Pelakon versatil, Fasha Sandha berkongsi menu kegemaran anak ketiganya, Aisha Amaira yang kini mencecah usia 10 bulan.
Kongsi pelakon drama Scammer ini, dia menghidangkan nasi lembut yang dikisar bersama lobak, kentang dan sup ayam buat menu si kecil.
Menerusi satu video yang dikongsikan di Instagram, Fasha ada berkongsi serba asas mengenai cara hidangan tersebut disediakan.
“Aisha’s Fav meal. Nasi lembut dan sup ayam. Bahan2 nya simple je, sup bunjut, pati ayam knorr, ayam segar, kentang, carrot, tu je.
“Baby blender tu beli kat shopee je k. Alhamdulillah bagus. Alhamdulillah baby suka makan dan tak jemu,” tulisnya ringkas menerusi video yang turut merakamkan gelagat Aisha saat disuapkan makanan.
Lebih sedekad drama yang sinonim dengan bulan Ramadan, Diari Ramadan Rafique ditayangkan, kini peminat drama berkenaan bakal menonton kisah terbarunnya, Diari Ramadan Rafique Reunion yang bakal bersiaran tidak lama lagi.
Menampilkan sebahagian pelakon asalnya, drama yang pernah mencipta fenomena ini turut diingati para pelakonnya.
Jika sebelum ini beberapa pelakon lain meluahkan rasa rindu selepas sekian lama tidak bertemu, kali ini giliran pelakon utamanya, Rozita Che Wan memberikan dedikasi sama.
Berkongsi beberapa keping foto sekitar penggambaran drama berkenaan menerusi Instagram, perkongsian Che Ta itu turut disambut baik peminat, yang rata-ratanya tidak sabar untuk menonton drama berkenaan.
Pelawak dan pengacara, Jihan Muse ada menitipkan ucapan istimewa sempena hari kelahiran suaminya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Engku Hariz.
Katanya, dia telah menjumpai lelaki tersebut 12 tahun yang lalu dan kini dia telah menjadi suami serta bapa kepada anaknya yang sinonim dengan panggilan ninja.
Ucapan tersebut dikongsikan oleh Jihan menerusi entri terbaru di akaun Instagram miliknya.
“This man i met 12 years ago and now he is my husband and the father of my ninja. Dear husband, yesterday was your birthday. I wanted to wish you the very best, but you already have me. No need,” tulisnya.
Melihat diruangan komen, rata-rata netizen memuji ucapan manis Jihan tersebut.
Amboi, tak sangka Jihan ni pun sweet jugak orangnya. Apapun, selamat hari lahir MH ucapkan buat Engku Hariz.
Sumber: Instagram Jihan Muse
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Perkongsian foto daripada jurusolek terkenal, MUA Bellaz atau nama sebenarnya, Nabilah Zulyadaini menerusi Instagram menjadi sorotan wargamaya.
Memuat naik beberapa gambar ‘posing’ dan kandid bersama suaminya, Bellaz menyatakan ia bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kini genap sedekad.
“Salam subuh, nak upload siap-siap hehe. Makeup live malam tadi haa. Look anniversary kami berdua yang ke-10.
“Setahun sekali nak buat look ni, kasi chan sikit lalu sat na. Rasa macam baru lepas (kahwin) ni padahai 4 orang duk tunggu tengok kat depan,” tulisnya seloroh pada ruangan kapsyen sambil memberikan kredit.
Sedondon mengenakan persalinan bak raja sehari, pasangan ini turut menerima komen pelbagai wargamaya, yang rata-ratanya menitip hal yang baik-baik.
Sehingga kini, hantaran berkenaan sudah pun menerima lebih 33,000 tanda suka.
Bellaz mendirikan rumah tangga bersama Anuar Ahmad dan mereka dikurniakan empat anak iaitu Iris Arisya, Mohd Aidil Mikhail, Ean Yusuf dan Nur Aisywara Naelofa.
Dilihat ada meluangkan masa bersama dan cukup akrab, vokalis kumpulan Insomniacks, Iqie, tampil menjelaskan status sebenar hubungannya dengan anggota kumpulan Dolla, Angel.