Sebagai kakak, momen bersama adik beradik sememangnya antara perkara yang susah untuk dilupakan.

Benar kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon, Fasha Sandha dilihat ada menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan hari kelahiran adiknya yang juga merupakan pelakon, Elisya Sandha.

“Saya Mungkin Bukan Kakak Terbaik, Garang, Emo Tapi…,” – Ucapan Fasha Buat Adik, Elisya Sandha Yang Genap 22 Tahun Usianya “Saya Mungkin Bukan Kakak Terbaik, Garang, Emo Tapi…,” – Ucapan Fasha Buat Adik, Elisya Sandha Yang Genap 22 Tahun Usianya

Jelas Fasha, dia kini harus menerima hakikat yang adiknya itu sudah pun meningkat dewasa dan boleh membuat keputusannya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

IKLAN

“Andai dapat ku undurkan putaran dunia, I want u to be this cute little child that always follow me everywhere i go. Dengar kata, tak pandai melawan cakap.

“Tapi apakan daya, you’re 22 now and i have to accept the fact that you have your own life, dan selalu akan buat your own decision walau angah bantah,” katanya.

“Saya Mungkin Bukan Kakak Terbaik, Garang, Emo Tapi…,” – Ucapan Fasha Buat Adik, Elisya Sandha Yang Genap 22 Tahun Usianya “Saya Mungkin Bukan Kakak Terbaik, Garang, Emo Tapi…,” – Ucapan Fasha Buat Adik, Elisya Sandha Yang Genap 22 Tahun Usianya

IKLAN

Meskip menyifatkan dia bukanlah kakak terbaik, namun pelakon drama Scammer ini mendedahkan dirinya sentiasa menginginkan yang terbaik buat adiknya itu.

“I may not be the best sister among all, i have my flaws, garang, emo, but one thing i want you to know…deep inside me, i will always love you and i want the best for you. Semoga kebahagiaan menjadi milikmu, selamanya @elisyasandhaofficial

“Kesayanganku mohon doakan adik bongsu kami diberikan kesihatan yang baik dan berbahagia selalu di samping semua disekelilingnyaAmin. Cc @uzairhaqimy69 please take care of my my little sister,” ujarnya lagi.

IKLAN

Dikesempatan itu juga, Fasha turut meninggalkan pesan buat tunang adiknya, Uzair Haqimy supaya menjaga Elisya sebaik mungkin.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat perkongsian tersebut malah mereka juga turut dilihat menitipkan ucapan hari lahir buat Elisya.

“Saya Mungkin Bukan Kakak Terbaik, Garang, Emo Tapi…,” – Ucapan Fasha Buat Adik, Elisya Sandha Yang Genap 22 Tahun Usianya “Saya Mungkin Bukan Kakak Terbaik, Garang, Emo Tapi…,” – Ucapan Fasha Buat Adik, Elisya Sandha Yang Genap 22 Tahun Usianya “Saya Mungkin Bukan Kakak Terbaik, Garang, Emo Tapi…,” – Ucapan Fasha Buat Adik, Elisya Sandha Yang Genap 22 Tahun Usianya

Sumber: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI