Penyanyi dan penulis lagu, Anna Raffali ada memberikan pandangannya berhubung isu individu yang melakukan kerja amal secara terang-terangan.

Menurut Anna, jika perkara baik dilakukan secara terang-terangan bermakna sifat belas kasihan dan berperikemanusiaan masih utuh di alam nyata.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, Anna turut menyifatkan individu yang sering mempersoal mengenai keikhlasan dan ketulusan hati seseorang sebagai mempunyai masalah jiwa.

IKLAN

“Kerja baik tetap kerja baik belakang kamera atau depan kamera. Bukan ke lagi bagus bila ada bukti terang-terangan kemanusiaan dan belas kasihan masih wujud di alam nyata.

“Mereka yang persoalkan keikhlasan dan ketulusan hati individu yang memberi demi membantu insan lain harus semak warna jiwa masing-masing. Hitam atau kelabu?,” tulisnya.

IKLAN

Penyanyi lagu Tolonglah Aku ini turut menambah, sebagai manusia kita hendaklah sering berkongsi mengenai perkara yang baik dan bukanlah sebaliknya.

IKLAN

“Jadi, mari kita kongsi berita gembira dari kiri dan kanan. Tinggalkan cerita sedih di belakang, dan panjatkan doa yang indah-indah untuk masa depan,” kongsinya lagi.

Pada masa sama, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35 ini turut meyeru orang ramai sentiasa mendoakan yang baik-baik sahaja buat semua pihak pada masa akan datang.

Sumber: Twitter Ana Raffali

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI