Bintang skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid, ada membuat permohonan maaf seterusnya cuba untuk meningkatkan prestasi lagi prestasinya dalam perlawanan bola sepak selepas ini.
Katanya seperti mana yang dikongsikan di Instagram yang dikemas kini, bintang sukan berusia 23 tahun itu turut terharu atas sokongan yang diberikan terhadapnya selama ini.
“Great win last night JDT @officialjohor. Dalam masa yang sama saya ingin mintak maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi saya, inshaallah next game saya cuba bagi lagi yang terbaik untuk Team.
Ads
“Tanpa ada sokongan dari anda semua, belum tentu saya boleh berada pada tahap ini #teruskanusaha #jgncepatputusasa,” tulisnya sambil disambut dengan ribuan komen yang bercampur-campur di kalangan netizen.
Ads
Terdahulu, prestasinya yang menurun berbanding musim lalu turut mendapat perhatian pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Daripada Dia kita datang, kepada Dia kita kembali. Pemergian Norazian Zahir, kru produksi Astro yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan beberapa program mega baru sahaja pergi meninggalkan alam fana.
Difahamkan, Norazian bertarung nyawa melawan penyakit kanser sebelum ini dan beberapa minggu sebelum pemergiannya, arwah memuat naik beberapa entri memohon maaf.
Penceramah bebas, Ebit Lew sebak mengetahui, Muhammad Yusof bin Haron, antara jemaah tabligh yang dijangkiti COVID-19 meninggal dunia baru-baru ini.
Jelasnya, dia tidak dapat menahan air mata daripada jatuh selepas menghubungi isteri arwah, Noradilah yang memaklumkan suaminya mempunyai masalah pernafasan.
Malah lebih menyedihkan, isteri dan empat anaknya turut positif COVID-19, sementara seorang lagi negatif dan dikuarantin di tempat lain.
Difahamakn, anak-anak arwah berusia daripada tujuh bulan sehingga 11 tahun.
“Sebak menangis baru lepas video call Noradilah wife arwah Muhammad Yusof b Haron, 34, mati meninggal asbab Corona Virus dan beliau memang ada masalah pernafasan dari sebelum ini.
“Sebak tengok wife dan 5 anaknya positif covid 19. Tapi semuanya dalam keadaan sihat dan tiada demam or sesak nafas. Seorang lagi anak negatif dan kuarantin ditempat lain. Ya Allah tuhanku.
“Anak yang besar dah tahu. Yang kecil semua belum faham sangat. Anak dari 7bulan sampai 11tahun. Kecil lagi. Tengok mereka berlari dalam bilik sendiri di hospital JB rasa sebak,” jelasnya.
Ebit pada masa sama turut mengucapkan penghargaan bagi kakitangan barisan hadapan hospital dalam berkorban dan berjuang menangani wabak ini.
“Terima kaseh semua Dr dan Nurse di KKM yang berkorban berjuang berjihad disebalik semua ini. Allah selamatkan keluarga pejuang kita semuanya.
“Selamat semuanya insyaAllah. Hanya syurga dan Redha Allah buat tuan puan semua bahagian depan dalam perjuangan kali ini.
“Saudaraku semua terus kita berjuang jaga diri dan kuarantin diri dan ikut nasihat kkm dan negara kita. Jika ada simptom terus buat pemeriksaan. Kita hadapi sebagai sebuah keluarga. Ini waktu bersatu hati. Supaya ALLAH sayang kita. Rahmat Allah sahaja boleh selamatkan kita,” tegasnya.
Penceramah bebas ini turut mengimbau kembali bagaimana pertemuannya dengan arwah dan menyifatkannya sebagai seorang yang sangat baik.
“Dari semalam tak boleh tidur mendoakan semua. Sekali tengok arwah macam kenal sangat. Siapa yer. Cuba ingat rupanya tahun 2003 dan 2007 dulu kami pernah jumpa di India Pakistan. Dia dulu belajar hafiz Al-Quran. 15 juz juga. Allahuakbar.
“Ayahnya pendakwah baik. Beberapa kali saya jumpa dia di airport mana dalam dunia mesti tengah baca Al-Quran. Terkesan dengan sifat baiknya.
“Saya baru lepas beri sedikit sumbangan padanya. Jika sesiapa sumbang sedikit ini no akaun isterinya; Bank Islam 010 4102 7184 812. Nor Adilah bt Rani,” jelasnya lagi.
Bagi mengekang penularan jangkitan Covid-19, Perintah Kawalan Pergerakan telah pun diumumkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga 31 Mac depan.
Malah semalam, PM sekali lagi menyeru agar rakyat di negara ini mematuhi peraturan seterusnya duduk di rumah dalam tempoh yang telah dikuat kuasakan.
Sementara itu, bagi pekerja yang terpaksa bercuti tanpa gaji bermula 1 Mac, mereka juga sebenarnya layak menerima RM600 yang akan diberi dalam tempoh 7 hari dari permohonan dibuat.
Menteri Kanan, YB Datuk Seri Azmin Ali turut berkongsi mengenai perkara itu menerusi salah satu posting yang dimuat naik di FB rasminya, pada Rabu.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.