Pelakon Ozlynn Wati berkongsi kisah hubungan akrabnya bersama penyanyi dan juga pelakon, Azza Elite.

Menurut Ozlyn, dia mengenali Azza sejak di bangku sekolah lagi sewaktu mula-mula menceburkan diri dalam dunia lakonan.

Jelas isteri kepada pelawak Johan ini lagi, dia telah sudah anggap Azza seperti kakaknya sendiri kerana sentiasa memberikan layanan sangat baik meski pun satu ketika dahulu dia merupakan artis popular bersama kumpulan Elite.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

 “Haihhh ni la di antara kakak yang kitaorang sayang. Walaupun pangkat kakak tapi tak mahu panggil dia kakak. Sebab pangai dia masih sama macam masa aku sekolah dulu belakon dengan dia. Ting tong tapi best.

“Dia antara yang rajin layan aku dulu walaupun dia pemes nak mampos. Kumpulan Elite kot! Lagu semua dalam kocek aku. Suka bersedekah @azzaelite ni. Semoga Allah limpahkan lagi rezeki ko,” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Dalam pada itu, Ozlyn turut mendedahkan dia sudah terbiasa bergurau kasar dengan Azza kerana menyifatkan hubungan mereka ini sudah seperti ahli keluarga sendiri.

“Aku akan pakai sejadah ni untuk bagi point kat kau. sayang kau! Korg kalau nak shopping sejadah or baju boleh g ig dia ok @azzaelite aritu aku shopping baju kt dia. Lawa-lawa tapi rasa ko ada utang baju lg kan beb kat aku.

IKLAN

“Okay conversation giler kitaorang jangan ikut ok. Tu memang kalau dengan orang rapat jek kami gurau kasar. orang lain tak. Dia ni dah lebih kepada family dah. Sayang kau beb!,” kongsinya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat telatah lucu dua selebriti ini.

IKLAN

“Perangai Dia Masih Sama, Ting Tong Tapi Best,” – Rupanya Dah Kenal Sejak Sekolah, Ozlynn Wati Buka Rahsia Hubungan Akrab Dengan Azza Elite “Perangai Dia Masih Sama, Ting Tong Tapi Best,” – Rupanya Dah Kenal Sejak Sekolah, Ozlynn Wati Buka Rahsia Hubungan Akrab Dengan Azza Elite “Perangai Dia Masih Sama, Ting Tong Tapi Best,” – Rupanya Dah Kenal Sejak Sekolah, Ozlynn Wati Buka Rahsia Hubungan Akrab Dengan Azza Elite

Dalam perkembangan lain, Ozlyn akan membuat kemunculan istimewa untuk drama Kampung Pisang Bersiri-Siri yang kini sedang ditayangkan pada setiap Isnin jam 9.00 malam di saluran Astro Citra (128) dan Citra HD (108).

Sumber: Instagram Ozlyn Wati

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI