Penyampai radio, Linda Onn mengakui bangga bila melihat pencapaian yang telah diraih oleh rakan penyampai, Fara Fauzana sepanjang berkecimpung di dalam dunia penyiaran.
Jelas Linda, sewaktu di awal perkenalan mereka, Fara seorang penyampai baru yang sangat rajin bertanya lebih-lebih lagi mengenai dunia penyiaran radio.
Katanya lagi, setiap kali ada peluang untuk bertemu, Fara sering membawa pen dan buku nota untuk mencatit segala ilmu yang dikongsikan.
“Sewaktu di stesen radio Era saya merupakan ‘batch’ pertama bersama beberapa penyampai lain seperti Halim Othman, Kudsia Kahar, Khairil Rashid, Seelan Paul dan Jamal Jamaluddin.
“Kemudian datang pula batch baru seperti Kieran, Nila Kurnia, Nana Mahazan Fara Fauzana dan beberapa nama lain lagi.
“Bila masuk sahaja batch yang baru ini, yang paling rajin bertanya dan belajar adalah Fara Fauzana. Dia selalu datang ke studio sambil membawa buku dan pen untuk bertanya mengenai cara kerja penyampai radio. Bila dia rajin bertanya, kita pun suka untuk menjawab.
“Dalam hati saya pada ketika itu kuat merasakan yang dia akan menjadi seorang yang berjaya satu hari nanti. Ketika itu dia masing kosong dan mentah. Alhamdulillah, berkat dia rajin berusaha, tengoklah dekat mana dia sekarang,” katanya kepada MH.
Ads
Ibu kepada seorang anak itu berkata sedemikan ketika ditemui MH baru-baru ini.
Dalam pada itu, Linda turut berpendapat para penyampai radio juga sebenarnya tidak boleh lari daripada kritikan masyarakat.
“Zaman saya memang tiada sosial media pada waktu itu. Tapi kalau orang memang niat nak menghentam, mereka akan buat juga.
Ads
“Cuma nasib baik zaman saya sosial media belum meluas lagi. Dihujung-hujung waktu saya masih aktif barulah nak start ada Facebook.
“Perkara seperti ini kita memang tak boleh nak elak kemudian banyak pihak pula yang tokok tambah cerita.
“Walaupun kerja dengan disiplin mereka bagus, kalau orang nak mengata, mereka akan buat juga.
Ditanya mengenai masalah disiplin melibatkan penyampai radio sejak kebelakangan ini, ini reaksi yang diberikan oleh Linda;
Ads
Sewaktu kami di radio, soal penjagaan masa memang sangat penting. Kalau on air pukul 10, pukul 10 jugalah kita kena mula. Tak boleh balik awal atau mula lambat. Kita juga kena bersedia 30 minit atau 1 jam sebelum mula ke udara.
“Kalau bercerita mengenai tingkah laku para penyampai radio yang bermasalah sehinga ada ketika nama mereka viral kerana dikecam, saya rasa tak perlu ulas panjaglah.
“Saya hanya anggap mereka masih muda dan biarlah mereka tentukan jalan mereka sendiri,” akhirinya.
Terdahulu, Linda muncul dalam episod terbaru Media Hiburan Throwback yang akan bersiaran pada jam 9 malam ini di saluran Astro Prima dan Prima HD.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hari ini genap usia pelakon, Azad Jazmin yang ke-43 tahun.
Di kesempatan itu, isterinya Eira Syazira ada berkongsi gambar dan turut menitip ucapan ‘bersemut’ di Instagram sempena ulang tahun hari jadi suaminya itu.
“What am I without YOU? NOTHING. .
“Dear my beloved husband, words to describe YOU: Wonderful, amazing, unique, incomparable, handsome, loving, caring, incredible,” tulis Eira.
“YOU have been the best thing that could have happened to me, giving me & anak2 so much laughter, so much joy and so much love. .
“YOU are the husband I will always love. Today darling, you deserved the best birthday ever. HAPPY BIRTHDAY SAYANGKU, IMAMKU @azadsyazirarose
“SEMOGA SENTIASA DI BERI KESIHATAN YANG BAIK, PANJANG UMUR, SERTA DI PERMUDAHKAN SEGALA URUSAN. THANKS MY LOVE FOR EVERYTHING. ME & ANAK2 LOVE YOU SO MUCH! DUNIA AKHIRAT. AMEEN,”tulisnya lagi.
Menjengah di Instagram Azad pula, dia turut sama memuat naik video sempena ulang tahun hari jadinya itu.
“Today is 11 February and it’s my birthday ..
”Yeay I’m already turn 19 years old hehehehe,”tulis Azad berseloroh.
Memiliki tubuh badan yang cantik dan jelita merupakan sebuah impian setiap wanita.
Pelakon, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas misalnya ada memaklumkan berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon berusia 27 tahun itu, dia telah berjaya menurunkan berata badan sebanyak 2kg dalam masa seminggu.
“Swimming is the best cardio. I’ve lost 2kgs in a week! Korang suka buat activiti apa during free time? Cycling ? Hiking?,” tulisnya.
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...