Penyanyi senior, Ramlah Ram berpendapat bukan semua lagu raya era baharu tidak menyengat berbanding dahulu, sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak.

Ini kerana, menurut Ramlah, setiap karya yang dihasilkan sudah tentu mempunyai keistimewaan yang tersendiri.

Betulkah Yang Sekarang Tak Ada Feel… “Ada Juga Lagu Raya Baru Yang Saya Dengar Dan Rasa Bagus,” – Ramlah Ram Berkongsi Betulkah Yang Sekarang Tak Ada Feel… “Ada Juga Lagu Raya Baru Yang Saya Dengar Dan Rasa Bagus,” – Ramlah Ram Berkongsi

“Sebenarnya saya kurang bersetuju dengan pandangan yang macam tu sebab setiap karya yang dihasilkan ada keistimewaan masing-masing.

“Tiada yang lama, tiadalah yang baru dan begitulah sebaliknya. Cumanya, selera pendengar kan berbeza-beza.

“Macam saya sendiri pun, ada juga lagu-lagu raya baru yang saya dengar dan rasa bagus. Sekarang zaman mereka, mungkin pada masa akan datang ia akan jadi ingatan kepada generasi sekarang.

IKLAN

“Macam kita dulu, memang membesar dengan lagu-lagu era kita jadinya kita dah terbiasa. Jangan banding-bandingkan kerana muzik ini bergerak mengikut zaman.

“Namun jika sesebuah lagu raya itu mampu bertahan berzaman-zamaan sehingga menjadi nostalgia itu adalah bonus,” katanya.

Bintang yang cukup sinonom menerusi lagu Cahaya Aidil Fitri setiap kali menjelang Syawal itu ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa bersama FMC Music di Hotel EQ Kuala Lumpur, baru-baru ini.

IKLAN

Mengulas mengenai lagu raya baharunya yang berjudul Kemenangan, Ramlah berkata idea penghasilan single tersebut muncul secara kebetulan.

“Awalnya saya bercadang nak buat lagu raya baharu untuk content saluran YouTube Ramlah Ram Group. Tapi abang ipar, Mohar mengajak untuk menghasilkan satu lagu istimewa.

IKLAN

“Saya pun dah lama tak rakam lagu raya. Kali terakhir saya rakam lagu raya berjudul Bila Aidilfitri Kembali pada 2012 duet dengan Jay Jay,” katanya.

Menurut Ramlah, dia tetap teruja merakam lagu raya, tambahan lagi Kemenangan yang liriknya agak ‘catchy’ disempurnakan dengan melodi tradisional Melayu.

“Lagu ini kena dengan jiwa saya. Saya juga berharap semoga lagu raya, Kemenangan diterima baik pendengar.

“Lagu ini sudah boleh didapati di semua pelantar penstriman muzik popular. Terima kasih kepada peminat yang terus menyokong kerjaya seni saya,” katanya lagi.

https://youtu.be/L99UOjM4Zf8

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI