Bekas anggota kumpulan Elite, Fiza Halim akhirnya mengesahkan yang dia kini kembali berstatus solo sejak 22 Julai tahun lalu sekali gus menjelaskan mengenai teka-teki status sebenar diri kini.

Fiza berpisah dengan suami, juruterbang, Aizat Al Jefri yang dikahwininya pada Disember 2016 lalu.

Menerusi perkahwinan ketiga itu, pasangan ini dikurniakan cahaya mata yang dipanggil Baby Aleena, kini berusia hampir tiga tahun.

“Saya ambil masa untuk merungkaikan hal sebenar. Ia bukan mudah. Tapi baru saat ini saya ada kekuatan untuk mendedahkan status diri. Kami bercerai talak satu. Saya diceraikannya menerusi aplikasi WhatsApp.

“Punca atau sebab kenapa kami berpisah itu, biarlah saya simpan dan tanggung sendiri. Saya tak mahu membuka aib sesiapa.

“Saya sedar dengan status pernah berkahwin tiga kali, pasti ada yang akan memandang serong. Namun saya hanya manusia biasa, yang tak lepas diuji. Saya tak hidup dek puji, tak mati dek keji,” katanya.

IKLAN

Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim juga mengakui sejak tiga minggu lalu sukar melelapkan mata untuk tidur gara-gara situasi yang dihadapi.

“Mata mengantuk, tapi tak boleh nak tidur. Otak seolah olah berjalan memikirkan itu ini. Termasuk nasib saya. Saya ‘lost’ dan terkapar kapar memikirkan pengakhiran hidup nanti bagaimana.

“Namun saya bersyukur ada yang datang membuka jalan untuk menggalakkan diri menyertai cabang kerja baru.  Mungkin saya akan mempertimbangkan kerja itu.

IKLAN

“Cuma saya belum terfikir nak berlakon atau bernyanyi semula setakat ini. Selama ini pun, saya juga melalukan riviu produk di Instagram. Saya juga terbuka jika ada tawaran bergelar duta selepas ini,” katanya.

Dalam pada itu, Fiza juga beruntung kerana bekas suami pertama, Ahmed Farriq Zainul Abidin sangat menyokong terutama menjaga dua anak mereka, Ferra Aryana, 13, dan Feeya Adyrra, 12.

Mereka bagaimanapun bercerai pada 4 November 2010 selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga.

IKLAN

Fiza seterusnya berkahwin dengan penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Adam, pada September 2013, namun ia juga tak dapat diselamatkan.

Sementara itu, Fiza turut menjawab desas-desus yang mendakwa, dia kononnya sudah berkahwin dengan pelawak Saiful Apek.

Perkara tersebut diperkatakan apabila gambar mesra mereka dikongsi Fiza di Instagram dan menjadi perdebatan di netizen.

“Tak ada istilah saya sudah jadi isteri kedua dia. Kami hanya bertemu di sebuah program ‘game show’. Gambar berdua kami yang tular itu dirakamkan isterinya sendiri.

“Kami masing masing gelak kerana tahu perkara sebenar. Mungkin silap saya kerana ketika itu status kisah rumah tangga ketiga saya masih samar samar. Jadi ia mengundang kebencian ramai,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI