Penyanyi Kaka Azraf mendedahkan, dia sedia mengetahui mengenai gejala Gangguan Bipolar serta Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD) yang dialami suaminya, Adam Azriff malah sebelum mendirikan rumah tangga lagi.

Katanya, meski gejala yang dihidapi Adam tidaklah ditunjukkan secara langsung, namun dia sudah boleh agak seperti ada sesuatu yang mahu disampaikan suaminya.

“Bagi saya Adam seorang yang sensitif, malah turut mempunyai gangguan OCD,” jelasnya kepada MH.

Lalu kenyataan tersebut turut disambut suaminya yang mengakui, dia menghidap gangguan berkenaan sejak kecil lagi.

“Malah sebelum kahwin dia beritahu, ada masalah depresi, biopolar atau kata mudah, personality bipolar disorder. Berlawan dengan diri sendiri untuk tahu siapa diri yang sebenar.

“Bukan bercakap macam orang gila, tetapi my brain is telling me another me. Macam suara saya yang tanya diri apa yang saya buat.

IKLAN

“Sebab itulah saya ubah cara pandangan terhadap gejala yang dialami itu menerusi kerja yang saya lakukan,” kata Adam di samping Kaka.

Sementara bagi Kaka, apa yang perlu dilakukannya sebagai isteri adalah sabar dan cuba membantunya sebaik mungkin.

“Saya kena sabar. Sebelum kenal dengan suami pun, saya ada menonton video mengenai kisah pasangan yang mempunyai masalah depresi di YoTube. Jadi dari pada situlah boleh ambil panduan dan belajar.

“Sebab kesedaran mengenai perkara tersebut masih lagi tidak besar di negara ini. Mereka ini sudah ada masalah, tetapi orang sekeliling pun mempunyai peranan yang penting.

IKLAN

Berkongsi dengan lebih lanjut, masalah OCD yang dialami Adam misalnya sudah pun dihidapinya sejak kecil.

Bagaimanapun, situasinya kian menjadi lebih baik sejak mempunyai Kaka di sisi.

“Saya tidak lagi sunyi dan adanya dia membuatkan ia bertambah baik. Malah dia secara perlahan-lahan cuba bantu dan ingatkan saya.

“Ingat nama Allah, istigfar,” jelasnya yang pernah memberikan sesi ceramah mengenai masalah yang dihadapi di luar negara meski tidak secara terperinci.

IKLAN

Terdahulu, pasangan ini ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran pengasas Airish Cosmetics, Datin Jann di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.

“Saya Kena Sabar,” – Kaka Azraff Sedia Tahu Suami Hidap Gejala Gangguan Bipolar, OCD Sebelum Kahwin Lagi

Gangguan bipolar merupakan penyakit yang menjejaskan ragam, tenaga dan keupayaan seseorang untuk berfungsi.

Kaka dan Adam mendirikan rumah tangga pada 14 Disember lalu di kediaman pihak perempuan di Klang, Selangor.

Foto: Instagram Kaka Azraff/ Fastyleasia Group

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI