Pelakon jelita Nina Iskandar ada berkongsi berita gembira bersama peminat.
Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar telah dikhabarkan hamil setelah hampir 5 bulan mendirikan rumah tangga bersama seorang penolong pengarah, Azlan Adzanan.
“Bismillahirrahmirrahim.Time has flown pretty fast and so many things have happened in my life within such a short period of time.
“Overwhelming surprises – but only blessing after blessing.Syukur Alhamdulillah, My Husband and I are happy to finally announce to the public that we have a little one on the way.
Ads
“Terima kasih atas semua doa kalian. Jumuah Mubarakah. #Wawasan2020,” tulisnya.
Meksi baru mencecah usia 21 tahun, namun penampilan anak dara Datuk Afdlin Shauki, Mia Sara Shauki cukup memukau pandang.
Mewarisi bakat lakonannya bapanya, puteri sulung pelakon komedi dan penerbit ini rupa-rupanya turut berkebolehan menyanyi.
Pun begitu, bapanya mengakui dia mengambil masa agak lama untuk memberi ‘lampu hijau’ buat Mia untuk serius dalam lakonan.
“Saya dah lalui pelbagai suka duka dalam bidang ini dan pengalaman tersebut membuatkan saya sedikit skeptikal untuk membenarkan anak-anak terlibat dalam industri ini,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, dia tidak boleh menolak secara total kecenderungan anak-anak selain memberikan nasihat seterusnya menyokong apa yang dirasakan terbaik.
Terdahulu, pasangan anak beranak ini ditemui pada majlis pelancaran TV Disney Wizards of Warna Talk dan buat pertama kalinya, Afdlin dan Mia Sara bergandingan dalam sitkom terbaruitu yang bakal bersiaran di saluran Disney pada hujung bulan ini.
Sedikit insformasi, Mia Sara merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Seni Persembahan di Taylor’s College dan dia turut mempunyai adik perempuan iaitu Anais dan Ileana Matin.
Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri telah ‘terbang’ ke Jakarta, Indonesia bagi merakamkan lagu terbaru berjudul Cowok Baru, duet bersama Lucinta Luna.
Bagaimanapun, berlaku detik cemas yang terpaksa di hadapi usahawan ini bersama beberapa pekerjanya yang lain apabila berlaku gempa bumi di sebuah pusat beli belah yang dikunjungi mereka.
“Kenapa paparazi suka ikut abg???
“Siapa pernah alami trajedi mcm ni?? cer share di ruangan di bawah, kisah benar..
“Apa ptut abg buat ni?? ada sesuatu yg pelik kalau korang perasan. abg takut.. semoga allah selamatkan abg.. baru abg nak beli baju dan seluar malah abg x sempat nak zip seluar.. baru utk rekod lagu #cowokbaru.
“Secara tiba-tiba baju di dalam almari terjatuh seluruh manusia di dalam bangunan tu bergoyang.. smua org menjerit..
“Ketika itu secara kebetulan abang sedang membuat trevelog YouTube konon nak share pembikinan lagu baru #cowokbaru, abang iaitu tv Telajak laris dan abang tak sangka pula tengah-tengah syok buat video bangunan bergegar abang terasa seperti menaiki kereta api yg bergegar..
“Bygkan staff dan team abang menjerit datuk datuk-datuk gempa bumi gempa bumi ya Allah waktu tu hanya Allah saja yang tahu abang tak tahu nak ceritakan macam mana tapi abang sempat buat videofull vedio abg dah posting.
“hnya di youtube tvterlajaklaris vedio durasi lebih panjang dalam 10-12mnit.. .. gi tngok sebelum abg delete di youtube.. sumpah ngeri..
“Doakan kami selamat.. tag org dan rakan anda di indonesia ..kejadian semalam di tamaris plaza,” kongsi Aliff.
Menerusi video tersebut, Aliff dan orang ramai dirakamkan bergegas meninggalkan premis tersebut.
Penyanyi, Marsha Milan mendedahkan dirinya kini sedang berdepan ujian kesihatan pada waktu yang cukup kritikal, iaitu kira-kira dua minggu sebelum berlangsungnya pentas berprestij Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40).