{"subsource":"done_button","uid":"3FA4DA1D-18C4-425B-BE78-00E15E00D93F_1621247088065","source":"other","origin":"unknown","source_sid":"3FA4DA1D-18C4-425B-BE78-00E15E00D93F_1621247107727"}

Bila tiba musim hari raya, memang tak lengkap kalau anak-anak tak bermain dengan mercun atau bunga api di malam hari.

Bagaimanapun, aktiviti seperti ini hendaklah dipantau oleh penjaga bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku.

Bagi penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob pula, dia tidak melarang anak-anaknya itu untuk bermain bunga api atau mercun di hadapan rumah namun, mereka dikehendaki untuk membersihkan semula kawasan tersebut setelah selesai bermain.

“Kalau raya pertama saya bawak anak-anak naik van 30 saat untuk beraya kat pintu sebelah, semalam anak-anak nak main bunga api dan pop-pop depan rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

IKLAN

“Cuma lepas main tu, saya tetap suruh anak-anak sapu dan bersihkan jalan. Raya-raya tetap raya, kebersihan tetap di jaga,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagi Bila April itu menerusi sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram.

“Raya Tetap Raya, Kebersihan Tetap Dijaga,”- Ikut SOP & Bersihkan Semula Kawasan Rumah Selepas Main Bunga Api, Netizen Puji Cara Datuk Fazley Yaakob Didik Anak

IKLAN

“Raya Tetap Raya, Kebersihan Tetap Dijaga,”- Ikut SOP & Bersihkan Semula Kawasan Rumah Selepas Main Bunga Api, Netizen Puji Cara Datuk Fazley Yaakob Didik Anak “Raya Tetap Raya, Kebersihan Tetap Dijaga,”- Ikut SOP & Bersihkan Semula Kawasan Rumah Selepas Main Bunga Api, Netizen Puji Cara Datuk Fazley Yaakob Didik AnakKatanya lagi, meskipun anak-anaknya itu bermain di kawasan luar rumah, Fazley mendedahan dirinya tetap menitik beratkan mengenai soal prosedur operasi standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Dan kami tetap tak jemput jiran-juran join main bunga api, sebab jaga SOP. Siapa lagi main bunga api depan rumah raya ni?,” jelasnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara didikan Fazley terhadap anak-anaknya itu selain turut menyifatkan mereka bakal menjadi individu yang berdisiplin pada masa akan datang.

IKLAN

“Bagus! Contoh yang baik. Bersihkan kawasan selepas digunakan,” komen seorang pengguna Instagram.

“Tahniah Datuk, rajin anak-anak Datuk kemas balik lepas main,” tulis individu lain pula.

“Bab menyapu tu tabik, bagus bagi contoh baik,” komen seorang lagi individu di Instagram.

Sumber: Instagram Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI