“Mempersoal Taraf Anak Saya, Ia Keterlaluan & Melampau,” – Jika Tak Bersemuka Dalam Masa 14 Hari, Rita Rudaini Akan Saman!

Pelakon Rita Rudaini tampil membuat laporan polis terhadap seorang pengguna media sosial yang bertindak keterlaluan memberi komen di Balai Polis Kota Damansara, kira-kira jam 3.00 petang tadi.

Menurut Rita, komen tersebut mempunyai unsur fitnah serta berniat jahat terhadap anaknya.

“Laporan terhadap seorang individu menggunakan akaun Instagram @ahmadsan81 yang menghina dan mempersoal mengenai taraf anak saya. Ia keterlaluan dan melampau!

“Sebelum ini tak ada orang yang menghina dan keji anak saya, sebab fasal anak saya tak boleh berdiam kerana keterlaluan.

“Saya mengambil langkah yang sama seperti Jasmin Hamid lakukan sebelum ini, ingatkan bila dia buat begitu orang dah tak berani, tapi masih berlaku,” katanya.

IKLAN

Sebelum ini, menerusi Instagram milik Rita, seorang netizen meninggalkan komen jahat pada salah satu foto yang di muat naik.

“Entah anak hang (kamu) anak sah taraf ke? Tanya jer,” tulis pemilik akaun tersebut.

Sementara itu, peguam yang dilantik Rita, Mohd Syakirin Syazwan Mohd Nayan memberi tempoh 14 hari untuk individu itu tampil membuat permohonan maaf.

“Kita ikut perundangan… kami beri tempoh selama 14 hari bermula tarikh laporan polis dibuat pada hari ini.

“Pemilik akaun tersebut perlu tampil bersemuka dengan kami secepat mungkin dan buat permohonan maaf secara terbuka.

IKLAN

“Jika ingkar, individu itu bakal berdepan dengan saman sivil,” tegasnya kepada MH.

Terdahulu, Rita dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 10, dan Airit Qaqa Arjuna, 8.

Rita berkahwin dengan Aidil Zafuan Abdul Radzak pada 2008 namun mereka mengambil keputusan untuk bercerai pada September 2013.

Saksikan temu bual penuh menerusi FB MH;

#MHnews Rita Rudaini tampil membuat laporan polis terhadap pengguna media sosial yang didakwa memfitnah dirinya serta status taraf dua anak lelakinya, baru-baru ini.

Posted by MEDIA HIBURAN on Monday, October 21, 2019