Penyanyi, Tajul Ariff menzahirkan rasa syukur apabila dapat menyambut Aidilfitri tahun ini dengan permata hati kedua, Khamis lalu.
Isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata bayi lelaki seberat tiga kilogram itu secara normal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.
Menerusi Instgaram, Tajul atau sebenarnya, Tajul Ariff Noor Md. Shari bagaimanapun mengakui sambutan raya dirai sederhana mengenangkan konflik yang berlaku di Palestin ketika ini.
“Alhamdulillah tahun ni dapat beraya berempat. Walaupun raya kalini pkp kita sambut dgn sederhana, jangan kita lupa terhadap saudara2 kita di palestin.
“Gunakan senjata kita iaitu doa kepada mereka disana #shameonisrael,” tulisnya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama tumpang gembira melihat foto keluarga Tajul di samping turut mendoakan yang baik-baik buat mereka seisi keluarga.
Ads
Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan mereka turut dikurniakan anak sulung perempuan bernama Adriana Carisa yang kini mencecah usia setahun.
Foto: Instagram Tajul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Kilafairy mengakui dia tidak pernah menyesal atas perjalanan hidup yang dilalui sebelum ini, selepas mengambil keputusan untuk berhijab penuh tahun lalu.
Menurut Kilafairy atau mesra disapa Kila,29, dia menyifatkan sejarah lama mendorongnya untuk memperbaiki diri, seterusnya cuba menjadi individu yang lebih baik.
“Saya cuba untuk ‘tanamkan’ ia di masa lalu. Kalau nak kata sama ada saya menyesal atau tidak… sebenarnya kalaulah saya ada peluang untuk pakai tudung lebih awal, saya akan pakai. Akan tetapi jalan hidup saya seperti ini.
“Saya tidak menyesal atas apa yang telah berlaku. Kalau saya tidak laluinya, saya tidak akan jadi seperti hari ini.
“Saya rasa, pengalaman itulah yang membentuk saya untuk ke sini hari ini. Saya bersyukur, dengan pengalaman yang lepas,” katanya yang sering menitipkan doa, meminta petunjuk dari Yang Maha Esa.
Anak kepada penyanyi senior, Rohana Jalil ini berkongsi pengalaman indahnya itu menerusi program YouTube, No Turning Back dari Hijabista.
Ditanya mengenai pandangan pesimis yang mendakwa dia hanya sekadar mengikut trend apabila berhijab, Kila menjelaskan persepsi itu pasti akan wujud.
“Itu tetap akan ada. Macam inilah, kita buat jahat pun orang akan cakap elok dan begitu juga sebaliknya. Yang terbaik ialah setkan niat. Kenapa saya pakai tudung adalah kerana Allah SWT.
“Bila saya terapkan ia, segala kecaman yang datang tidak mengganggu, alhamdulillah.
“Malah saya pun merasakan bila kenakan tudung pun adalah atas doa netizen. Bila saya pakai tudung dulu, ramai yang mendoakan semoga saya diberikan hidayah, kekal berhijab. Saya aminkan sahaja,” katanya lagi.
Kini lebih tertarik untuk untuk mengetahui apa sahaja mengenai ilmu agama, Kila turut bercerita mengenai perbezaan dirinya dulu dan sekarang.
“Cuba untuk jaga amal ibadah dengan sebaiknya. Minat saya untuk dalami ilmu agama itu orang kata lebih bersemangat dan lebih tertarik untuk ikuti.
“Kalau sebelum ini, kalau tonton ceramah sikit je macam alihlah pada saluran lain, saya macam tak berapa berminat. Tapi sekarang bila saya ikuti sesi usrah anjuran rakan, Neelofa misalnya, buatkan saya lebih tertarik.
“Malah ada kawan lain yang umpamakan agama ini sama seperti telefon. Kalau kita tak cas, akan habis bateri. Jadi kita kena terusbelajar.
“Kalau tidak memang ia akan terbantut di situ,” katanya yang mendapat sokongan padu dari ahli keluarga untuk menjadi insan yang lebh baik.
Ikuti versi perkongsian penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena dengan sambutan Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei, penyanyi Datin Alyah ada menitipkan ucapan khusus sebagai menghargai jasa dan pengorbanan cikgu kepada anak bangsa.
Alyah atau nama lengkapnya Noor Hasliah Abu Hasan berpendapat peranan dan tanggungjawab yang dipikul oleh warga pendidik sangat besar.
Malah, penyanyi yang sinonim dengan lagu Sesal Separuh Nyawa ini turut mendedahkan, dia pernah berhasrat untuk menjadi seorang cikgu, suatu ketika dahulu.
“Dulu teringin nak jadi cikgu. Agaknya klu saya jadi cikgu apa nasib anak anak murid saya. TRAUMA mungkin.
“Nama dia nampak biasa bila di sebut “cikgu” Tapi peranan dan Tanggungjwbnya cukup luar biasa.
“Terima kasih kepada semua cikgu walau dimana pon berada.
“Jasamu tetap dikenang mendidik anak bangsa hingga ke mata dunia. Semoga cikgu cikgu semua jgn putus asa juga lelah dlm mendidik dipohonkan perlindungan dari Allah swt semoga ikhlas dlm mendidik ya.
‘SELAMAT HARI GURU Wahai guru guru tercinta…Gamba kat atas tu ada mcm cikgu tak???,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram.
Menerusi saluran YouTube rasmi penyanyi Zarul Umbrella, penyanyi Amy Mastura telah diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi kisah pengalaman dirinya menceburi dalam dunia penerbangan sebagai seorang pramugari.
Amy atau nama lengkapnya Amy Mastura Suhaimi telah memulakan karier sebagai pramugari sebelum menyertai pertandingan nyanyian Asia Bagus tidak lama dulu.
Penyanyi yang sinonim dengan lagu Jawapan Kasih ini mendedahkan dia pernah hadir ke temuduga sebagai pramugari syarikat Singapore Airlines sebelum bekerja di langit biru bersama Malaysia Airlines (MAS).
“Saya tak banyak pergi temuduga kerja dan satu-satunya temuduga yang saya pernah pergi adalah temuduga pramugari. Saya pergi temuduga tu bukan sebab nak pergi melancong atau nak pakai kebaya.
“Mula-mula saya pergi temuduga Singapore Airlines, ada sedikit riak tanpa mengenal ukur baju di badan sendiri saya pun pergilah Singapore Airlines punya temuduga.
“Tapi tak dapat sebab tak cukup tinggi lepas tu saya rasa ‘give up’ dan malu sampai tak nak jadi pramugari.
“Selepas itu, tak tahu macam mana Malaysia Airlines hantar surat, agaknya dia dapat nama-nama yang pernah pergi ke temuduga Singapore Airlines,” katanya.
Amy pada masa sama menjelaskan proses tersebut dipermudahkan.
“Jadi dia hantar surat ke rumah untuk hadir ke temuduga Malaysia Airlines lepas tu saya pun pergi, sampai tempah baju kebaya.
“Lepas tu, alhamdulillah dapat dan kalau kita percaya itu rezeki, semuanya akan berjalan lancar,” katanya lagi.
Penyanyi kelahiran Batu Gajah, Perak ini telah memulakan karier sebagai pramugari MAS pada tahun 1989 sehingga 1994.
Mengenang memori, saksikan video temubualnya di sini;
Foto: Instagram Amy Mastura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!