Janna Nick tidak menafikan dirinya rasa terkejut kerana terpaksa menari selain bersilat dan menyanyi bagi menyempurnakan jalan cerita untuk naskhah teater fiksyen bangsawan yang bakal dilakonnya, Pawana Isabella bermula 21 Ogos depan.
Katanya kepada MH, pengarahnya Erma Fatima ada menyatakan permintaan tersebut ketika hari kelima sesi latihan.
“Ketika mula hari latihan yang kelima, Mama (Erma Fatima) ada meminta untuk saya menari. Jadi bila kena menari, ia semacam satu kejutan untuk saya.
“Untuk ‘hadam’ hal yang mengejut macam ni, kena ambil masa dan bila tengok langkah tarian yang saya kena buat tu, saya hampir menangis, sampai terduduklah,” katanya jujur.
Terdahulu, bintang Cari Aku Di Syurga ini ditemui pada sidang media pementasan Teater Malayu-Pawana Isabella yang berlangsung di Istana Budaya, baru-baru ini.
Ads
Ia merupakan percubaan kedua Janna dalam pementasan teater selepas pementasan sulungnya, Teater Zombi La La sebelum ini.
Terang Janna lagi, selain menari antara babak yang lainnya termasuklah bersilat dan menyanyi. Lebih sukar, skrip yang diberikan juga tidak boleh diubah kerana dikhuatiri akan memberi maksud berbeza dari jalan cerita.
“Pada masa sama ia turut melibatkan elemen silat juga. Saya tidak pernah menari sebelum ini. Saya memang tak boleh menari, sama juga dengan silat.
“Di sekolah dulu, saya adalah libatkan diri dalam taekwando dan muay thai, ia memang sangat berbeza berbanding silat. Sekarang ni saya berada dalam keadaan yang tak berapa nak stabil,” seloroh Janna.
Ads
“Saya memang ada belajar untuk menari dan silat, jadi saya berilah yang terbaik dan semampu mungkin. Kita banyak perkara yang kami kena serap menerusi teater tersebut, lebih-lebih skrip tidak boleh diubah langsung, kena hafal satu-satu,” ujarnya lagi.
Ditanya sama ada dirinya ada memberikan pendapat atau menyuarakan hasrat untuk tidak melakukan babak tarian yang dirasakan agak mencabar bagi dirinya itu, Janna akui ada menyatakan kesukaran yang dialami kepada Erma.
“Saya ada suarakan mengenai tarian, kalau boleh saya tak nak menarilah. Kenapa perlu saya menari, tapi Erma tetap cabar saya. Katanya kalau nak jadi pelakon yang hebat, kena lakukan.
Ads
“Lalu saya anggap ini cabarannya buat saya dan cuba untuk sahut cabaran tersebut,” terangnya yang masih berbaki kurang dua minggu sebelum ia dipentaskan di Istana Budaya sebelum latihan penuh,” akhiri Janna yang mendukung watak sebagai Permaisuri Isabella.
Teater Malayu-Pawana Isabella bakal dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 21 Ogos hingga 31 Ogos ini.
Teater arahan Erma Fatima bersama Naque Ariffin itu turut membariskan bintang hebat antaranya Azar Azmi, Johan Raja Lawak, Ozlynn Waty, Datuk Afdlin Shauki, Datin Paduka Umie Aida, Datuk Ziela Jalil, Shahronizam dan ramai lagi.
Tiket boleh dibeli di kaunter Box-Office Istana Budaya dengan harga RM48 hingga RM188.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Mengimbau kembali detik bersejarah lebih dua dekad lalu bersama kumpulan New Boyz, penyanyi, Tomok ada berkongsi sebuah video yang memaparkan tempat di mana mereka mengadakan sesi rakaman daripada album pertama hingalah yang terkahir.
Jelas Tomok, tempat ini amat bersejarah buat dirinya kerana hampir 90 peratus lagu-lagu New Boyz telah dirakamkan di sini.
Katanya lagi, selain New Boyz, studio ini turut telah digunakan oleh ramai penyanyi ternama yang lain antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Noraniza Idris, Handy Black dan ramai lagi.
“Assalamualaikum, saya nak share dengan anda semua tempat di mana saya memulakan karier saya di awal pembabitan di dalam industri seni bersama dengan New Boyz.
“Belakang saya ini adalah studio yang bersejarah buat kami. Boleh dikatakan hampir 90% lagu-lagu kami dirakamkan di sini.
“Saya nak bawa anda masuk ke dalam dan lihat sendiri tempat recording New Boyz. Ramai juga artis yang pernah buat rakaman dekat sini seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Noraniza Idris, Handy Black dan ramai lagi,” katanya.
Video berdurasi lebih tiga minit itu dikongsikan oleh Tomok menerusi entri terkini di laman Instagram.
Dalam pada itu, bapa kepada tiga orang anak ini turut meluahkan rasa syukur kerana berberkesempatan untuk mengadakan sesi rakaman di salah satu studio terbaik di negara ini.
“Terlalu banyak kenangan. Rasa bertuah dapat merakamkan album di antara studio rakaman yang terbaik kat Malaysia
“Video clip Sejarah Mungkin Berulang pun kami record kat studio ni. Oh ya,video ni saya rakam sebelum puasa hari tu tau,” katanya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkogsian tersebut selain turut meluahkan rasa rindu terhadap Kumpulan New Boyz.
Sumber: Instagram Tomok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
MeIihat di ruangan komen, rata-rata turut mendoakan kebahagiaannya dan isteri.
Sufie atau nama penuhnya Mohammad Sufie Rashid mendirikan rumah tangga bersama Ain pada 21 September 2019 dengan sekali lafaz bertempat di Pulse Grande Hotel, Putrajaya.
Foto: Instagram Sufie Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, hampir 10 ribu rakyat Malaysia kembali berhimpun bagi menunjukkan solidariti buat mangsa perang di bumi Palestin.
Para peserta perhimpunan difahamkan telah berarak dari Masjid KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat (AS), Kuala Lumpur.
Antara selebriti yang tidak melepaskan peluang untuk turut sama menunjukkan tanda sokongan buat saudara muslim di Palestin termasuklah pelakon jelita Nadia Brian.
Menerusi video yang dikongsikan di laman Instagram, Nadia atau nama sebenarnya Nadia Najwa Mohamed Rashidi akui dirinya amat teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada peserta perhimpunan bagi meluahkan kebencian terhadap kekejaman tentera Israel.
“Syukur Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur kerana dapat jadi sebahagian daripada Himpunan 10k Solidariti Palestin,” tulisnya.
Selain kehadirannya, penampilan Nadia dia program tersebut turut menarik perhatian ramai pihak.
Nadia dilihat sopan mengenakan hijab dan jubah putih polos selai turut memakai selendang bermotifkan bendera Palestin.
Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan tersebut selain turut mendoakan semoga Nadia terbuka hati untuk kekal istiqomah menutup aurat dengan sempurna.
“Jujur ni. Jauh lagi cantik bila Nadia pakai macam ni. Semoga berterusan. Slowly but surely.
“MasyaAllah. Cantiknya Nadia. Semoga Allah permudahkan urusan awak.
“Alhamdulillah, pergi perhimpunan ramai-ramai dengan menjaga aurat. Sangat baik dan bagus.
“Cantik macam orang Palestin.
“Semoga dikurniakan hidayah dan taufiq buatmu,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, menerusi beberapa video tular, para peserta perhimpunan juga dilihat melaungkan takbir selain membawa sepanduk memaparkan wajah Presiden Israel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Indonesia kehilangan satu lagi bintang berbakat apabila pelakon komedi popular, Nasrullah atau lebih dikenali sebagai Mat Solar, menghembuskan nafas terakhir pada Isnin,...