Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri tampil mempertahankan diri selepas seorang gadis obesiti yang dikenali sebagai Wani Comel mendakwa tidak mendapat sebarang faedah seperti yang dijanjikan sebagai duta produk pelansingan badan sebelum ini.
Terdahulu antara lain, menurut laporan media menerusi sidang media yang dilakukan gadis berusia 23 tahun itu, Wani turut memberitahu dia terpaksa membuat laporan polis untuk menjamin keselamatan diri selepas didatangi wakil usahawan tersebut.
Wani yang turut ditemani peguam menerusi sidang media sebelum ini juga berkata, antara lain, dia ingin menuntut pampasan dan perkara yang telah dijanjikan selain ingin membatalkan kontrak yang telah ditandatangani.
Pada masa sama, Wani menyatakan harapannya agar dapat membersihkan semula namanya di mata masyarakat.
Sementara itu, Alif yang turut melakukan sedang media pada Isnin susulan kontroversi berkenaan memberikan penjelasan mengenai kontrak yang didakwa sebagai berat sebelah.
Ads
“Saya banyak ambil duta sebelum ini seperti Erra Fazira, Wany Hasrita dan macam-macam lagi. Kalau saya buat percakapan perjanjian, mesti ada dalam agreement. Ada tak saya kata nak bagi rumah, kereta atau nak bantu keluarga dia?
“Saya hanya cakap mahu membantu dia untuk kembali boleh berjalan. Zaman fasa Covid-19 macam ni, orang tengah tak ada duit dik. Orang kalau dah ada kaki, ada tangan boleh berniaga, berniagalah.
“Kalau boleh bekerja, bekerjalah. Tak payahlah kalau boleh nak meminta-minta. Kalau rasa tak menunaikan janji, mudah… saman!
“Saya memang tunggu saman daripada Wani dan tunjukkan bukti yang mengatakan saya nak bagi kereta, nak bagi rumah.
Ads
“Saya minta maaf ya, cakap terus-terang. Benda ni permintaan yang berunsurkan permintaan di luar jangkauan. Sebelum saya kenal budak ini, saya sendiri sudah berniaga dan saya tak nak cakap lebih-lebih.
“Saya rasa tindakan meminta itu tak manislah. Kalau betul saya nak bagi, tunjukkan bukti.
“Sebelum kemunculan dia, saya memang sudah berniaga produk pelansingan badan pun. Tak sangka ya sampai ke tahap ini adik ini mengenakan saya,” katanya.
Ads
Ditanya sama ada sudah serik untuk mengambil mana-mana individu sebagai duta terhadap mana-mana produk yang dikeluarkan, ini kata Aliff yang pernah muncul menerusi single Cuba Bahagia ini;
“Sebagai seorang ahli perniagaan niat baik saya adalah untuk membantu dan pada masa sama, saya mempromosikan produk. Rasanya tidak salah.
“Saya bukan kata Wani dah kurus 100 peratus menggunakan produk LookFit. Itu agak ‘keras’ bunyinya.
“Malah, saya rasa produk saya pun ada kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia selain mempunyai pengiktirafan halal. Jadi tiada masalah kalau saya nak buat promosi pun.
“Cuma claimed dia tu melampau,” katanya lagi. Terdahulu, sidang media yang diadakan di kediamannya di Kota Damansara antara lain turut merungkaikan mengenai dakwaan yang telah dilakukan pihak Wani.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Jimmy Shanley ada berkongsi foto throwback perkahwinannya bersama isteri, Mariam Jamilah Abdul Jalil bersempena dengan ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima, hari ini.
Bagaimanapun, kapsyen yang ditulisnya nyata membuatkan para peminat dan rakan terkejut kerana ‘terkena’.
“Alhamdulillah dengan sekali lafaz sahaja kami menjadi suami isteri yang sah, hari ni 7 Jun 2019 ulangtahun ke 5 kami, so far super good.
“Jarang share gambar berdua dan yang pasti wife takkan tinggalkan komen kat ruangan bawah tu kut sebab duk serumah. Anything dia hanya cakap face to face je,” tulis Jimmy.
Terdahulu, Jimmy atau nama sebenarnya, Jimmy Shanley Norjahan Saleh mendirikan rumah tangga bersama Mariam pada 7 Jun 2014 dan pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata.
Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Zahrah Rania Shanley.
Foto: Instagram Jimmy Shanley
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Gegar Vaganza musim ke-11 bakal melabuhkan tirai malam ini menampilkan enam finalis yang berjaya melangkah ke peringkat akhir.
Liza Aziz, Ning Baizura, Zehra Zambri, Sheila Abdull, Dyrga Dadali dan The Lima berjaya mengetepikan cabaran dari lapan peserta lain yang terlebih dahulu kecundang dalam saingan yang telah berlangsung selama lebih 11 minggu.
Cabaran saban minggu nyata memberi dimensi kepada vokal dan persembahan penyanyi-penyanyi yang sudah sedia ranum pengalamannya ini. Perubahan genre yang lari dari forte asal nyata menguji kebolehan lantas menampilkan sisi versatil mereka.
Jika dilihat daripada carta permarkahan mingguan, Liza Aziz mengungguli ‘perlumbaan’ dengan jayanya apabila berjaya menggondol kedudukan pertama sebanyak lima kali iaitu pada minggu pertama, kedua, ketiga, keenam dan ketujuh.
Manakala finalis lain pula tidak kurang hebatnya apabila masing-masing pernah bergelar juara mingguan sekurang-kurangnya sekali.
Sheila Abdul unggul pada minggu kelima, The Lima hebat pada minggu kelapan, Ning Baizura pula cukup mempesona pada minggu kesembilan, Zehra Zambri pula membuat kejutan minggu ke-10 dan Dyrga Dadali pula cemerlang pada minggu ke-11.
Biarpun Liza dilihat sebagai pencabar utama untuk merebut gelaran juara. Namun persaingan lima lagi perserta lain tidak harus dipandang sebelah mata kerana mereka pernah mencipta kejutan tersendiri.
Malam ini setiap daripada mereka bakal menampilkan tiga persembahan berbeza menyaksikan penyampaian secara solo, duet dengan penyanyi terkenal Rantau Nusantara dan juga sesi ‘battle’ yang semestinya memperlihatkan kekuatan masing-masing dalam mengadun vokal serta kawalan pentas.
Jadi siapakah yang bakal menyusul kejayaan seperti Siti Nordiana, Datuk Aishah, Jaclyn Victor seterusnya memahat nama dalam Hall of Fame Gegar Vaganza?
Semuanya bakal terjawab malam ini jam 9 malam hanya di Astro Ria. Anda juga boleh menyaksikannya secara atas talian menerusi Astro Go dan aplikasi Sooka.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kumpulan rock alternatif, A.C.A.B yang cukup sinonim dengan skinhead dan muzik oi! sejak awal penubuhannya pada 1994 bakal mengakhiri perjalanan muzik mereka selepas 30 tahun menerusi konsert 30th A.C.A.B Final Concert di Zepp Kuala Lumpur pada 21 Disember depan.
Bertemakan ‘Bring Back The Bootboys’ sebagai simbolik kepada gaya mereka ketika di kemuncak karier, konsert berkenaan juga bakal menghimpunkan anggota asal termasuk menampilkan persembahan istimewa daripada band Eropah, Haymaker.
Penyanyi dan pemain gitar utama, Megat Hafiz, berkata dia bersama anggota kumpulan lain mahu meraikan perjalanan muzik mereka sepanjang 30 tahun menerusi konsert berkenaan.
Katanya, selepas berakhir konsert 30th A.C.A.B Final Concert, masing-masing akan membawa haluan sendiri.
“Saya bangga dengan apa yang A.C.A.B sudah buat selama 30 tahun, jadi kami hendak raikannya dengan konsert terakhir di Zepp KL. Apakah yang lebih baik daripada mengakhiri dengan mereka yang membentuk kita sampai hari ini?
“Ada yang tanya kenapa dibubarkan? Jawapannya, A.C.A.B sudah capai matlamat dalam arena muzik tempatan dengan menyatukan pendengar daripada pelbagai latar belakang.
“Terima kasih semua atas sokongan sejak dulu, saya harap dapat bertemu semua orang dalam meraikan A.C.A.B untuk kali terakhir,” katanya pada sidang media konsert 30th A.C.A.B Final Concert di Timeless Studio, Mutiara Damansara, pada Selasa.
Demi mengubat kerinduan pengikut setia mereka, Megat akan bersama dengan anggota lama dan baharu A.C.A.B yang lain seperti Edy (gitar), Zul (dram), Sham (bes), Azrin (dram), Irfan (dram), Mono (bes) dan penampilan Andy kumpulan Flop Poppy selaku pemain bes.
A.C.A.B menjanjikan ‘setlist’ merangkumi 37 lagu daripada pelbagai album seperti Eastern Oi!, Skinhead 4 Life, Orang Timur, Bangun dan This Is The A.C.A.B.
Turut bakal dimainkan nanti adalah single ‘hit’ seperti Unite & Fight, We Are The Skins, Streets Of Uptown, Anti-Racist termasuk Demonstration ‘95 Revisited (mini album 2020).
Imbas kembali, A.C.A.B ditubuhkan pada penghujung 1994 dikenali sebagai kumpulan skinhead dan Oi! Malaysia yang terawal.
Kumpulan itu sukses mencipta jenama, gaya dan genre tersendiri yang dikenali sebagai Eastern Oi!, manakala lagu berjudul Skinhead 4life tersebar ke seluruh dunia sehingga dimainkan beberapa kumpulan dari pelbagai negara termasuklah Eropah dan Amerika Latin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Pelakon Datin Intan Najuwa tampil membidas dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya jarang meluangkan masa bersama anak sulungnya, Imane Lunara, yang kini berusia tiga bulan.