Pelakon Datin Sofia Jane mengakui berasa kurang senang dengan sikap segelintir penghantar makanan yang didakwa menunggang motosikal secara berbahaya tanpa menghiraukan mengenai keselamatan diri dan orang sekeliling.
Jelas Sofia, kebanyakan mereka juga didakwa gemar melanggar lampu isyarat sehingga boleh mendatangkan bahaya buat para pejalan kaki.
Saya mohon of penunggang motosikal yg menghantar makanan, berpada2 lah . Lampu merah jangan main langgar.. Org nak lintas jalan seperti berhadapan dgn maut setiap kali di lintasan. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi jgnlah sampai nak menjemput maut
“Saya mohon of penunggang motosikal yang menghantar makanan, berpada-padalah. Lampu merah jangan main langgar.
“Orang nak lintas jalan seperti berhadapan dengan maut setiap kali di lintasan. Saya faham kalian nak capai kuota harian tapi jgnlah sampai nak menjemput maut,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan pelakon filem Perempuan, Isteri Dan ….? itu menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Twitter.
Ads
Pada masa sama, Sofia turut menyeru kepada semua pengguna jalan raya untuk memperlahankan kenderaan terutamanya ketika mereka melalui kawasan perumahan.
Dah takda undang2 jalanraya ke? Ni baru motosikal, belum lagi saya meroyan pasal pemandu kereta.
“Siap hon mereka di lintasan pejalan kaki. Kalau memandu dikawasan perumahan, perlahan lah. Budak-budak, orang tua nak berjalan pun payah takut dilanggar. Apa nak jadi ni?
Ads
“Kalau nampak lintasan pejalan kaki, perlahankan mobil, bukan main bedal. Dah takda undang-undang jalanraya ke? Ni baru motosikal, belum lagi saya meroyan pasal pemandu kereta,” jelasnya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa bimbang dengan situasi tersebut selain turut berharap agar pihak berkuasa dapat mengenakan hukuman yang berat buat mereka yang melanggar undang-undang jalan raya ini.
Ads
“Mungkin kena tunggu teguran dari pihak @PDRMsia baru takut sikit. Syarikat pun kena sentiasa tegaskan kepada rider untuk ikut peraturan.
“Betul..kita faham mencari rezeki and so on tapi tolong jaga diri sendiri juga orang sekeliling. Saya selalu fikir motor yang bawak laju-laju ni ade menuntut ilmu kebal ke?
“Diorang rasa diorang ni kebal. Diorang rasa diorang boleh estimate selamat atau tidak. But all it takes is one simple mistake. Just once.
“We understand their urgency. I always give way to them, left or right, go cari makan. But please don’t beat the red light. I am sure people are awaiting your return, alive,” antara reaksi-reaksi netizen di ruangan komen.
Sumber: Twitter Sofia Jane
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Gelaran ‘Oppa Malay’ yang diberikan kepada penyanyi berusia 26 tahun ini ketika menyertai program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) tahun lalu membuka lebih banyak ruang dan peluang dalam kerjaya nyanyiannya.
Tidak hanya dari segi penampilan, Meer Nash turut memanfaatkan gelaran itu dengan mula berjinak-jinak dalam bidang penciptaan lagu apabila menghasilkan single berjudul SARANGHAE yang mengetengahkan muzik dan eleman K-Pop.
Bagi Meer Nash atau nama sebenarnya Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul single berjudul Saranghae yang diterbitkan Universal Music Malaysia (UM) yang dilancarkan secara rasmi pada 18 Jun ini adalah percubaan dan pertaruhan pertamanya bergelar komposer dan penulis lirik secara serius.
“Saranghae adalah hasil karya saya sendiri. Kalau ikutkan lagu ini bukan lagu pertama saya. Sebelum ini saya pernah tulis beberapa lagu, tapi saya berasakan masih belum cukup bagus lagi untuk diketengahkan. Namun, apabila saya menulis lagu ini saya suka dan ia boleh dikomersialkan.”
“Alasan kenapa nak masukkn elemen dan frasa Korea kerana selepas ICYVMY orang mula panggil saya Oppa Malay. Jadi saya nak gunakan identiti yang diberikan itu. Berdasarkan penampilan saya, jadi keputusan masukkan eleman K-Pop dalam lagu ini sedikit sebanyak menjawab alasan ini.”
“Saya tulis melodi dulu yang memang ada bunyi muzik K-Pop, dari situ idea muncul untuk lirik dan keseluruhan lagu ini. Dari melodi pertama lagu ini, saya sudah tahu lirik apa yang sesuai. Saya mahu buat lagu ini macam lagu-lagu lama Justin Bieber yang memuja dan memujuk wanita,” katanya.
Walaupun muzik yang ingin dipersembahkan dalam lagu Saranghae sesuatu yang digemari, Meer Nash mengakui ia bukan semudah yang disangka apatah lagi ketika ingin menyiapkan lagu ini.
“Selepas habiskan bahagian korus, saya sangat suka. Tapi bahagian ‘verse’ yang saya tulis tak berapa suka. Jadi, saya jumpa seorang rakan juga pemuzik. Cuma dia tak pernah tulis lagu. Saya ajak dia tulis bahagian ini bersama-sama. Tak sampai sejam, kami dapat siapkan lagu ini.”
“Lirik lagu ini pada awalnya saya berasa kosong. Sebab ini pertama kali saya tulis lagu dan lirik. Saya ada bertanya pada kawan juga. Sebab dia pernah menyertai grup K-Pop jadi dia tahu cakap Korea. Saya tanya dan minta pendapat dia untuk muzik lagu ini. Dia ada idea tersendiri dan dia bantu saya. Selepas siapkan lagu ini, saya ada rujukan idea untuk gubahan muzik lagu.”
“Saya bertanya pula pada rakan lain sama ada dia kenal mana-mana penggubah muzik yang boleh realisasikan perkara ini. Saya jumpa penggubah muzik dan ada tambah elemen lain supaya ia lebih menarik. Saya kalau boleh tak nak K-Pop semata-mata. Jadi, bahagian korus ada eleman reggaeton. Saya nak sesuatu yang segar. Banyak kali juga tukar gubahan muzik sebelum dirakamkan,” katanya.
Dalam masa sama, Meer Nash berkongsi laguitu dirakamkan dua kali kerana tidak berpuas hati dengan hasil rakaman pertama.
“Masa nak pilih lagu untuk single baharu, pihak UM hantar banyak demo lagu. Semua ok, tapi tak kena jiwa saya. Saya nak yang ala-ala K-Pop sebab saya percaya dengan muzik ini. Itu sebab saya cuba hasilkan lagu Saranghae ini dan memang mahu kedepankan elemen ini.”
“Pertama kali rakam, saya suka ‘vibes’ sebab mudah nak lontarkan vokal. Dengar di studio okay, tapi dengar di rumah macam ‘plain’. Sedangkan ketika itu sudah siap ‘mastering’. Jadi, saya minta nak rakam semula dan janji akan lebih baik. Rakaman kedua barulah menjadi.”
“Jurutera bunyi yang terbabit pun tahu yang mana kekuatan mereka adalah buat lagu rancak macam ini. Jadi, mereka tanya saya bahagian mana nak tambah harmoni dan lain-lain. Saya kalau boleh nak orang ingat bahagian-bahagian dalam lagu ini.
“Dari awal saya buat melodi dan lirik, saya sudah dapat bayangkan susunan lagu ini macam mana. Saya sangat suka dan gembira dengan hasil lagu ini. Semua yang terbabit dalam lagu ini berjaya buat bahagian mereka,” katanya.
Selain tidak sabar menunggu reaksi daripada peminat menerusi lagu Saranghaeitu, Meer Nash juga teruja untuk beraksi menari dalam video muzik.
“Saya bukan penari profesional, tapi perkara ini yang buatkan saya nak buat dan belajar. Apabila menyertai pertandingan Chinese Bridge ke-16 di Changsha, China pada 2017, di sana ada yang boleh ajar menari dengan cepat. Saya pula jenis yang cepat tangkap.
“Cuma selepas balik ke Malaysia, saya tak menari dah. Saya sudah lupa semua. Tapi apabila masuk kelas menari yang disediakan oleh pihak UM, awal-awal saya sangat letakkan usaha untuk ingat langkah. Dari situ boleh majukan diri dan tak nampak janggal.”
“Diakui memang susah tapi lama-lama okay. Apabila buat penggambaran video muzik, saya berharap semuanya okay,” katanya.
Meer Nash turut menyasarkan kelompok peminat muzik K-Pop kerana yakin lagu Saranghae mudah diterima selain mesra telinga.
“Sasaran saya untuk lagu ini adalah peminat K-Pop. Sebab dalam negara kita ada ramai peminat K-Pop. Jadi, gelaran yang diberikan ini saya nak gunakan sebaiknya. Baik dari segi pakaian, mekap dan muzik itu sendiri. Jadi, itu hala tuju saya ketika ini.”
“Saya juga berharap masyarakat dan peminat muzik di Malaysia suka. Lagu ini sebenarnya mesra telinga apatah lagi melodi sangat mudah diingati. Ini lagu pertama yang saya tulis dan akhirnya dapat dilancarkan. Saya sangat teruja. Saya cabar diri untuk menghasilkan lagu ini.”
“Sebelum ini saya tak percaya pada diri yang boleh hasilkan lagu, tapi untuk kali ini saya cuba keluar dari zon itu dan berjaya buat. Tentu saja nak melihat sejauh mana maklum balas orang ramai terhadap karya ini. Orang suka atau tak. Keduanya, saya tidak pernah menari. Saya harap peminat suka walaupun akan ada kritikan. Apa pun saya harap semuanya berjalan lancar,” katanya.
Single berkenaan kini sudah tersedia di semua pelantar penstriman digital.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara Ain Edruce tampil berkongsi perkembangan terkini serta pengalaman setelah selamat melahirkan anak pertamanya, Soraya pada 19 Mei lalu.
Menerusi program #MHLifeStyle di YouTube, pelakon berusia 30 tahun ini antara lain memberikan komen berhubung soal penampilannya yang berseluar dalam berpantang untuk ke hospital baru-baru ini.
Perkara tersebut secara tak langsung menyebabkan ada yang seolah tak puas hati dan memberikan pandangan masing-masing.
“Bila saya terima komen macam tu, saya terfikir apa masalah mereka ni? Tak akan saya nak pergi hospital pakai kain batik, nak berikat sanggul dan sebagainya.
“Saya tak sangka benda ini boleh jadi satu isu. Pasal pemakaian ketika dalam berpantang ni kita kena tengok keadaan juga sebenarnya. Tak akan kita nak pergi hospital nak pakai batik tu semua.
“Kalau ada yang nak pakai dipersilakan, saya tak halang dan tak akan persoalkan pun,” kata pemilik nama lengkap Nurulain Edruce ini.
Ain pada masa sama menjelaskan, seluar yang disarungkan ketika itu adalah potongan longgar dan selesa dipakai.
“Pada pendapat saya sendiri, tak salah pemakaian kita ikut kepada keadaan dan situasi tertentu.
“Pada saya, tak salah pun nak pakai seluar sebab seluar yang saya pakai tu bukan ketat pun. Seluar yang saya pakai tu longgar,” katanya yang turut mengamalkan kaedah berpantang cara tradisional.
“Keluarga berpantang cara tradisional, jadi saya pun buat perkara sama. Adalah lalukan sesi bertunku, mengurut, mandi air herba dan sebagainya.
“Jadi kalau ada orang di luar sana yang rasa saya tak berpantang tu, aku berpantang okay. Cuma tak tunjuk je dalam Instagram,” selorohnya.
Sementara itu, Ain turut akui suaminya, Amirul Hafiz turut sama teruja kerana sudah pun bergelar bapa. Malah layanan Hafiz terhadap dirinya juga kian berbeza.
Ain mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan itu pada 13 Disember 2019.
Ikuti temubual penuh bahagian pertama bersamanya di sini;
Foto: Instagram Ain Edruce
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Ara Johari merakam detik manis bersempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-24 apabila ia turut diraikan bersama kelab peminat yang dilangsungkan secara virtual.
Menerusi Instgram, Ara yang kini dengan lagu baharu berjudul Tetap Aku Cinta itu berkongsi beberapa foto sekitar sambutan.
Meski ia sederhana, namun pastinya memberi makna apatah lagi ia diraikan dalam suasana berbeze bersama peminat tersayang.
“The best gift ever! Walaupun lockdown, @arasquadrasmi still ada je plan to surprise me with something. Thank you support ara dari dulu sampai sekarang, ara sayang korang.
“And thank you for those yang wish ara, hope the best for all us for the upcoming year. Stay safe,” tulis Ara pada ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat lainnya turut menitipkan ucapan selamat hari lahir buat bintang ini selain mendoakan agar urusan Ara dipermudahkan.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.