Pelakon, Azhan Rani berkongsi detik cemas apabila memaklumkan ibunya didapati terjatuh ketika sedang berada di dapur rumahnya pada Isnin.

Jelas Azhan, ibunya yang juga merupakan pengidap penyakit darah rendah telah di bawa ke klinik oleh adiknya untuk pemeriksaan lanjut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

“Kalau la dapat bagi sikit tenaga dan kesihatan ni. Cepat sembuh mak.

“Mak jatuh semalam lepas siang ikan. Dia memang ada low blood dan kurang selera makan. Semalam pulak dia puasa 6.

IKLAN

“Adik dah bawa klinik. Hari ni bengkak kaki dah surut sikit dan tak bagi puasa dah. cepat sembuh mak,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut disuarakan oleh pelakon drama KL Gangster Underworld itu menerusi sebuh entri yang dimuat naik di laman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Azhan turut menitipkan doa semoga ibunya itu lekas sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.

IKLAN

Tekanan Darah Rendah, Ibu Azhan Rani Terjatuh Ketika Siang Ikan Tekanan Darah Rendah, Ibu Azhan Rani Terjatuh Ketika Siang Ikan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani)

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan kesembuhan ibu Azhan.

IKLAN

“Semoga mak cepat sembuh. Anak-anak semua perlukan doa mak. Moga Allah angkat semua kesakitan mak gantikan dengan kesembuhan. Amin yrb.

“Orang yang berjaya adalah orang yang menjaga ibunya. Now kejayaan mengejar abang.

“Ya Allah berilah kesembuhan kepada hambamu ini, hanya pada mu kami memohon segala pertolongan dan hanya padamu lah kami reda dengan ketentuan mu. Amin,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sumber: Instagram Azhan Rani

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI