{"subsource":"done_button","uid":"399A6974-5889-4AAF-B45B-FF175FC3E31B_1600158746562","source":"editor","origin":"gallery","source_sid":"399A6974-5889-4AAF-B45B-FF175FC3E31B_1600158746588"}

Penyanyi Tajul, tidak menolak dakwaan abangnya yang juga penyanyi, Muhammad Khalis Md Shari yang kini terlantar sakit kemungkinan akibat terkena penyakit misteri atau ‘santau’.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Arif Noor Md Shari bagaimanapun tidak mahu mengiyakan mengenai perkara terbabit kerana maklum orang ramai pasti memahami selepas melihat keadaan abangnya itu.

“Kalau melalui gambar pun, orang luar mungkin sudah boleh agak sakit apa. Kalau nak cakap pun, perkara ini agak sensitif kerana kadang isu ini mungkin ada yang tidak percaya, menidakkan dan ada yang kata merepek.

“Tapi hakikatnya memang ada, kalau terkena mungkin korang akan tahu.

“Memang daripada dulu dan kami sekeluarga pernah ikhtiar bawanya berubat beberapa kali sebelum ini. Tidaklah lama sangat (penyakit yang dialami)…Sejak dia mula bergelar penyanyi,” katanya kepada MH.

Mengharapkan semuanya kembali seperti sedia kala, Tajul yang baru sahaja menimang anak kedua bagaimanapun gembira apabila keadaan abangnya kini kian beransur pulih.

“Alhamdulillah keadaaanya semakin baik berbanding sebelum ini, dia hanya terbaring dan sukar untuk bercakap. Sekarang dia mulai boleh bercakap, jadi kita pun boleh ajak berbual dengannya… begitulah.

“Dia masih berada di hospital. Hari tu sudah dibenarkan pulang, bagaimanapun dia terpaksa ditahan kerana keadannya ketika itu kembali lemah. Selera makannya pun kurang.

IKLAN

“Hampir sebulan dia berada di hospital dan dijaga oleh isteri dan anak-anaknya,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Tajul menyifatkan Khalis sebagai abang yang baik dan dia sekeluarga reda atas ujian menimpa.

“Dia tak ada musuh, dalam adik-beradik saya boleh katakan dia sebaik-baik orang. Bukanlah nak kata begitu sebab dia abang saya.

“Tapi dalam kalangan kami, dia tidak pernah marah, tak pernah buat hal dengan orang lain dan sebagainya.

“Dia hanya buat hal sendiri, jaga keluarganya. Itu sahaja. Tapi bila sudah jadi begini, saya terkedu.

IKLAN

“Tak tahulah apa yang orang tak puas hati dengan dia. Kalau ada yang cemburuinya saya tak tahu, Wallahualam.

“Mahu tak mahu, kami kena terima dan reda. Cuma kami sekeluarga cubalah ikhtiar. Macam mana sekalipun bawanya untuk pergi berubat cara tradisional, untuk benda yang mungkin kita tak nampak.

“Sementara yang sakit ni, kita kena bawanya juga ke hospital untuk pantau keadaan.

“Dia ada kencing manis, cuma apa yang dialaminya itu macam tidak ada kena-mengena dengan penyakit yang dialaminya kini.

IKLAN

“Mungkin ada yang pelik dengan fizikalnya yang sedemikian. Memang ada penghidap kencing manis yang kurus, akan tetapi yang melihat akan tahu.

“Setiap malam saya mendoakan dia agar segera baik seperti sedia kala. Sihat macam dulu. Semua adik beradik menunggu dia, mendoakan dia,” katanya lagi.

Sebelum ini, foto Khalis dalam keadaan lemah dan kurus fizikalnya sambil didukung seseorang masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital tular di media sosial, awal bulan lalu.

Penyanyi lagu Semakin Rindu itu dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban selepas ditemui dalam keadaan separuh sedar di kediamannya.

Sejak itu, wujudnya dakwaan mengatakan Khalis yang juga adik kepada Allahyarham Achik Spin itu berada dalam keadaan demikian akibat sihir atau ilmu hitam.

Khalis mempunyai seorang isteri dan memikul tanggungjawab membesarkan tujuh cahaya mata berusia daripada 9 hingga 20 tahun. Tiga daripada mereka ialah anak tiri dan dua anak kandung.

Difahamkan, Khalid turut menjaga dua orang anak saudaranya sejak kecil.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI