Pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan hari lahir isterinya dan juga ulang tahun perkahwinan mereka yang ke lima.

Menurut Shuk, dia berasa sangat bersyukur kerana dikurniakan isteri yang tidak pernah jemu meberikan yang terbaik buat dirinya dan juga anak-anak.

“20 dec 2020 harini ada 2 benda penting dalam hidup saya yang pertama selamat hari lahir @rossa.sera insan yang kini menjadi istri dan ibu kepada anak-anak saya yang kedua selamat ulang tahun perkahwinan kami yang ke lima.

“Terima kasih sehingga ke hari ini masih lagi bersama dengan i masih lagi uruskan makan pakai i uruskan anak-anak i. Gelaran sorang isteri ni bukan biasa-biasa,” tulisnya di Instagram.

IKLAN

Jelas penyampai radio Hot FM ini lagi, dia sangat menghargai jasa dan pengorbanan isterinya yang selama ini telah menjadi tulang belakang dalam kehidupan keluarganya.

“Pada I untuk digalas oleh seorang wanita kalau orang kata lelaki nampak gagah tapi tak semestinya gagah lelaki itu segagah apa yang seorang wanita lalui.

IKLAN

“Bila bergelar isteri semoga kegagahan yang you ada sampai ke harini dapat kekalkan kita sampai ke jannah. I minta  maaf atas segala apa yang berlaku sepanjang dah 5 tahun you bergelar isteri i.

“Kalau kegagahan you tu dapat dilihat secara fizikal mesti badan you dah nampak mcm body builder. Terima kasih @rossa.sera and i love u,” kongsinya lagi.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menitipkan doa semoga pasangan ini akan kekal bahagia hingga ke jannah.

Shuk Sahar Beri Ucapan Buat Isteri Sempena Hari Jadi & Anniversary – “I Minta Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku.” Shuk Sahar Beri Ucapan Buat Isteri Sempena Hari Jadi & Anniversary – “I Minta Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku.” Shuk Sahar Beri Ucapan Buat Isteri Sempena Hari Jadi & Anniversary – “I Minta Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku.”

Terdahulu, Syuk telah mendirikan rumah tangga bersama isteri, Natassyiah Asshaferah pada tahun 2015 dan kini telah pun dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Foto: Instagram Shuk Sahar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI