Penyanyi nasyid, Dr. Fitri Haris mendedahkan dirinya berasa amat senang apabila berkesempatan bertemu usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri secara empat mata.

Jelas Fitri, dia sendiri tidak menyangka Datuk Seri Aliff merupakan seorang yang sangat ramah dan tidak lokek dalam berkongsi ilmu mengenai selok-belok perniagaan.

“Family Oriented! Ni Paling Best Sebab…,” – First Time Jumpa, Dr. Fitri Harris Senaraikan 4 Keperibadian Baik Aliff Syukri

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr. Fitri Haris (@fitriharisofficial)

“Bermesyuarat bersama the only one Dato’ @aliffsyukriterlajaklaris. Hampir 2 jam kami berkongsi pendapat dan idea. Beberapa perkara yang mungkin di luar sana kena tahu karakter Dato’ adalah:

“1. Tak lokek ilmu, dalam perbualan kami, banyak ilmu2 perniagaan dan pemasaran belakang tabir atau secara public yang di kongsikan.

IKLAN

“2. Baru pertama kali jumpa dan sembang-sembang dah macam selalu bersua. Ada beberapa minat kami sama dan ideologi terhadap beberapa perkara seiring,” tulisnya

Kisah tersebut dikongsikan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

“Family Oriented! Ni Paling Best Sebab…,” – First Time Jumpa, Dr. Fitri Harris Senaraikan 4 Keperibadian Baik Aliff Syukri

Dalam pada itu, Fitri turut menambah dia berasa amat kagum dengan sifat yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Aliff yang amat mementingkan mengenai aspek kekeluargaan.

IKLAN

“3. Family oriented! Ni paling best.. sebab banyak kali idea yang datang dari Dato’ adalah melibatkan kekeluargaan. Kita maklum dato’ mempunyai keluarga yang support each other.

“Well, apart from gaduh sikit-sikit tu normal tapi beliau sangat-sangat mementingkan isu-isu kekeluargaan, kasih sayang suami isteri.

“Family Oriented! Ni Paling Best Sebab…,” – First Time Jumpa, Dr. Fitri Harris Senaraikan 4 Keperibadian Baik Aliff Syukri “Family Oriented! Ni Paling Best Sebab…,” – First Time Jumpa, Dr. Fitri Harris Senaraikan 4 Keperibadian Baik Aliff Syukri “Family Oriented! Ni Paling Best Sebab…,” – First Time Jumpa, Dr. Fitri Harris Senaraikan 4 Keperibadian Baik Aliff Syukri

IKLAN

“Banyak lagi sebenarnya tapi what can i say, sisi Dato’ di dunia sebenar sangat-sangat positif. Moga Allah kurniakan rezeki berlipat ganda bagi dato’ dapat membantu lebih banyak mereka di luar sana.

“Inshaa Allah, look forward for our collaboration soon. Bismillah. Kali ni konfem “terlajakkkk laris,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja selain turut tidak sabar untuk menantikan kolaborasi di antara dua nama ini.

Foto : Instagram Dr Fitri Haris

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI