Pelakon Datin Diana Danielle ada berkongsi sebuah video di IGTV yang merakamkan dirinya ada membuat pengakuan sambil menangis teresak-esak akibat mengalami masalah sukar untuk bernafas.
Menurut Diana, keresahan yang dialaminya bukan suatu perkara yang boleh dipandang mudah.
Menerusi luahan yang dibuat itu, bintang Hanyut tersebut antara lain ada memaklumkan dia sendiri tidak tahu sejak bila kejadian tersebut menimpa dirinya.
Ads
“Saya tidak tahu hari keberapa perkara ini berlaku, kesukaran untuk bernafas. Bila saya check dengan doktor, kandungan Oksigen saya 100 peratus, degupan jantung pun normal dan ia bukan penyebab kepada masalah yang berlaku.
“Saya dah cuba untuk bernafas, nak dapat nafas penuh tu, ya Allah…susah. Saya nangis sebab saya rasa penat nak cari nafas. Nak paksa tapi tak penuh, bila penuh tu leganya,” antara yang diucapkan Diana.
Ads
Ads
Setakat ini, video yang mempunyai durasi lebih dua minit itu sudah pun ditonton lebih setengah juta kali.
Primadona, Erra Fazira baru sahaja pulang ke tanah air dari tanah suci Mekah bagi menyempurnakan fardhu haji.
Penyanyi lagu Pasrah itu berangkat ke tanah suci awal Ogos lalu.
Kepulangan Erra turut disambut rakan baik, sebagaimana yang dikongsikan juru solek terkenal, Othong Danish menerusi video pendek yang dikongsi menerusi Instagram, awal hari ini.
A post shared by OthongDanish (@iamothongdanish18) on
“Alhamdulillah syukur Ya Allah. Rara, Hajah Erra Fazira selamat sampai,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen yang turut merakam kelibat anak tunggal Erra, Engku Aleesya serta penulis lirik, Habsah Hassan yang turut menyambut kepulangannya.
Terdahulu, Erra menerusi laporan media menjelaskan, pemergiannya ke sana adalah secara sendirian tanpa mahram dan niat untuk mengerjakan haji sudah pun tersemat dalam diri lebih lima tahun lalu.
Foto: Instagram Othong Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Iflix mengesahkan filem spin-off terbaru dari KL Gangster Underworld iaitu Rise to Power, akan ditayangkan secara eksklusif dan percuma hanya di iflix, pada 19 September 2019 depan.
Menerusi filem berkenaan, bintang utamanya, Dynas Mokhtar mengukuhkan lagi wataknya sebagai Madam Wong, yang menceritakan tentang bagaimana satu-satunya wanita yang mengetuai geng KL bangkit berkuasa dengan kelicikan, keberanian, dan kekerasan.
Dalam penceritaan masa silam tentang perjuangannya juga, May Wong menentang tradisi patriarki dalam keluarganya sambil merancang jalannya untuk menaiki takhta, tanpa sebarang belas kasihan.
Mark Francis, selaku Pengarah Original Programming iflix Global, menerusi kenyataan media menjelaskan, pihaknya ada meneliti respon yang diberikan penonton yang rata-ratanya tertarik dengan watak Madam Wong.
“Kami meneliti semula maklum balas peminat KL Gangster Underworld Musim pertama dan kami sedar yang mereka begitu tertarik dengan watak Madam Wong lakonan Dynas Mokhtar dan hubungannya bersama Ayah Zan (Hasnul Rahmat).
“Semasa Dynas hamil, kami sebenarnya dalam perancangan untuk Musim kedua dan kami menyedari bahawa kami boleh memulakan musim terbaru, dengan sebuah cerita yang bermula 10 tahun sebelum musim pertama dengan “menghidupkan” Zan.”
“Filem ini sememangnya unik dengan adanya watak utama wanita yang kuat dan kejam, di samping memaparkan aksi dan pergelutan yang membuatkan francais KL Gangster Underworld menjadi kegemaran peminat,” katanya.
Rise to Power menggabungkan nama-nama terunggul dalam industri dari Skop Productions (Munafik 2, Abang Long Fadil 2, Evolusi KL Drift 2, and KL Gangster), bersama pengarah terkemuka Faisal Ishak dan Syafiq Yusof, yang memimpin produksi KL Gangster Underworld Musim 1.
Peminat-peminat KL Gangster Underworld pasti akan teruja dengan kembalinya watak seperti Zan (Hasnul Rahmat), Tauke (Azhan Rani), Shah (Beto Kusyairy), Adi (Zahiril Adzim), dan Belut (Amerul Affendi), di samping “King” dari filem KL Gangster (2001) yang dilakonkan oleh pelakon veteran Ridzuan Hashim. Filem ini juga memperkenalkan watak-watak baru yang dilakonkan oleh Elvis Chin, Tony Eusoff (Saloma), dan Sharifah Sakinah (Girlfriend Aku Dari Neraka The Series).
Selaras dengan misi iflix dalam menghiburkan para penonton, dengan striming kandungan tempatan premium, Rise to Power dikatakan bakal menutup jurang antara pelancaran KL Gangster Underworld Musim 1 dan Musim 2 (yang bakal bermula penggambaran pada bulan November) yang dijangka bakal dilancarkan pada tahun 2020.
Pada masa sama, jangan lupa untuk menantikan tayangan miniseries Ombak Rindu, yang mempunyai empat bahagian dan bakal dilancarkan tidak lama lagi.
Ombak Rindu merupakan drama romantik hasil adaptasi dari novel trilogi Fauziah Ansari. Sementara itu, para penonton di Indonesia pula bakal disajikan dengan dua judul hasil iflix Originals Kisah Tanah Jawa dan Conversation with Ghosts (working title) pada awal tahun depan.
iflix merupakan peneraju penyedia khidmat hiburan bagi pasaran membangun dengan pelbagai pilihan rancangan TV, filem-filem, siri terbitan tempatan Originals, siaran premium sukan secara langsung serta sumber berita mutakhir dan lengkap dari serata dunia, untuk distrim atau dimuat turun di peranti dengan sambungan internet; pada bila-bila masa, dimana sahaja.
Foto: Terima kasih iflix
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kecoh sejak semalam apabila pelakon sasa, Zul Ariffin mengumumkan dirinya bakal berkahwin tahun hadapan dengan wanita yang belum mahu didedahkan identitinya.
Meski belum bersedia untuk berkongsi siapakah gerangan wanita yang bakal disuntingnya sebagai permaisuri hati, namun Zul mengakui wanita berkenaan adalah bukan Melayu.
“Saya hanya nak kongsi, yang saya mahu mendirikan rumah tangga. Tak mahu lagi bercinta lama-lama. Kita semua meningkat dewasa dan pengalaman mengajar.
“Saya mahu jadikan ikatan itu halal, dengan berkahwin,” akui Zul yang sudah pun berjanji kepada peminat untuk tidak akan merahsiakan sebarang berita gembira melibatkan status dirinya pada masa depan.
“Atas faktor tersebut, kami ambil pendirian untuk tidak terlalu terburu-buru kerana saya tidak mahu si dia memeluk Islam hanya untuk berkahwin,” jelasnya.
Ditanya mengenai sama ada dia percaya dengan ungkapan ‘bercinta selepas nikah’, Zul mempunyai jawapannya sendiri.
“Itulah yang sepatutnya. Saya percaya kepada situasi itu lebih-lebih lagi dalam budaya dan agama kita. Saya dah lalui macam-macam tetapi saya tidak pernah menyesali dengan apa yang berlaku.
“Alhamdulilah, saya kini nak kahwin sajalah. Saya mahu jadikan hidup ini lebih baik seterusnya berkahwin. InsyaAllah tahun depan,” terang Zul.
Terdahulu, Zul ditemui media pada majlis Tayangan Gala Filem Sangkar di e@Curve Damansara pada Rabu.
Selain Zul, turut sama menjadi penggerak kepada filem hebat ini ialah Remy Ishak, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Sangkar turut mencipta sejarah tersendiri kerana diterbitkan empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini di pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos depan. Memang terbaik!
Foto: Instagram Zul Ariffin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!