Meskipun ramai yang meneka identitinya di sebalik maskot Bunga Matahari, namun penyanyi Stacy menyifatkan kemenangannya menerusi Masked Singer Malaysia Musim Keempat (TMSM4) sebagai sesuatu yang bermakna.
Malah juara terbaru edisi TMSM4 itu terharu apabila peminat mengenali dirinya sejak awal menyertai pertandingan itu.
“Bagi saya itu kemenangan sebenar bila peminat mengenali saya walaupun cuba menyamar.
“Mereka begitu mengenali saya dan yakin Bunga Matahari ialah saya sejak awal walaupun saya mengunci mulut,” katanya.
Stacy menambah, para peminatnya difahamkan telah sudah mula mengundi sejak pusingan awal pertandingan berkenaan.
“Mereka mesej saya dan beritahu walaupun saya tidak mengaku mereka tetap undi dan sokong Bunga Matahari,” katanya.
Ads
Mengakui dia yang memilih kostum bunga tersebut, Stacy juga pernah hampir pitam iaitu ketika menyampaikan lagu Run The World.
“Baju berkenaan berat dan sebenarnya menghadkan pergerakan dan tarian, mujur semua membantu dan berikan kerjasama.
Ads
“Pada masa sama saya rasa kembali muda dan mengimbau dalam pertandingan dalam Akademi Fantasia,” katanya.
Stacy diumumkan juara TMSM4 menewaskan empat pesaing lain dalam pertandingan yang berlangsung malam tadi.
Selebriti lain di sebalik topeng ialah Mat Helang (Namie), Sang Kancil (Danial Zaini), Biskut Aiskrim (Adinda) dan Teratai (Nabila Razali).
Ads
Peserta TMSMY4 diadili barisan juri tetap antaranya Datuk Aznil Nawawi, Erra Fazira, Michael Ang, Angah, Nabila Huda, Zizan Razak, Sherry Alhadad, Rozita Che Wan dan Michael Ang.
Malah, penonton juga mempunyai kuasa menentukan juara dengan undian 20 peratus.
Sementara itu, pengacara, Datuk AC Mizal menggalas tanggungjawab sebagai hos untuk program itu yang berlangsung secara langsung selama 10 minggu di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur.
TMSMY menggunakan format asal program realiti dari Korea Selatan, The King of Mask Singer yang juga diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China dan Amerika Syarikat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara, Fedtri Yahya mengakui dirinya berasa amat terkejut selepas namanya terpilih sebagai salah seorang penerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan bagi kategori Pendakwah Kreatif.
Jelas Fedtri, dia sememangnya amat bersyukur diatas penganugerahan tersebut malah dia juga turut mendedikasikan kejayaan tersebut buat seluruh tenaga kerja yang selama ini telah menjadi tulang belakang buat dirinya.
“Ya Allah terkejut sangat dan pada masa sama bersyukur atas penghargaan ini. Kejayaan ini sebenarnya atas kerjasama pasukan yang hebat di Media Prima dalam menghasilkan karya indah seperti Jejak Rasul.
“Juga buat pasukan hebat dalam menghasilkan lagu- lagu berjiwa besar. Tidak lupa pasukan yang berjuang untuk menghasilkan buku-buku bermakna. Biar kecil tetapi istiqamah insya-Allah,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan oleh penyampai radio, Buletin FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, bapa kepada empat orang cahaya mata ini turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah mengokong perjalanan dakwahnya selama ini.
“Terima kasih rakan sekerja, sahabat- sahabat sejati dan penyokong yang sentiasa memberi kata semangat.
“Istimewa buat keluarga, isteri dan anak-anak tercinta yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dan inspirasi,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut menzahirkan rasa terjuga selain turut menyifatkan Fedtri sememangnya layak menerima penganugerah tersebut.
“Tahniah Fed. Well done and alhamdulilah.
“Luar biasa. Tahniah Bang Fedtri Yahya.
“Tahniah sahabat. Semoga terus maju dak sukses dalam kerjaya dan kehidupan.
“Tahniah tuan haji. Semoga terus berjaya dalam landasan dakwah demi kebaikkan ummah,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Anugerah Tokoh Maal Hijrah ini merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersempena dengan sambuatan Maal Hijrah 1443H/2021M.
Sumber: Instagram Fedtri Yahya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mendedikasikan kemanangan selaku Pengacara Paling Popular 2024 buat rakan-rakan pengacara yang berusaha mendidik masyarakat dalam setiap program yang mereka kendalikan.