Bintang terkenal Bollywood, Deepika Padukone dan Ranveer Singh sama-sama membuat pengumuman yang mereka bakal menimang cahaya mata menerusi satu hantaran di Instagram hari ini.

Dalam hantaran yang dibuat secara kolaborasi, pasangan sama cantik sama padan ini memuat naik sebuah poster yang tertulis bulan September 2024 dan dihiasi dengan corak lukisan perhiasan bayi dalam rona merah jambu dan biru.

Menurut laporan Hindustan Times, Deepika kini sedang berada dalam trimester kedua kandungan.

Spekulasi kandungan pasangan ini mula tersebar apabila Deepika dilihat cuba menyembunyikan bentuk perutnya ketika berjalan di karpet merah menghadiri Anugerah BAFTA ke-77di London.

Deepika dan Ranveer yang masing-masing berusia 38 dan 39 tahun telah berkahwin pada 2018 setelah lebih enam tahun menjalinkan hubungan cinta. Percintaan mereka dikatakan bermula apabila sama-sama berlakon dalam filem Ram-Leela pada 2012.

IKLAN

Dalam satu temubual bersama majalah Vogue Singapura, Deepika yang merupakan penghias wajah hadapan majalah tersebut berkongsi mengenai kehidupan sebagai ibu bapa dalam kamus hidupnya.

Deepika Padukone & Ranveer Singh Umum Kehamilan, Bakal Timang Cahaya Mata September Ini

“Ranveer dan saya suka kanak-kanak. Kami menantikan hari apabila kami akan memulakan keluarga kami sendiri,” kongsinya

IKLAN

Selain itu dia juga berbicara tentang cara dia dibesarkan yang mana keluarganya menekankan kepentingan untuk kekal berpijak pada bumi yang nyata walaupun dilimpahi kemasyhuran dan wang.

“Dalam industri ini adalah mudah untuk terpengaruh dengan kemasyhuran dan wang. Walaupun begitu tiada siapa yang melayan saya seperti selebriti di rumah. Saya seorang anak perempuan dan seorang adik perempuan.

IKLAN

“Saya tidak mahu perkara itu berubah. Keluarga saya membuatkan saya berasa rendah hati dan saya dan Ranveer berharap dapat menerapkan nilai yang sama dalam diri anak-anak kami,” ujarnya mengenai didikan yang diinginkan kepada anak-anaknya kelak.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI