Bersempena dengan sambutan hari tanpa tembakau sedunia, penyanyi dan penyampai radio Mawi mendedahkan sudah 11 tahun tidak lagi bergelar perokok.
Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani mendedahkan dia telah mula menghisap rokok ketika usianya berusia 18 tahun dan berjaya berhenti pada usia 29 tahun.
Dalam pada itu, juara program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim ketiga ini mendoakan kepada semua perokok di luar sana berjaya berhenti menghisap rokok seperti dirinya.
Ads
“Dulu aku kuat merokok. Aku mula merokok waktu umur aku 18 tahun & aku dapat berhenti merokok pada umur aku 29 tahun.
“Hari ini 31 Mei merupakan hari dunia tanpa tembakau. Aku doakan korang bebas dari tembakau. Selamat hari dunia tanpa tembakau #bebastembakau #prayforsmokeeater,” tulisnya.
Konflik terus berlarutan apabila anggota kumpulan Search di antara adik-beradik Nordin dan Kid bersama bekas vokalisnya, Amy serta pemain bass, Nasir Daud wujud perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.
Pemilik dan pengurus Home of Champions (HOC), Mozylir Mokhtaruddin meminta Nasir untuk bercakap benar selain tidak menyembunyikan perkara sebenar berhubung keizinan menggunakan nama Search untuk tujuan jualan aksesori dan produk di bawah kendalian HOC.
Menurut Mozylir, dakwaan yang diberikan Nasir dan Amy sebagai tidak benar memandangkan keizinan tersebut sudah dipersetujui oleh semua anggota Search melibatkan dirinya, Hamzah Mohd Taib (Kid) termasuk Nasir sendiri.
“Nasir tahu setiap perancangan yang akan kami buat berhubung perniagaan ini sejak tahun lepas lagi. Saya kerap bertemu dengan dia di Johor Bahru memandangkan lokasi kami dekat dan ia memudahkan urusan perbincangan.
“Malah saya juga telah memberikan draf untuk dia lihat cuma tidak bertanda tangan sahaja. Kami juga saling berkongsi idea untuk merealisasikan projek ini. Jadi, secara dasarnya, dia menyatakan persetujuan dan sangat menyokong usaha saya serta Din ini.
“Apabila dia kata tidak tahu, saya agak kecewa dan terkejut. Menerusi apa yang berlaku sekarang, saya rasa Nasir kena jelaskan perkara yang betul. Cakap yang benar jangan cakap bohong. Malulah, kita sudah tua, bukan budak-budak lagi,” katanya.
Mozylir menjelaskan mengenai perkara tersebut menerusi satu sidang media yang diadakan secara virtual pada Jumaat.
Ia bagi memberi penjelasan terhadap dakwaan dan amaran Amy serta Nasir sebelum ini berhubung tindakan menggunakan nama kumpulan Search untuk mengaut keuntungan tanpa kebenaran.
Sebelum ini, Amy dan Nasir mendakwa Mozylir telah menggunakan nama ‘fenomenasearch’ melalui laman web serta menggunakan alamat emel yang memakai nama domain fenomenasearch.com bagi tujuan tersebut.
Ini termasuk penjualan pakaian dan aksesori menggunakan nama Search atau imej yang berkaitan dengan Search melalui laman web itu, Facebook, Instagram dan Shopee selain menjual kasut Aliph x Search – Edisi 2021 atas dasar penjualan terhad kepada 999 unit.
Sementara itu, Mozylir menambah, pihaknya termasuk Din telah cuba untuk menghubungi kedua-dua mereka namun gagal untuk dihubungi.
“Sebelum ini, saya cuba beberapa kali hubungi Amy tapi gagal. Saya ada bukti yang saya hubungi dia tapi tak ada respon sama ada menerusi panggilan telefon mahupun aplikasi Whatsapp. Malah, saya dengan Nasir pun selalu berhubung sebelum isu ini timbul,” katanya lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terperangkap akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama dan bagaimana Anis terpaksa meneruskan hidup menjaga anak majikan yang masih kecil merupakan intipati utama dalam telefilem Bebenang PKP Anis yang pastinya memberikan perspektif berbeza kepada sesiapa yang menontonnya.
Tanpa ada pengalaman menjaga kanak-kanak, Anis Kemboja bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan kerenah mereka memandangkan tuan rumah ‘tersangkut’ di Indonesia akibat pintu sempadan yang ditutup serta merta ketika itu.
Bagi penerbit Indigital Sdn. Bhd., Nana Mohd Rom, dia menganggap jalan kisah yang berlaku kepada Anis Kemboja ini sangat menarik, ditambah dengan apa yang berlaku ketika itu merupakan fenomena asing buat semua.
“Sejak awal lagi kita memang tertarik dengan jalan cerita yang ditulis oleh Dr. Ummu Hanie yang diangkat daripada sebuah kisah benar. Bayangkan pada ketika dunia dilanda pandemik Covid19, keadaan yang berlaku di luar jangkaan.
“Tidak ada siapa yang pernah mengalami situasi seperti ini. Ada yang tersangkut di serata tempat dan tak kurang juga yang terpisah dengan keluarga dan sebagainya. Jalan cerita begini amat menarik perhatian dan kita visualkan menerusi telefilem ini,” kata Nana lagi.
Bakal ditayangkan di TV Al-Hijrah pada 15 Mei (hari raya kedua) pukul 9 malam, Bebenang PKP Anis yang diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dibintangi oleh Muna Shahirah, Shafie Naswip, Fauzi Nawawi, Lisadawati dan ramai lagi.
Penggambaran yang dilakukan di sekitar Kuantan, Pahang ini dilakukan sekitar penghujung tahun lalu berkisahkan tentang Anis (Muna Shahirah) yang terpaksa menjaga dua orang anak Puan Zue kerana pembantu rumah melarikan diri.
Wanita tersebut pula terpaksa ke luar negara atas urusan kerja namun disebabkan PKP membuatkan dia terpaksa mengambil alih tugas sebagai ‘ibu bapa’ segera. Konflik bertambah apabila abangnya Amar (Shafie Naswip) bermasalah dengan ibu bapanya (Fauzi & Lisdawati).
Namun takdir PKP yang ketika itu membuatkan hubungan mereka semakin baik dari sehari ke sehari.
“Kisah Anis ini sangat menarik untuk dikupas. Dia bukan sahaja terpaksa menjaga anak orang secara tiba-tiba tetapi juga terpaksa berhadapan dengan masalah keluarga. Dalam masa yang sama Anis juga ada cita-cita untuk menyambung pengajian keluar negara.
“Malah, kisah ini juga pernah ditulis sebagai sebuah cerpen dan menadapat sambutan yang menggalakkan. Ini yang memberikan nilai tambah kepada telefilem ini,” tambah Nana lagi.
Drama Bebenang PKP Anis turut mendapat dana daripada Program OTT/TV (Perlaksana), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Tajul Ariff menzahirkan rasa syukur apabila dapat menyambut Aidilfitri tahun ini dengan permata hati kedua, Khamis lalu.
Isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan cahaya mata bayi lelaki seberat tiga kilogram itu secara normal di sebuah pusat perubatan di Kajang, Selangor.
Menerusi Instgaram, Tajul atau sebenarnya, Tajul Ariff Noor Md. Shari bagaimanapun mengakui sambutan raya dirai sederhana mengenangkan konflik yang berlaku di Palestin ketika ini.
“Alhamdulillah tahun ni dapat beraya berempat. Walaupun raya kalini pkp kita sambut dgn sederhana, jangan kita lupa terhadap saudara2 kita di palestin.
“Gunakan senjata kita iaitu doa kepada mereka disana #shameonisrael,” tulisnya.
Meninjau ke ruangan komen, para peminat turut sama tumpang gembira melihat foto keluarga Tajul di samping turut mendoakan yang baik-baik buat mereka seisi keluarga.
Tajul mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shamieza tiga tahun lalu dan mereka turut dikurniakan anak sulung perempuan bernama Adriana Carisa yang kini mencecah usia setahun.
Foto: Instagram Tajul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.