year, LIVE Creator Of The Year dan TikTok Shop Creator of the Year.
Antara yang bakal bersaing untuk kategori Creator Of The Year ialah Khairulaming, Bossjames_oe, Lawyergandhi, Auntiepurple248, sallywhoo dan ceddyornot manakala Rising Star of The Year pula menampilkan Gastonpong, Ikhmaln0ur, Penceritatv, Zarul.hafiz, Chefdaveveganjourney serta Yuki_dance.
Pempengaruh media sosial kesukaan ramai, Ryan Bakery juga bakal bersaing dengan lima pembikin konten popular lain seperti Alexhkf, Sofyank96, Gigicheoh, Itsjovynn dan Drbengee bagi merebut anugerah Popular Creator of the Year.
Sementara itu, enam selebriti tempatan turut dicalon bagi kategori Celebrity of The Year. Mereka terdiri daripada Janna Nick, Dolla, Zizan Razak, Hairul Azreen, Siti Nordiana dan Aeril Zafrel.
Popular Animation Account of The Year pula akan menyaksikan persaingan antara Yimotapir, Upinipin.official, Boboiboy, Officialejenali, Papapipi dan Official_didiandfriends manakala kategori LIVE Creator Of The Year akan ditandingi Garyislit_, Quehaidar, Hafizalonggs, Wafiy_aan, Tigerlabu serta Ervan818.
Bukan setakat itu, TikTok turut memberikan pengiktirafan kepada pengusaha bisnes menerusi kategori TikTok Shop Creator of the Year. Mereka yang dicalonkan ialah Anaszahrin, Tangsiewsiang, Vicky.littlewolf, Dapur_mahir, Watermummy_oe dan Dearcarynn.
Orang ramai boleh mengundi pencipta kandungan kesukaan mereka dalam tujuh kategori People’s Choice ini melalui aplikasi TikTok dengan carian TikTok Awards, mulai 15 Ogos hingga 26 Ogos depan.
Sementara itu, pengguna TikTok yang menetap di Malaysia boleh menjadi sebahagian daripada acara terbesar TikTok tahun ini dengan menyerahkan penyertaan mereka bagi kategori Judge’s Pick.
Anda hanya perlu berkongsi video mengenai kisah insirasi anda di TikTok bermula semalam hingga 14 Ogos ini dengan tanda pagar #RoadtoTikTokAwardsMY. Ikuti @tiktokawardsmy di TikTok untuk maklumat lanjut mengenai TikTok Awards MY 2023.
Pengumuman kejutan dan calon bagi kategori Judge’s Pick boleh distrem menerusi sidang media TikTok Awards MY 2023 di @tiktok_malaysia pada 15 Ogos depan, jam 8 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram TikTok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Intan Najuwa selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Dato’ Ahmad Asraf Azman, 39, dengan sekali lafaz pada jam 6.45 petang tadi.
Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abd Wahid, 26,selamat dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot di majlis pernikahan yang berlangsung di sebuah resort di Pantai Desaru, Johor.
Dalam majlis yang bertemakan empat unsur alam ini, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan juga hantaran bernilai RM222,000.
Angka 2 menjadi pilihan sebagai lambang tempoh 2 tahun perkenalan antara Intan dan juga Dato Mohd Asraf.
Dalam majlis sama, kedua mempelai tampil memakai dua busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo yang bernilai RM 40,000 bagi sesi pernikahan dan Teh Firdaus bagi bersanding dan acara potong kek dan ditatarias oleh jurusolek terkenal, Dato Alha Alfa.
Majlis yang dikemudikan oleh pihak Rimbunan Events & Whitebox ini telah berlangsung secara sederhana itu dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat,selebriti dan juga pihak media.
Segala persiapan telah pun berlangsung selama sebulan dan pemilihan tarikh 18 Ogos ini merupakan tarikh yang signifikan kerana ia juga merupakan hari kelahiran pelakon drama Jesnita itu.
Majlis resepsi kedua bertemakan tradisional bakal berlangsung di Rimbunan Event Space, Johor Bahru, malam esok.
“Alhamdulillah, saya bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Doakan yang terbaik buat kami berdua dalam melayari rumah tangga. Walaupun sudah bergelar isteri, Intan akan terus menyambung karier lakonan serta mengutamakan juga pengajian Intan serta bisnes Intan sekarang.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan yang diberi seawal kerjaya Intan sehingga hari ini,“ katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.