Tidak dinafikan, selepas sambutan amat mengalakkan penonton menerusi drama rantaian 7 Hari Mencintaiku 2, lalu ramai yang memberi reaksi agar drama tersebut diteruskan untuk musim terbaru.

Lalu, Liza Abdullah menjelaskan, perkara tersebut masih dalam perbincangan dan tiada kata muktamad daripada syarikat produksi mengenai perkara tersebut setakat ini.

Bintang senior itu yang memegang watak Mak Leha bagaimanapun positif sekiranya ia diteruskan untuk naskhah seterusnya.

IKLAN

“Disebabkan sambutan 7 Hari Mencintaiku musim yang pertama sampai kedua dengar ura-ura nak sambung musim ketiga tapi mungkin lagi dua tahun.

“Tapi dua tahun tu makan masa mungkin selepas keluar novel yang ketiga. Jadi mungkin selepas itu baru ada tapi kita tak tahu lagi.

IKLAN

“Kalau diberi peluang untuk pegang lagi watak Mak Leha, harap-harap dapat karakter atau watak yang lebih baik supaya dapat memberi kesan yang baik pula kepada penonton,” katanya kepada MH.

IKLAN

Selain Liza, drama 7 Hari Mencintaku 2 turut dibintangi pelakon hebat seperti Siti Saleha, Shukri Yahaya, Wan Sharmila, Kazar dan ramai lagi.

Pada musim kedua, drama hebat ini telah berjaya meraih sebanyak 12 juta penonton sepanjang 33 episod disiarkan.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI