Selepas mengumumkan dirinya bakal melahirkan bayi perempuan tidak lama lagi, pelakon dan ahli perniagaan, Mawar Rashid membuka ruang buat pengikutnya di Instagram untuk bertanya mengenai apa sahaja.
Salah satu yang mencuri tumpuan kami ialah apabila peserta Dewi Remaja 2015 ini ditanya berapakah bilangan anak yang dimpikan Mawar.
Jawab isteri kepada Raf Yaakob ini, dia pernah merancang untuk memiliki tujuh orang cahaya mata.
Ads
“Dulu nak 7 orang anak, tapi sekarang macam fikir 10 kali. Banyak sebabnya, zaman sekarang bukan macam zaman dulu.
“Tapi Mawar memang suka anak ramai. Adik-beradik Mawar pun 7 orang, InsyaAllah. Sekarang ni Mawar nak fokus jaga uang kecil-kecil ni dulu,” tulisnya menerusi Ask Me Question.
Ads
Terdahulu, Mawar berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah video video yang dimuat naik ke saluran YouTubenya, pada Isnin.
Selepas menyertai program hiburan Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), nyata rezeki penyanyi Noraniza Idris dalam karier nyanyian dilihat kembali rancak.
Noraniza memberitahu, dia masih belum berpeluang untuk berehat dan sudah mempunyai projek sejurus GV7 tamat pertengahan Disember lalu.
Penyanyi yang popular menerusi lagu Dikir Puteri itu turut meluahkan rasa gembira kerana dapat mengembirakan peminat yang tak putus memberikan sokongan.
Perkara tersebut dikongsikan Noraniza pada salah satu hantaran di Instagram.
“Hari ni Kak Ani rushing utk #FestivalMuzikAJL pula. Nampaknya mmg takde rehat langsung lepas habis GV ni, tak sempat lagi nak lari bercuti.
“Tapi takpelah, something utk semua peminat Kak Ani. Korang tunggu rancangan istimewa ni alan datang Januari depan di @tv3malaysia ok!,” tulisnya sambil memberikan kredit.
Terdahulu, Noraniza bersama penyanyi Shiha Zikir dan Wany Hasrita telah membuat persembahan istimewa di pentas Anugerah MeleTOP ERA 2020 (AME2020) pada 20 Disember lalu.
Foto: Instagram Noraniza Idris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Artis versatil, Nabila Huda mengakui pernah mengalami tekanan di dalam hidupnya.
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-36, Nabila atau lebih mesra dengan sapaan Abil ada berkongsi cerita mengeni perkara terbabit.
Kongsinya, dia sering diuji dan menerima pelbagai dugaan hidup yang tidak mudah untuk dilalui.
“Im 36 years old now. I’ve been through a lot of things. My past are the sweetest memories ever! My past taught me how to be me. How to be strong.how to go through a lot of shits. How to handle things. I go through hard times.
“I used to be lost,lonely,depressed, a lot of sadness,tears,dying,giving up,tired, broke,regrets,hurt,heartbreak.
“To be honest, i sepatutnya dah mati lama dah kalau i tak kuat sebab apa yang i lalui tak mungkin mudah untuk orang lalui..
“I’ve hurt a lot of people’s feeling, i do bad things, i am selfish and there’s so much hates in me,” tulisnya.
Abil bagaimanapun menyifatkan apa yang berlaku membuatkannya menjadi individu yang lebih kuat.
“But my life journey and experience taught me how to live..ajar abil untuk menjadi who i am right now.i will never blame anyone. I never blame failed marriage.
“I never blame separated family. I never blame my parents. I will never ever do that because i always believe,apa yang terjadi dah tertulis and abil kena redha,terima dan jangan sekali untuk menyalahkan.
“I kept on movin on..Dulu,i always believe in “one day” when i was young..even though benda tu tak pernah wujud but i always strong untuk terima dugaan yang datang..that’s what i am now.
“Chasing my dream,being honest to myself and always forgive people who hurt me..because life is too short to be unhappy..
“Finally after 36 years, i found my happiness..Benda yang i wish dan berangan untuk ada keluarga yang sempurna, allah swt fulfill my wish! I am more happier now with family yang sangat sempurna.
“Woke up and blessed sebab i masih ada my papa ,mama, brothers and sisters, my in laws and all my good friends. I dikelilingi oleh orang yang sayang abil..i am blessed to have @lilkupukupu and @kidweebee in my life walaupun both of them sometimes are annoying! Like i said, i redha.. Mungkin apa yang jadi ni dah tertulis..haha! Happy birthday to me..,” tulisnya panjang lebar.
Sekadar informasi, anak kepada penyanyi Amy Search ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Zaidi Jailani pada tahun 2008 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Keisha Laila.
Bagaimanapun, pasangan ini telah berpisah pada tahun 2011.
Selepas itu, Abil berkahwin dengan Mohd Izwan Johar pada tahun 2015.
Penyanyi nasyid, Dr. Fitri Haris meluahkan rasa syukur selepas ditawarkan peluang untuk menyambung pelajarannya tetapi kali ini dalam jurusan Diploma Pendidikan Tinggi.
Menurut Fitri, surat tawaran daripada pihak universiti awam tersebut sudah pun diterimanya dan kelasnya dijadualkan akan bermula pada Januari nanti.
“Alhamdulillah offer letter utk Diploma pendidikan tinggi dah dapat. Bulan Januari jadi student semula.
“Rasa macam nak apply untuk buat second Ph.D pulak rasa. Biasanya bila dah ada rasa ni kena go on! Ok jom buat proposal 2nd Ph.D. Bismillah jom buat phd @villafila,” tulisnya.
Menerusi perkongsian di Instagram, juara program Gema Gegarvaganza musim pertama itu memaklumkan tawaran tersebut membuatkan dirinya lebih bersemangat untuk menyambung pelajaran seterusnya memperoleh ijazah Doktor Falsafah (PhD) keduanya.
Malah, Fitri yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid, UNIC secara berseloroh mengajak isterinya untuk turut sama menyambung ke peringkat PhD.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen teruja mendengar perkhabaran tersebut selain turut menitipkan ucapan selamat maju jaya buat Fitri.
Terdahulu, Fitri baru sahaja menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) dariUniversiti Nottingham kira-kira setahun lalu dalam bidang Musicology.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.