Jika sebelum ini Tunku Azizah Maimunah Iskandariah bergelar Raja Permaisuri Agong ke-16, kini tiba pula giliran kekanda iparnya, Raja Zarith Sofiah pula menaiki takhta sebagai Raja Permaisuri Agong ke-17.

Suri hati kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ini menjadi inspirasi kepada rakyat jelata yang memandang tinggi keperibadian baginda.

IKLAN
Merupakan Graduan University of Oxford, Kenali Raja Permaisuri Agong Ke-17
Sumber foto: Bernama

Jom kita baca 10 fakta tentang baginda :-

IKLAN
  • Sebagai Raja Permaisuri Agong ke-17, baginda kini menggunakan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.
  • Baginda diputerakan pada 14 Ogos 1959 di Hospital Batu Gajah, Perak.
  • Kini berusia 64 taun, baginda merupakan puteri kedua dan anakanda ketiga kepada Almarhum Sultan Perak, Paduka Seri Sultan Idris Shah II dan Almarhumah Raja Perempuan Perak, Raja Perempuan Muzwin Almarhum Raja Dato’ Sri Ariff Shah.
  • Raja Zarith Sofiah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datin Khadijah, Kuala Kangsar, Perak sebelum menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kalsom yang juga terletak di daerah yang sama.
  • Bagi peringkat universiti, baginda kemudiannya menyambung pengajian di Cheltenham Ladies’ College di England pada 1972, sebelum menyambung pengajian tinggi di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Somerville College, University of Oxford pada 1979 dan dikurniakan Bachelor of Arts in Chinese Studies pada 1983.
Merupakan Graduan University of Oxford, Kenali Raja Permaisuri Agong Ke-17
Sumber foto: FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
  • Kemudiannya baginda menamatkan pengajian di peringkat sarjana pula di universiti yang sama pada tahun 1986.
  • Raja Zarith Sofiah diijabkabulkan bersama Sultan Ibrahim pada 22 September 1982 semasa Sultan Ibrahim bergelar Tunku Mahkota Johor.
  • Baginda dikurniakan gelaran Permaisuri Johor bersempena dengan Istiadat Kemahkotaan Sultan Ibrahim pada 23 Mac 2015.
  • Hasil perkongsian hidup, baginda berdua dikurniakan lima putera dan seorang puteri iaitu iaitu Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.
  • Raja Zarith Sofiah juga merupakan seorang penulis prolifik. Baginda pernah mempunyai ruangan akhbar khusus iaitu On Common Ground untuk New Straits Times dan Mind Matters untuk The Star. Baginda juga pernah menghasilkan buku kanak-kanak.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI