Usahawan sensasi, Nur Sajat sejak awal semalam ada berkongsi beberapa posting dengan sepertinya luahan bila mana ada pihak yang didakwa cuba mengambil hak penjagaan terhadap dua anak angkat nya, Syaza dan Syahmi.
Kanak-Kanak berkenaan merupakan pasangan kembar tidak seiras dan gelagat mereka sering dilihat menerusi media sosial penyanyi Makhluk Penggoda itu.
Katanya sebelum ini dia jarang untuk berkongsi kisah mengenai hal melibatkan dua anak angkatnya itu. Malah, atas dasar privasi dia juga tidak terfikir untuk membuat akaun untuk Syahmi dan Syaza.
“Saya hanya nak meluahkan rasa saya terkilan,bila ada pihak yang sakit hati dengan kebahagian saya dan anak anak. Walaupun pun saya tak sempurna, tak semestinya saya mendidik anak anak saya jalan tak sempurna.
“Saya nak bagi tahu anda,macam mana saya melayan anak anak saya. Saya tak suka sangat post hal anak anak saya, malah saya tak membuat IG untuk anak anak saya yang penting, saya menjaga anak anak saya dengan sempurna,” tulisnya.
“BIAR SAYA SENARAIKAN APA YANG SAYA BERIKAN PADA ANAK ANAK SAYA. Walaupun pun mereka ini siapa pun, saya tak perlulah nak menceritakan latar belakang hal sebenar anak anak saya.
“Bagi saya, saya dah mendapat amanah yang sangat baik dan sempurna dari Allah SWT, walaupun saya tahu ini adalah pinjaman semata mata. Cukup saya menjaga, mendidik, mencintai anak anak saya dengan baik dan sempurna.
“Walaupun ramai yang membenci saya, boikot saya, atau apa apa pandangan anda pada saya. Saya tak boleh paksa anda menyukai saya.dari mereka saya menjaga dari 2 hari kelahiran mereka, masa mereka lahir,dengan keadaan tak cukup zat,macam macam cara saya buat untuk mereka nampak sihat.
“Wang ringgit jangan cakap lah, masa dapat mereka ini (kembar tak seiras) sebulan perutukan susu, pampers budak, babysiter, baju, bidan dan macam macam lagi lah hampir rm4500 untuk mereka,” jelasnya.
Pada masa sama, Sajat turut memberitahu keduanya turut disediakan duit tabung dan turut ada pertuntukan khas buat mereka untuk menghadiri kelas mengaji al-Quran.
“Ada mempunyai baby kembar, tahulah bertapa besarnya belanja untuk mereka menjaga memberikan tiap tiap bulan wang alaun dari gaji saya untuk mereka RM500 setiap bulan
mengambil insuran AIA more pada pembelajaran sehingga 18 tahun baru mereka boleh keluarkan duit tu untuk sambungan belajar,setiap tahun saya membayar rm12k setiap sorang.
“Duit tabung setiap bulan tak lari dalam rm1000 ringgit setiap bulan, akan di masukkan acc kedua BSN untuk setiap sorang, belanja shopping untuk adik dan abg rm500 setiap sorang setiap bulan, membawa mereka masuk kelas mengaji rm200 setiap bulan dan banyak lagi.
“Saya tahu saya nakal, saya tahu saya banyak kekurangan, tetapi tak bermaksud saya mengajar anak saya buat nakal jugak. Sedih sangat2 bila jadi macam ini, kenapa dah 4 tahun mereka bersama dengan saya, ada pihak nak ambil mereka dari saya??
“Awak tak fikir ker apa yang akan berlaku perasaan anak anak saya nanti?fikirlah sikit,” maklum Sajat panjang lebar.
Foto: Instagram Sajat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sedang khusyuk mendengar perihal kepentingan solat dan penjagaan rohani, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat tiba-tiba mencelah dan mengajukan soalan mengenai arah tujuan perlumbaan.
Ia sekali gus menimbulkan perasaan kurang senang netizen yang menonton, menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik pelawak dan penyanyi, Achey menerusi Instagram baru-baru ini.
Ulas netizen, usahawan selebriti tersebut seolah-olah melencongkan perbualan kerana tidak senang apabila mendengar ceramah agama.
Malah ada juga yang memohon agar penceramah bebas ini menasihati Aliff agar tidak bersikap riak.
Sementara itu, ada juga yang memuji Achey apabila bintang tersebut dilihat hanya menunduk dan mengangguk tanda faham tatkala mendengar tazkirah bermanfaat dari Ebit Lew ketika sesi perlumbaan yang berlangsung di Dataran Merdeka.
Foto : Instagram Achey
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Primadona alaf baru, Erra Fazira meluahkan rasa syukur kerana telah selesai menjalani Rukun Islam Kelima fardhu haji di tanah suci.
Kongsi Erra menerusi video yang dimuat naik di Insta Storiesnya, heroin Persona Non Grata ini tidak menafikan menerima banyak kiriman doa dari orang ramai.
Malah, difahamkan bintang ini turut berkesempatan membacakan doa yang dipesan untuk dibaca depan Kaabah.
“Assalamualaikum semua. Salam dari Mekah. Alhamdulillah semua urusan ibadah Haji dapat dilaksanakan dengan baik. Syukur Alhamdulillah.
“Kepada semua yang mendoakan dan semoga ibadah haji saya dan jemaah haji yang lain diterima Allah. Semoga mendapat Haji yang mabrur.
Saya juga ingin memberitahu yang saya banyak menerima pesanan kiriman doa. Ada yang sempat saya bacakan, kalau tak sempat baca, mungkin saya terlepas pandang, tapi saya tetap doakan.
“Semoga dimakbulkan doa-doa yang kalian kirimkan. Sebab banyak sangat dapat mesej. Kadang-kadang dah lepas satu tempat yang afdal itu, saya buka masih ada mesej lagi.
“Jadi kemungkinan saya sempat baca, dan ada juga yang tak sempat baca. Saya minta maaf sangat.
“Mana yang saya sempat baca, saya bacakan. Mana yang tidak, moga Allah mendengar dan makbulkan. Walaupun saya tidak membaca di tempat yang sepatutnya yang diinginkan,” akhiri Erra menerusi video lalu diakhiri dengan salam.
Terdahulu, pemergian Erra ke tanah suci mendapat perhatian ramai apabila dia mengakui berangkat sendirian tanpa mahram.
Video : Instagram Erra Fazira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!