Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin menjawab dakwaan dirinya yang sanggup menggunakan cara pemasaran yang berani untuk menjual produk terbarunya yang kini mulai diperkatakan di media sosial.

Syatilla dan suaminya yang juga pelakon Shaheizy Sam didakwa menggunakan foto berunsur lucah dan ‘double meaning” bagi mempromosikan minuman jamu Pengaseh yang dikeluarkan mereka.

“Saya sengaja guna foto pelbagai makna dan saya sendiri dah rasakan pastinya ia mendapat perhatian ramai. Tetapi bagi saya, kalau mereka rasa perkara terbabit lucah atau negatif, maka secara automatik menjadi lucah dan negatif.

“Ia berbeza kalau ada yang memandangnya secara baik dan positif. Jadi, bila ada isu, apa yang kami sampaikan berjaya.

IKLAN

“Sejujurnya, tak ada niat pun nak jadikan perkara ini nampak lucah, tapi kalau ada wargamaya nak rasakan ia negatif, kami sendiri tak dapat nak kawal pemikiran orang,” katanya.

Tambah pelakon drama bersiri Ramadan Yang Hilang ini lagi, setiap kata-kata negatif yang diberikan l semenjak mula bergelar selebriti menjadi penguat semangat.

IKLAN

“Sepanjang melibatkan diri dalam dunia seni, saya menerima kecaman yang diberikan dengan baik. Saya tukarkan ia kepada sesuatu yang positif.

“Saya tak mahu terasa kerana perkara terbabitlah menjadikan saya kuat dan membentuk Syatilla Melvin yang ada sekarang,” katanya lagi.

IKLAN

Terdahulu, bintang yang pernah menyertai Pencarian Dewi Remaja sezaman Neelofa ini ditemui pada majlis pelancaran produk kosmetik maskara Hijab Mata Kekasih menerusi jenama Kekasih by The Melvins di Shah Alam Convention Centre, Shah Alam, baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, The Melvins yang turut dianggotai oleh Syatilla bersama tiga adik beradiknya, Syifa, Syida dan Syafiqa telah melancarkan 60 papan tanda iklan di seluruh negara bagi produk kecantikan tersebut.

Kekasih by The Melvins menawarkan beberapa pilihan produk kecantikan seperti krim bedak asas, matte bibir, eyeshadow dan blusher.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI