Terdahulu, bekas pelakon Yatt Hamzah dijemput sebagai antara tetamu undangan sebuah rancangan program bual bicara bersama Ustaz Ebit Lew.
Program berkenaan bersiaran di TV Al-Hijrah.
Lalu, Yatt antara lain ada berkongsi kisah penghijrahannya bersama penonton dan mengimbau saat dirinya menerima hidayah
“Saya secara tiba-tiba saya dinampakkan bayangan semua dosa, segala kesilapan dan maksiat yang saya buat sebelum ini dalam sujud tu.
“Dan masa tu saya rasa sangat takut saya rasa sangat bersalah sampai beberapa ketika kemudian saya dinampakkan dalam sujud yang panjang tu bayangan seorang wanita tergantung yang mana kulitnya disiat daripada hujung kaki sampai keatas kepala bersama dengan rambutnya sekali dan dipanggang dengan api yang sangat marak.
Ads
“Sangat dasyat apa yang saya nampak sehingga saya tak terkata yang saya ingat saya hanya menangis tak berhenti dan kemudian ada satu gelas minuman di tepi wanita itu terus ambil dan teguk tanpa fikir rupanya apa yang diteguk itu adalah nanah yang mendidih dan mengakibatkan segala kerongkong dan seluruh tubuh badannya hancur, lebur.
“Sangat dasyat apa yang saya lihat saya hanya mampu nangis sehinggalah saya lihat dengan jelas wajah wanita itu adalah saya.
Ads
“Dan selepas itu saya terus taubat nasuha agar tak ulangi segala maksiat dan kesilapan yang saya buat sebelum itu dan semenjak hari itu hingga saat ini tidak ada satu hari yang saya tidak memohon agar Allah ampunkan dosa saya.
“Kerana saya terlampau banyak sangat dosa sebagai seorang wanita, sebagai seorang anak, sebagai seorang ibu, sebagai seorang isteri,” luahnya menerusi program yang dikenali sebagai A Bit With Ebit itu.
Bekas vokalis kumpulan Visa, Sham mengakui kecewa dengan persembahannya ketika menyampaikan lagu Sayang-Sayang nyanyian asal Aliff Aziz menerusi saingan minggu ketiga konsert Gegar Vaganza 6 (GV6), minggu lalu.
Bertemakan ‘Aneh-Aneh’, para peserta diberi cabaran untuk membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu yang ‘lari’ dari genre lazim mereka.
“Saya kecewa, tetapi alhamdulillah masih lagi berada dalam saingan, saya cuba lakukan yang terbaik meski tidak selesa untuk buat persembahan sedemikian. Ia bukan genre lagu saya.
“Saya sendiri sudah lama tidak menyanyi. Apa pun saya cuba ambil cabaran untuk tema ‘Aneh-Aneh’ meski rasa agak gementar. Cuba untuk selesaikan persembahan tersebut sebaiknya,” katanya kepada MH.
Ditanya sama ada dia sudah selesa kerana mendapat pujian juri menerusi persembahan terdahulu hingga membuatkan prestasinya sedikit menurun kali ini, bintang berusia 47 tahun itu menafikan perkara tersebut.
“Saya tidak pernah selesa dengan kedudukan di GV6 sebelum ini. Setiap tugasan punya tekanan yang tersendiri,” jelas pemilik nama lengkap Rohisham Hashim ini jujur.
“Untuk cabaran duet minggu hadapan, sudah tentu saya akan buat lebih persiapan dengan lebih teliti. Apa yang berlaku (minggu lalu), saya anggap ‘it’s not my day’.
“Apa pun, saya kena positif. Itu sahaja pilihan yang saya ada. Sementara peluang masih diberikan saya cuba galas semampu yang boleh,” azam Sham optimis.
Minggi ketiga konsert, bintang itu berada di kedudukan kedua paling rendah dan Ameer Sofazr diumumkan sebagai peserta tersingkir selepas hanya berjaya mengumpul markah sebanyak 54 peratus.
Sham bakal berduet dengan Marsha Milan pada saingan minggu keempat, mengalunkan lagu My Heart lagu asal Irwansyah dan Acha Septriasa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian satu foto di entri Instagran pelakon Fatin Nur Afifah Shamsuddin atau nama komersialnya, Fatin Afeefa baru-baru ini mendapat perhatian netizen.
Ini kerana, foto tersebut dirakam bertiga bersama rakan pelakon, Nazim Othman dan anak sulung Fatin, Adam Aisy Arrian.
Pelakon Abby Abadi sekali lagi berkongsi kisah mengenai detik awal dirinya mendidik ketiga-tiga anaknya mendekati al-Quran.
Maklumnya menerusi Instgram, perkara tersebut masih lagi ditanya ramai meski dia sudah pun berkongsi perkara sama sebelum ini.
Mohamed Danish Hakim, 16 tahun, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisha Hakim, 11, merupakan anak hasil perkahwinan Abby yang terdahulu bersama pelakon, Norman Hakim.
“Ramai sangat yg tanya mcmana Sy mula didik anak2 dgn ALQURAN. Bila mula? Umur berapa? Mcmana pujuk dorang duduk asrama hafal QURAN? Banyaklah lagi soalan.
“Sy dah kongsi banyak kali dah sampai tak ingat dah mcmana nk kongsi lagi hehe.. Tapi malam ni Sy terjumpa gmbr ni. Jadi Sy share la serba sedikit ye,” tulisnya.
Jelas bintang Gerak Khas ini sebelum memulakan cerita, ia turut terkait kepada bapa kepada anak-anaknya itu.
“Bila nak cerita pasal anak2 ni, terkaitlah sikit cerita tentang kahwin dan cerai dgn Paknya. Harap baca dan ambil yg baik2 saja ye. Jangan menambah bara hehe…
“Walaupun waktu berkahwin hinggalah bercerai dgn pak anak2 ni, Sy masih hanyut, tapi masa depan anak2 adalah antara perkara yg palinggggg Sy risaukan.
“Dan setelah bercerai… walaupun Sy masih dilautan dalam, Sy nampak hanya ISLAM yg dpt menyelamatkan masa depan mereka. Dan Inilah kejadiannya.
“Dari seawal usia 2/4/6tahun Sy dah panggil Ustaz ajar anak2 mengaji dirumah supaya anak2 ni celik ALQURAN. Dan Alhamdullillah. Anak2 mudah dilentur & dibentuk sbb masih kecilkan waktu ni.
“Selalu juga Sy sembang dgn anak2 bercerita tentang ALLAH SWT, sebut tentang Muhammad, siapa Muhammad.. tentang kenapa kita diciptakan.. bgtau kenapa mesti solat, kenapa kena hafal ALQURAN, apa ganjarannya.
“Dan hari ni sudah nampak hasilnya walaupun jauhhhh dari sempurna & jauh lagi perjalanan mereka. Sy nak mereka betul faham ISLAM & jadi hamba ALLAH yg benar2 beriman. Bukan sekadar di IC sahaja ISLAMnya.
“Sampai ke tahap hantar mereka duduk asrama, adalah sbb Sy ibu tunggul waktu tu hehe.. masih berjimba ria, jadi Sy taknak anak2 Sy terabai sbb Sy tahu Sy tak buleh mengajar sendiri mereka.
“Menangis2 pun Sy hantar juga. Sy tekad nak anak2 Sy hafal ALQURAN & jadi org yg berpedoman. Dan waktu tu Sy nampak “Tahfiz” adalah yg terbaik.
“Bukan mudah.. tp Alhamdullillah Sy berjaya melalui fasa pertama utk didik anak celik ALQURAN & beramal dgnnya. Syukur ya ALLAH,” tulisnya panjang lebar.
Lalu, perkongsian tersebut dimanfaatkan netizen yang turut meninggalkan pelbagai komen serta ada yang turut berkongsi pengalaman.
Kini, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015 dan mengambil dua anak angkat, Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Pasangan ini baru sahaja dikurniakan cahaya mata yang dilahirkan pra-matang, Muhammad Danial Firman, pada 27 September lalu.
Dua tahun lalu, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan, manakala pada 2016, bayi dikandung meninggal dalam perut gara-gara tekanan darah tinggi.
Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.