Selagi tak cuba, kita tidak akan pernah tahu. Meski pun kadang kala kita merasakan sesebuah perkara tersebut di luar kemampuan kita, berkat semangat juang dan keazaman yang tinggi segalanya pasti tak mustahil.
Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon muda, Harris Annuar apabila dia berjaya menamatkan kayuhan sejauh 540 KM bermula dari rumahnya sehingga ke Pulau Langkawi.
Menurut Harris, dia berasa sangat berbangga dengan pencapaian tersebut kerana menyifatkan hanya dia sahaja daripada golongan artis yang berjaya menyempurnakan cabaran ‘gila’ tersebut.
“I guess im the only local celeb that done this shit!I deserved congratulations from every single of you! Langkawi from Home
#540KM #BangkitBotak,” tulisnya.
Ads
Entri berkenaan dikongsikan oleh pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Video berdurasi hampir 20 saat tersebut ternyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 300,000 tanda suka selain turut dihujani ratusan komen.
Ads
Malah, Harris turut berkongsi perjalanan kayuhan selama tiga hari itu menerusi story highlight ruangan Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis berasa sangat kagum dengan pencapaian tersebut selian turut menitipkan ucapan tahniah buat Harris.
Sebelum ini, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton ini pernah melakukan cabaran yang sama apabila berbasikal sejauh 375KM dari rumahnya sehingga ke Cherating, Pahang.
Sumber: Instagram Harris Annuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru baru ini, penyanyi, Zizi Kirana ada berkongsi lirik sebenar lagu Eh yang dinyanyikan semula oleh penulis liriknya, Mambang atau lebih dikenali sebagai Altimet.
Bagaimanapun, posting yang dimuat naik di laman Instagram itu ternyata mengundang rasa kurang senang di hati seorang individu yang menyifatkan lagu tersebut seolah-olah seperti mempermainkan agama.
Menurut individu berkenaan, Altimet atau Zizi tidak sepatutnya mempersendakan wanita yang menutup aurat meskipun mereka tidak mengikut syariat agama dengan sempurna.
“Lagu ni seperti mempersendakan agama jika dilihat dari angle lain. I think its a nice message but when the singer sings it makes the song controversial … example “the jubah” part…. now i look it as if ur saying its ok not to cover up since theres so many women covering up but its not up islamic teaching.
“That my view dont joke about it cos hijab is Wajib not a thing where women can choose whether shes bad or good its not for us to judge when she she wears it. So, be more carefull of this. Semoga kita semua diberi HIDAYAH oleh Allah dan tidak dimurkai olehnye..amiin waallahualam,” tulis individu berkenaan.
Tampil menjernihkan keadaan, Altimet menjelaskan lagu ini adalah salah satu cara untuk dia berkias mengenai matlamat syaitan dan iblis untuk menyesatkan umat manusia.
Katanya lagi, lagu tersebut dibuat untuk mengingatkan syaitan dan iblis ini akan menggunakan apa sahaja cara untuk mempengaruhi jiwa setiap manusia tidak kira sama ada iman mereka tinggi atau rendah.
“Jangan terlalu literal, kawan-kawan. Lirik ini Bukan style Biasa saya yang cakap terang, lirik Ini saya berkias. Apa yang saya maksudkan ialah tekad iblis untuk menyesatkan Bani Adam, sehingga dia sanggup menggunakan Apa cara sekali pun untuk capai matlamatnya. Mungkin untuk orang yang lebih lemah dia datang dalam bentuk yg terang, seperti harta, kuasa dan sebagainya.
“Tapi Kalau tu tak lut disebabkan Iman yang lebih teguh pasti dia akan cuba cara yg lebih halus. Dan dia telah diberi kuasa oleh Allah untuk buat benda-benda mcm ni, seperti mencuit ego mereka yang rajin solat wajib & sunat. Seperti tidak beesangka baik diantara saudara islam sendiri. Seperti mencari konklusi yang paling negatif, tanpa bertanya atau soal siasat.
“Moga kita semua berwaspada sebab kita semua akan diuji dengan cara tersendiri. Ujian saya dalam kes ni ialah terasa nak terus melatah & kritik balik pandangan bro saya ni. Tapi setakat ni saya masih berjaya tahan. Allahualam,” balas Altimet.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai berhubung isu tersebut.
Terdahulu, Eh merupakan salah satu daripada 12 buah lagu yang berjaya mara ke peringkat Anugerah Juara Lagu ke-35.
Sumber: Instagram Zizi Kirana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan dan personaliti media sosial, Farah Lee berpendapat sebagai ibu bapa, mereka tidak sepatutnya terlalu berkira terutamanya bila melibat soal pendidikan dan kebajikan anak-anak.
Malah, Farah turut menyifatkan anak-anak juga merupkan pintu rezeki kepada sesebuah keluarga.
“Ramai parents ingat rezeki mereka itu adalah hak mereka sampaikan berkira-kira untuk invest dalam education dan well-being anak-anak, tapi untuk diri sendiri maintenance kemain.
“Banyak rezeki kita itu adalah rezeki anak, kita hanya perantara sahaja. Jadi setakat mampu, tak perlulah berkira sangat untuk spend kepada anak-anak especially untuk masa depan dan ilmu mereka,” tulisnya.
Ibu kepada seorang anak itu berkata sedemikian menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Rabu.
Dalam pada itu, bekas isteri kepada pengacara dan personaliti televisyen, Ally Iskandar itu turut menekankan anak-anak merupakan amanah daripada Allah dan perlu dijaga dengan sebaiknya.
“Nak-nak ayah-ayah yang terlalu busy berkerja atau yang dah bercerai anak duduk dengan bekas isteri. Tanggungjawab nak sendiri bagi ilmu tu dah tak mampu, nak bagi nafkah anak alahai aji bakhil pulaknya.
“Patut bagi isteri/bekas isteri extra sikit kira upah dia jagakan well-being anak-anak untuk kita.
“Ingat, anak ni pinjaman Allah dari Syurga untuk kita, amanah untuk kita didik dan jaga. Moga dapat kita pulangkan semula mereka ke Syurga juga, inshaAllah amin,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pandangan yang sama selain turut berkongsikan mengenai kisah hidup masing masing.
Terdahulu, Farah dan Ally telah mendirikan rumah tangga pada 2012 namum memutuskan untuk bercerai pada 2016.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Maream Esabel.
Sumber: Instagram Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski belum ditayangkan, sebuah animasi terbitan lokal, Robozeta bagaimanapun telah berjaya mencuri perhatian negara luar apabila dilamar oleh sebuah stesen televisyen antarabangsa, baru-baru ini.
Diproduksikan oleh syarikat Red Circle Studio Sdn Bhd bersama barisan pasukan animasi yang berbakat besar, peluang keemasan tersebut berjaya diraih mereka meski seluruh dunia masih kebimbangan berdepan pandemik Covid-19.
Pengarah Robozeta, Muhammad Dzahiruddin Ahmad Zabidi, berkata, pihaknya berbangga dengan pencapaian itu kerana Robozeta adalah sebuah siri baharu yang belum pernah diuji kehebatannya sebagaimana siri animasi popular yang lain seperti Ejen Ali, Upin & Ipin mahupun BoBoiBoy.
“Sebuah syarikat penyiaran TV popular antarabangsa amat berminat untuk menjadikan Robozeta sebagai salah satu program siarannya.
“Bagaimanapun ketika ini kami masih terikat dengan kontrak bersama pihak Astro Ceria,” katanya.
Tambah Dzahiruddin lagi, pihaknya mengambil inisiatif sendiri untuk menghubungi syarikat penyiaran dan stesen TVantarabangsa untuk menguji sejauh mana Robozeta mampu mengembangkan pengaruhnya sebagai program kanak-kanak yang relevan untuk tontonan dunia.
“Oleh kerana dunia dilanda penularan pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini, Red Circle Studio tepanggil untuk mengintai peluang mendekati syarikat penyiaran dan pengedar program antarabangsa untuk melihat sejauh mana Robozeta ini mampu diterima negara luar.
“Dengan cara itu, secara tidak langsung mewujudkan hubungan dua hala yang boleh dimanfaatkan pada masa akan datang. Tambahan pula, ketika ini banyak kerja-kerja produksi tergendala akibat pandemik Covid-19 menyebabkan banyak stesen TV ketandusan bahan siaran kerana tiada program baharu.
“Syarikat penerbitan antarabangsa sememangnya mengalu-alukan kandungan progrom dari luar, bagi menampung kekosongan yang ada,” katanya lagi.
Bermula dari sebuah pertandingan, sekaligus muncul pemenang program IPCC 2016 MDEC, Red Circle Studio Sdn Bhd mengembangkan Robozeta daripada sebuah projek pilot sebelum mengorak langkah lebih berani menghasilkan siri animasi 13 episod.
Menerusi peruntukan dana hampir setengah juta diperoleh dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), yang boleh dianggap agak kecil berbanding dana diterima produksi lain, Red Circle Studio Sdn Bhd, membuktikan mereka mampu menghasilkan karya setanding antarabangsa.
Percaya bahawa membina jenama yang kukuh di negara sendiri sentiasa menjadi keutamaan, Robozeta mengisahkan tentang lima adiwira iaitu Riko, Jango, Rexx, Bepop dan Ely. Dimana kelima-lima Adiwira ini bersatu untuk mempertahankan Zenochip.
Kesemua 13 episod siri animasi ini sudahpun siap sepenuhnya dan episod pertamanya sudah ditayangkan semalam, di Astro Ceria, jam 4.30 petang setiap Sabtu dan Ahad.
“Untuk informasi, Robozeta adalah sekumpulan adiwira cilik yg melindungi bandar Zetania dari ancaman musuh iaitu geng Kalabera yang berhasrat merampas sebuah chip dikenali sebagai ZenoChip. Yaitu sumber kuasa yang mampu memenuhi segala impian mereka.
“Kelima-lima adiwira ini mempunyai perwatakan yang berbeza. Riko misalnya merupakan kapten dalam pasukan ini memiliki sikap kepimpinan yang tinggi. Janggo pula adalah orang kanan kepada Riko yang sangat terkenal dengan kegarangannya, paling handal namum pendiam dan baik hati.
“Sesuai dengan namanya Bepop pula adalah seorang yang periang dan kelam kabut. Bepop adalah pencetus komedi dalam siri animasi ini. Sementara Rexx berbadan sasa, malangnya sedikit lembap akan tetapi kekuatannya terletak pada saiznya yang besar.
“Terakhir sekali adalah Ely, satu-satunya perempuan yang sering menjadi penasihat dan penyejuk dalam pasukan ini setiap kali mereka berdepan masalah.
“Paling istimewa, apa yang membezakan Robozeta dengan adiwira yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia sebelum ini, selain kuasa dan kenderaan istimewa dimiliki kelima-lima adiwira tadi, mereka juga boleh bergabung menjadi sebuah mecha robot. Dimana idea ini belum pernah diguna pakai dalam penerbitan siri animasi di Malaysia.
“Kalau di Jepun dan Eropah, Mecha robot ni adalah sesuatu yang biasa tapi di Malaysia, Robozeta adalah yang pertama,” katanya terinspirasi daripada konsep Super Sentai yang popular sekitar 90-an.
Tidak hanya menitik beratkan lakaran dan efek animasi yang hebat, Dzahiruddin turut menyifatkan terapan nilai murni dan mesej khidmat masyarakat menjadi tunjang utama kekuatan Robozeta.
Dalam mempamerkan kehebatan Robozeta, pemahaman mengenai amalan membuang sampah yang betul, kepentingan mengawal pemakanan, limitasi menonton TV atau bermain gajet supaya tidak berlebihan, antara nilai yang diterapkan supaya dapat mewujudkan kepekaan tentang tanggungjawab si kecil pada diri, ibu bapa, persekitaran dan manusia sejagat.
“Topik-topik yang dibawakan setiap minggu amat bersesuaian untuk tontonan setiap peringkat usia dan bangsa. Garapan cerita yang disesuaikan dengan adiwira cilik, kenderaan berkuasa tinggi serta mecha robot juga adalah sesuatu yg boleh dikaitkan dengan penonton dewasa seperti kegilaan kita menonton karya-karya transformers,” katanya.
Berdurasi selama 22 minit, Robozeta adalah siri animasi 3Dberbahasa Melayu dan bergenre aksi komedi.
Pelakon dan penyanyi Aqasha mengakui dirinya amat teruja apabila sekali lagi diberikan kepercayaan untuk membawakan watak ikonik Hang Tuah menerusi pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) 2026.