Selepas kejayaan single lagu pertama, Pilihanku, penyanyi kelahiran Singapura, Osem Han tampil pula dengan single lagu kedua berjudul Supernova.
Supernova dicipta Osem sendiri bersama temannya yang juga seorang gitaris, Alif Putra yang mengisahkan tentang semangat perjuangan diri untuk tidak mudah berputus asa dalam kehidupan.
Menurut Osem, Supernova begitu istimewa buat dirinya kerana ia sebuah nasihat dan motivasi yang berguna buat semua lapisan masyarakat.
“Seperti makna Supernova iaitu api yang paling panas dan cahaya yang paling terang, api itu adalah semangat dan cahaya itu harapan. Dan ia sesuai untuk seluruh lapisan masyarakat. Kerana itu juga terdapat kanak-kanak dalam babak muzik video Supernova.
“Selain motivasi pemberi semangat, sisi lain lagu ini juga ada unsur-unsur persahabatan dan realiti kehidupan masa kini,” katanya.
Sementara itu, muzik video single berkenaan diarahkan oleh Amylea Azizan.
Ads
Dalam pada itu, beritahu Osem, dia sepatutnya menjayakan Supernova secara berkumpulan membabitkan dua lagi ahli muzik popular dari negara Malaysia dan Indonesia.
Namun, kerana kegagalan memenuhi komitmen tertentu, Osem meneruskan Supernova secara solo.
“Ketika mencipta Supernova, saya membayangkan lagu ini dipersembahkan secara berkumpulan dan ahli kumpulan saya ketika itu juga bukan calang-calang orangnya
Ads
“Siap dah bikin muzik video bersama lagi, tetapi nak buat macam mana kan, kerana komitmen masing-masing sehingga sukar menguruskan jadual untuk disatukan bersama, kami mengambil langkah untuk tidak meneruskan hasrat tampil berkumpulan.
“Muzik Video yang sudahpun siap untuk ditayangkan juga terpaksa disunting semula agar ia bersesuaian dengan konsep persembahan solo,” tuturnya.
Tahun lalu, selepas 30 tahun terbabit dalam dunia seni muzik, Osem memberanikan diri tampil dengan single pertamanya berjudul Pilihanku.
Ads
Pilihanku berjaya menembusi carta Radio Ria Singapura menduduki tangga kesembilan. Malah Pilihanku masih lagi diputarkan di radio-radio Singapura sehingga kini.
“Sejujurnya saya sendiri tidak sangka single pertama saya mendapat sambutan yang sangat baik di Singapura tanpa sebarang promosi.
“Dan pada mulanya saya tidak yakin ia mampu menjadi hits dan sambutan yang menggalakkan itu buatkan saya lebih yakin untuk meneruskan ciptaan single lagu kedua pula iaitu Supernova,” ujarnya.
Sementara itu, Supernova sudah boleh dimuat turun di semua pelantar digital termasuklah di youtube Seventeen Eleven yang kini berjaya meraih lebih 60,000 tontonan sejak dilancarkan 19 Januari lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Tular di laman Facebook apabila pemilik akaun Bam Arrogancia menyelar tindakan segelintir selebriti Malaysia yang menjadikan haiwan liar sebagai peliharaan.
Membariskan beberapa nama artis yang didakwa membela haiwan eksotik, akaun tersebut menulis, budaya popular ini dilihat seakan sudah sebati dalam masyarakat lalu menjejaskan kehidupan haiwan berkenaan.
Lebih menyedihkan, rata-rata haiwan liar ini menghisap jari kerana rindukan susu ibu yang telah dibunuh semata-mata ingin menangkap anaknya untuk dijual.
“Nak bagitau ni. Bukan Zarith Sofia sorang je ada bela wildlife sebagai haiwan peliharaan. Ramai lagi selebriti melakukan perkara yang sama.
“Ni bukti beberapa artis lain yang turut sama bela wildlife di rumah mereka.
“Dah bertahun-tahun dah pun culture selebriti bela wildlife ni. Wildlife yang mereka bela ada yang dah jadi gila sampai mengigit tangan sendiri kerana cara PENJAGAAN YANG SALAH.
“Ada juga yang mencabut bulu sendiri kerana HIDUP DALAM KEADAAN TERSEKSA TERLALU LAMA. Dan ADA JUGA YANG DAH MATI semasa di bawah jagaan mereka,” tulisnya.
Malah, penulis status berkenaan turut mendakwa andai haiwan tersebut mati, ada di antara mereka yang membeli seekor yang baru.
“Yang paling best, bila wildlife tu dah mati, dorang akan beli lagi baru. So bagi makan coklat dan tinggalkan kelaparan selama 2 minggu tu dah biasaaaa.
“Kenapa nak risau??? wildlife di Malaysia ni kan BANYAK LAGI. Yang Penting bila post kat social media mereka, dapat BANYAK LIKE dan semakin RAMAI orang nak jadikan WILDLIFE AS PETS.
#SelamatTinggalHidupanLiar di Malaysia. Tak lama lagi akan ada spesies yang menyusuli pemergian spesies arwah si Tam, badak sumatra jantan YANG TERAKHIR di Malaysia,” kongsinya panjang lebar.
Malah dia turut menyelar tindakan selebriti yang tidak mempunyai ilmu penjagaan haiwan liar sehingga menyebabkan kematian.
Tambahnya, pemakanan dan corak kehidupan yang salah hanya menambah angka kematian.
Terkesan dengan perkongsian bermakna ini, netizen menyarankan agar laporan perlu dibuat kepada Jabatan Perhilitan agar nasib haiwan liar ini terbela.
Foto : Facebook Bam Arrogancia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pemain bola sepak negara, Syazwan Andik, 24 telah selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hatinya yang juga merupakan personaliti media sosial, Aina Syuhada, 24 pada tanggal 1 Januari lalu.
Majlis serba ringkas yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat itu telah berlangsung di Rumah Tamu Datin Hilijah, Kuala Lumpur.
Berita gembira tersebut dikongsikan oleh pemain pertahanan pasukan Johor Darul Takzim itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Menerusi posting berasingan, Aina yang juga merupakan bekas peserta top 20 Dewi Remaja 2019 meluahkan rasa syukur kerana segalanya telah berjalan dengan lancar.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menzahirkan rasa gembira selain turut mendoakan semoga Syazwan dan Aina akan kekal bahagia sampai ke jannah.
Terdahulu, pasangan ini dikhabarkan telah melansungkan majlis pertunangan mereka pada awal minggu lalu.
Sumber: Instagram Syazwan Andik & Aina Shuada
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas kali terakhir membuat persembahan di Malaysia pada 2022, band popular Indonesia, Efek Rumah Kaca kini kembali untuk mengakan konsert ‘Di Udara Kuala Lumpur’.
Konsert yang dianjurkan Shezco Sdn Bhd ini bakal berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur pada tanggal 25 Oktober depan.
Menurut vokalisnya Cholil Mahmud, selepas memutuskan untuk berehat seketika dan kurang memenuhi jemputan persembahan, kesemua anggota Efek Rumah Kaca kini teruja untuk bertemu dengan peminat-peminat di Malaysia.
“Kami berasa senang untuk kembali ke Malaysia dan kali ini lewat DI UDARA KUALA LUMPUR LIVE AT ZEPP KL, ERK akan lebih intim berpesta dengan peminat kami.
“Sampai ketemu semua tanggal 25 Oktober ini. Semoga kita menikmati sinestesia bersama nanti,” katanya.
Katanya lagi, mereka juga tidak sabar untuk sama-sama menyanyikan lagu-lagu hits seperti Jatuh Cinta Itu Biasa Saja, Balerina dan Cinta Melulu bersama peminat di Kuala Lumpur.
Menurut wakil Shezco Sdn Bhd, konsert ini sengaja diberikan judul Di Udara sempena mengambil nama salah satu lagu popular yang diterbitkan pada 2007 menerusi album sulung mereka, Efek Rumah Kaca.
“Secara simboliknya kami menamakan persembahan panggung ini sebagai Di Udara Kuala Lumpur Live At Zepp KL sempena pertama kali setelah sekian lama ERK tidak beramah mesra dengan peminat di Malaysia.
“Jadi muzik dan kasih sayang diantara ERK bersama peminat akan bertebaran di udara sepanjang malam 25 Oktober 2024 di ruang Zepp KL kelak,” katanya.
Terdahulu, tiket dijual bermula pada harga RM188 (CAT 1/ Free Standing), RM218 (Normal Standing), RM268 (CAT 2/ Premium Seating), RM448 (Royal Box), RM3,800 (Package 8 Pax/ Meet & Greet).
Menariknya, pihak penganjur dengan berbesar hati memberikan potongan harga sebanyak 15 peratus kepada 50 pembeli tiket.
Diskaun tersebut berlangsung mulai 22 Ogos sehingga 31 Ogos sempena bulan kemerdekaan Malaysia.
Dengan pembelian dua tiket berdiri (standing) akan mendapat potongan harga sebanyak 15 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia ratu cantik menyaksikan satu detik bersejarah apabila model dan aktivis kemanusiaan Palestin–Kanada, Nadeen Ayoub diumumkan sebagai Miss Universe Palestine 2025. Pelantikan ini sekali...