Pelakon Syanie terkilan apabila ada pihak yang bertanya mengenai jumlah pengikut di Instagram sebelum memberi tawaran lakonan terhadapnya.

Malah, Syanie yang sudah hampir tiga dekad dalam industri hiburan seiring dengan kredibilitinya dalam dunia lakonan khususnya.

Syanie berkata, dia pada masa sama turut tidak jelas siapa sebenarnya yang mahu melihat jumlah pengikut meski tawaran yang diberikan hanyalah watak sampingan.

“Kalau saya boleh bertahan selama 30 tahun maknanya adalah kerja saya yang memang bagus.

“Bukan nak cakap saya hebat, tapi jika saya boleh bertahan selama ini, takkanlah kredibiliti saya diletak begitu rendah dengan dibandingkan dengan jumlah pengikut di Instagram.

IKLAN

“Saya sangat kecewa apabila ada pengurus produksi yang bertanyakan jumlah pengikut Instagram saya untuk watak yang ingin ditawarkan. Saya ini bukanlah pengguna yang pandai menggunakan media sosial dan saya tak akan buat kandungan yang mengarut.

“Walaupun saya tahu kandungan yang bukan-bukan ini cepat mendapat perhatian dan boleh menaikkan jumlah pengikut tapi itu bukan prinsip hidup saya. Pengikut yang ada sekarang adalah pengikut setia dan bukan dibeli,” katanya.

Syanie yang juga anak kepada penerbit televisyen terkenal, Ruhanie Abd Rahman menjelaskan, jika syarikat produksi masih menilai bakat seninya bersandarkan jumlah pengikut di Instagram sampai bila pun dia tidak berpeluang berlakon kerana tidak mampu berlawan dengan jumlah pengikut pelakon lain yang jauh lebih ramai.

IKLAN

“Saya Kecewa Bila Ada Tanya Jumlah Pengikut IG Saya…,” – Syanie Ralat, Meski Sudah 30 Tahun Dalam Seni “Saya Kecewa Bila Ada Tanya Jumlah Pengikut IG Saya…,” – Syanie Ralat, Meski Sudah 30 Tahun Dalam Seni

Lebih menyedihkan, Instagram peribadinya yang memiliki hampir 80,000 pengikut baru saja digodam individu tidak dikenali baru-baru ini.

“Bagi saya tak perlulah pelakon seperti saya diukur berdasarkan jumlah pengikut. Alasannya sebab nak hantar kertas cadangan ke stesen TV.

IKLAN

“Kalau macam itu, sampai bila-bila pun saya susah nak dapat tawaran berlakon sebab nak lawan dengan artis-artis sekarang yang jauh lebih tinggi pengikut mereka. Siapalah saya ini.

“Kredibiliti seseorang pelakon perlu diambil kira. Kalau watak utama nak tengok jumlah pengikut saya boleh terima, tapi kalau watak sampingan pun macam itu, susahlah.

“Namun saya bersyukur apabila penyanyi Mawi menawarkan saya berlakon filem Hantu Kuat Ketawa di samping pelawak popular Saiful Apek.

“Saya terus bersetuju tanpa mengetahui bayarannya. Lakonan adalah jiwa saya dan saya sangat rindukan kerjaya ini selepas hampir tiga tahun tiada tawaran berlakon,” katanya lagi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI