Setelah direman selama dua hari atas tuduhan menipu seorang pelanggan berhubung urusan sijil halal, isteri kepada pendakwah bebas, Da’i Nik Farhan iaitu Noorainul  Naqim Mohd Radzi akhirnya memberi penjelasan berhubung kes yang menimpa dirinya.

Menurut Noorainul atau lebih mesra disapa Dr. Erin, segala yang menimpa dirinya ketika ini adalah ujian daripada Allah dan barulah kini dia dapat merasai nikmat kehidupan sebenar.

Katanya lagi menerusi Instagram, banyak pengalaman yang diperoleh sewaktu berada di dalam lokap lebih-lebih lagi bila bersama insan-insan disebalik tirai besi.

Penjelasan tersebut dibuat menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.

“Assalammualaikum, kepada semua yang bertanya Alhamdullilah saya okay, walaupun 2 malam dalam lokap saya berasa nikmat kehidupan yang sebenar.

“Kalau nak diikutkan mkn nasi kosong dgn ikan jacket xdak lah apa sangat.

IKLAN

“Pengalaman Allah nak tunjuk UJian kita ni kecik sangat nak dibandingkan dgn kawan2 kat dalam sana tu,” tulisnya.

Tambahnya lagi, tidak semua individu yang ditahan di dalam lokap tersebut bersalah selagi belum dibuktikan bersalah.

Noorainul turut menitipkan ucapan terima kasih kepada petugas yang telah menjaganya dengan baik sepanjang berada didalam tahanan.

IKLAN

“Yang kat dalam tu tak semuanya bersalah selagi dia tidak didapati bersalah. Sy trima semua prosedur dengan hati terbuka tiada rasa malu atau takut.

“Terima kasih kepada beberapa org yg menjaga saya semasa di dalam lokap dgn baik walaupun ada beberapa pekara yang Allah nak tunjuk pada saya kalau tak masuk dalam saya tidak tahu begitu keadaan sebenarnya.

“Undang-undang di Malaysia ni bila kita ada kuasa kita boleh buat apa sahaja. Inshaallah tiada undang2 tiada mahkamah yg dpt mendustakan kebenaran bila Allah ingin kebenaran dinampakkan.

IKLAN

“Saya bukan siapa-siapa tapi Allah letakkan dengan cara ini saya terima dengan redho dan Ikhlas. Apa-apa saya berserah pada nasib saya. Terima kasih kepada semua yg mendoakan saya, saya tahu tak semua rakyat Malaysia makan dedak,” tambahnya lagi.

Awal minggu lalu, Noorainul telah ditahan oleh pihak polis di pejabatnya di Desa Melawati, Kuala Lumpur.

Noorainul didakwa memperdayakan mangsa dengan menjanjikan untuk menguruskan sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk jamu.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan 3 April ini untuk serahan dokumen.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI