Setelah hampir tiga minggu berteka-teki, pelakon, Faye Kusairi akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya itu untuk tatapan umum buat pertama kalinya sejak dilahirkan pada 15 Disember lalu.

Bersama posting berkenaan, Feye turut mendedahkan dia dan suami telah sepakat untuk menamakan puteri mereka itu Asha Azmi.

Bagaimanapun, Faye memaklumkan, bayi perempuannya itu masih lagi mengidap demam kuning namun kadar bacaannya sudah mulai menurun.

“Assalamualaikum semua. Kenalkan, our newest edition of the family. Our little angel, Asha Azmi, adik kepada Alif Azmi. Asha still jaundice tapi semalam check, reading dah turun sikit. Alhamdulillah,” tulisnya.

Pengumuman tersebut dibuat oleh pelakon drama, 7 Hari Mencintaimu 2 itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang anak ini turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang tidak putus-putus mendoakan mengenai kesihatan diri dan juga bayinya itu.

“Terima kasih semua yang mendoakan Asha & Mommy. Moga-moga kalian dibalas dengan segala kebaikan didunia dan akhirat serta dirahmati oleh الله SWT. Aamiin!,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menzahirkan rasa teruja selain turut menitipkan doa semoga Faye dan anaknya itu kembali sihat seperti sedia kala.

Terdahulu, Feye kini dilaporkan sedang menjalani rawatan susulan selepas diserang Bell Palsy atau pun kelumpuhan pada otot muka kira-kira awal bulan lalu.

Untuk rekod, Faye telah pun mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Azmi Hatta pada tanggal 9 April 2017 dan telah pun terlebih dahulu dikurniakan sorang anak lelaki yang diberi nama Alif Azmi.

Sumber: Instagram Feye Kusairi

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI