Bersyukur diberikan Allah kesempatan untuk kembali bertemu bulan yang penuh keberkatan buat umat Islam itu, penyanyi Ameng mengakui Ramadan kali ini istimewa apabila dia turut berpeluang mendekati peminat dengan buah tangan terbaru.
Muncul dengan lagu raya berjudul Aidilfitri Yang Ku Rindu, ia pastinya menjadi hadiah berharga buat peminat yang sentiasa menanti kemunculan terbarunya.
Menurut Ameng, lagu itu juga menjadi simbolik silaturahim antara dirinya dan peminat kerana ia dihasilkan oleh peminat setia yang mengikuti perjalanan karier seninya sejak bersama Spring lebih tiga dekad lalu, dikenali sebagai Rash.
“Memang saya pernah merakamkan lagu raya, tetapi usaha sebelum ini tidak memberikan kepuasan jitu kepada diri saya sebagai penyanyi. Dalam projek itu, saya berganding bahu dengan barisan penyanyi popular yang bernaung di bawah pengurusan Sony Music Entertainment, sedikit masa lalu.
“Secara peribadi, saya melihat ada ruang baharu untuk saya teroka kerana saya masih belum mempunyai lagu raya yang betul-betul popular. Di samping itu, saya juga ingin kembali mendekati peminat yang mungkin merindui kemunculan terbaru saya.
“Saya ambil peluang itu dengan merakamkan lagu raya kerana mahu memberikan sedikit kelainan. Secara tidak langsung, usaha saya itu turut memberikan lebih pilihan kepada peminat, selain menambah khazanah komposisi lagu raya baharu untuk dinikmati pencinta muzik,” katanya.
Aidilfitri Yang Ku Rindu masih mengekalkan genre muzik yang sinonim dengan dirinya iaitu pop balada.
“Sebagai peminat fanatik kumpulan Spring, Rash sangat memahami cara nyanyian dan genre lagu yang saya hasilkan ketika bersama kumpulan itu.
“Untuk memastikan sentuhan ini memenuhi kriteria yang saya inginkan, saya turut memberikan idea dari segi komposisi melodi kerana saya mahukan keselesaan ketika rakaman.
Ads
“Dengan pengalaman yang ada, saya dan Rash berkongsi idea serta mencari titik tengah kerana mahukan proses penghasilan lagu ini memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak,” katanya.
Ameng juga percaya, lagu ini bakal menjadi pilihan peminat setia yang merindui kemunculan terbarunya, meskipun dia menghadirkan karya yang sedikit berbeza.
“Kebanyakan lagu raya menyuntik elemen nostalgia dan kemelayuan dengan mengetengahkan genre muzik tradisional dan seperti asli, joget serta keroncong.
“Saya pula memilih untuk tampil dengan genre balada kerana muzik seperti itu adalah cerminan jiwa saya,” katanya lagi.
Sebagai penyanyi yang sudah lama bertapak, dia juga begitu teliti dalam pemilihan lagu. Namun pada satu sudut, dia juga perlu mengimbangi antara kemahuan peribadi dan kehendak peminat.
Ads
“Saya perlu akur dengan selera peminat, tetapi pada masa sama cuba menghasilkan karya yang mengikut peredaran zaman, tanpa mengetepikan identiti muzik yang sinonim dengan diri.
“Pada asalnya, melodi lagu ini kedengaran sangat berbeza dengan apa yang dirakamkan.
“Memandangkan saya agak teliti dalam pemilihan lagu, saya tidak kisah mengambil sedikit masa untuk memastikan lagu ini memenuhi kriteria yang saya inginkan.
“Kerja penghasilan lagu ini mengambil masa hampir setahun kerana ia melalui beberapa proses tambah baik. Hanya selepas betul-betul berpuas hati, baru saya mengambil keputusan untuk merakamkannya,” katanya.
Tidak menafikan, tempoh promosi untuk lagu raya agak terbatas memandangkan ia hanya diputarkan pada musim perayaan.
Ads
Ameng bagaimanapun yakin, Aidilfitri Yang Ku Rindu bakal bertahan, seterusnya menjadi pilihan peminat setiap kali lebaran menjelma.
“Aidilfitri Yang Ku Rindu mempunyai nilai sentimenal yang tersendiri dan saya percaya, ia mampu merentas sempadan masa untuk terus menjadi pilihan peminat setiap kali musim perayaan tiba.
“Saya berharap pencinta industri muzik bersikap lebih terbuka dan terus memberikan sokongan terhadap karya terbaru saya, meskipun lagu raya nostalgia lebih mendapat tempat kerana sudah sebati di pendengaran ramai.
“Lagu baharu akan tetap ada kerana sebagai pengkarya, kami perlu sentiasa mencuba dan menghasilkan karya untuk terus memajukan industri muzik.
“Secara peribadi, saya tidak terlalu mengharapkan penerimaan yang luar biasa, tetapi saya percaya sudah memberikan yang terbaik seperti yang dimahukan peminat,” katanya.
Aidilfitri Yang Ku Rindu boleh didengari menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mencabar diri dalam aktiviti lasak, pelakon Azhan Rani berkongsi pengalamannya mendaki Everest Base Camp di Nepal, baru-baru ini.
Kongsi pelakon drama Nur itu, ekspedisi tersebut bermula pada 31 Ogos lalu, sampai ke puncak Kala Patthar pada 9 September, berjaya sampai ke Base Camp pada 10 September dan pulang ke Malaysia pada 17 September lalu.
“Perkara pertama yang saya fikir ketika sampai di puncak pendakian itu adalah rasa syukur dan mula rasa menginsafi diri.
“Banyak perkara yang saya lihat sepanjang perjalanan ke puncak, saya lihat ribuan golongan hidup dalam serba kekurangan yang tinggal di kawasan perkampungan di situ.
“Mereka tidak mempunyai kemudahan dan kelengkapan seperti kita, kereta pun mereka tidak pernah naik, malah ada yang tidak pernah melihat kereta,” katanya kepada MH ketika ditemui di majlis pelancaran filem Motif di E-Curve, Damansara pada Khamis.
Dalam pada itu, Azhan turut menceritakan pelbagai cabaran yang dihadapainya seperti berasa loya, muntah-muntah dan hilang selera makan sepanjang pendakian tersebut.
“Saya ada mengalami muntah lebih kurang sebanyak sebelas kali, sembilan kali ketika mendaki, dan dua kali ketika turun, namun saya bersyukur dan gembira kerana berjaya pacakkan bendera Malaysia di atas puncah,” jelasnya.
Filem Motif mengisahkan seorang gadis yang mati dalam keadaan misteri lakonan hebat hebat lain seperti Datuk Rosyam Nor, Sharifah Amani, Iedil Dzuhrie Alaudin, Taqim Zaki, Emma Tosh, Azhan Rani dan ramai lagi.
Filem arahan Nadiah Hamzah ini bakal ditayangkan di pawagam mulai 26 September ini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan hos, Siti Elizad ada memuat naik perkembangan proses rawatan kesuburan In vitro fertilisation (IVF) bagi mendapatkan cahaya mata menerusi Instagram.
Menerusi beberapa lampiran gambar, penyampai radio ini berkongsi beberapa momen kandid saat proses tersebut dijalankan.
Menurut Elizad, dua minggu selepas menjalani rawatan, doktor menasihatkan supaya dirinya tidak melakukan aktiviti lasak.
“Bismillahirrahmannirrahim, kembali for my ivf journey.
“Ni baru 1st session, after 2 weeks no more VROOM2 & NO aktiviti lasak doktor cakap,” tulisnya.
Bekas hos program Mingguan Wanita ini juga turut meminta ramai agar mendoakan usahanya itu agar dipermudahkan.
“To those yg ttc pls come to @sophea_fertility. They are very helpful & supportive.
“Doakan kami ya. (Jadi 2 minggu dr skrg masih boleh jalan2, vroom2 cuti sana sini lagi, pastu dah kena simpan vroom2 buat perhiasan),” jelasnya lagi.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Elizad turut berkongsi perkara sama sambil menyatakan dirinya cuba untuk positif dan berserah pada Yang Maha Kuasa atas usahanya itu.
“Please no negative vibes! Happy2 & positive selalu! Jadi atau tidak, berserah pada Allah. Yang penting mencuba.
“InsyaAllah I will always be me! Pok pek pok pek dan happy sentiasa!,” tulis Elizad.
Terdahulu, Elizad dan suaminya, Shamsul Baharin Rahman mendirikan rumah tangga sejak 2015 dan masih menantikan zuriat sulung mereka.
Elizad juga sebelum ini ada memaklumkan mengenai kaedah yang bakal dilakukan bagi mendapatkan zuriat pertama dan cuba merancang aktiviti seninya bagi tujuan berkenaan.
Foto: Instagram Elizad Sharifuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Sharifah Sakinah ada merakam memori saat dia bersama rakan artis lain menjual barang terpakai milik pengarah, Michael Ang kira-kira dua tahun lalu.
Berkongsi sekeping foto terkait menerusi Instagram, Sakinah menjelaskan jualan tersebut diusahakan bintang berusia 31 tahun itu bagi sama-sama membantu meringankan beban pelakon cilik, Puteri Balqis.
“Seronok masa ni jual barang @michaelang38 untuk kutipan derma @rockingbalqis. Sampai terbaring di kaki lima.
”Happinesses requires struggle. it grows from problem #samasamasusah ujian tu dtg dengan pelbagai cara.
”If youre stuck on a problem, jangan jadi victim, jangan buang orang and be nice to people. DO SOMETHING, the answers will follow,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Serentak dengan itu, netizen turut memberikan pandangan masing-masing terhadap apa yang dialami Puteri Balqis sekeluarga ketika ini.
Terdahulu, kisah hidup pelakon kanak-kanak itu bersama ibunya, Norashikin Mohd Aziz mendapat perhatian apabila kisah keperitan hidup mereka disiarkan dalam Bersamamu di TV3, Ahad lalu.
Berikutan kesempitan hidup, mereka mulai menjual buku puisi nukilan Balqis, 38 Poems Of Puteri Balqis.
Foto: Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie Mendedahkan dirinya kini sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang individu yang sebaya dengan usianya dan sudah mengenali lelaki itu lebih...