Baru-baru ini, tular di media sosial sepotong video yang memaparkan kemegahan dan kemewahan rumah yang didiami penyanyi, Marsha Milan.
Video tersebut difahamkan telah dimuat naik oleh rakannya segali gus mengundang reaksi pelbagai daripada netizen.
Menurut Marsha, dia sendiri tidak menyangka video tersebut akan tular sehingga ada yang menyifatkan dirinya sebagai riak.
“Saya sebenarnya kurang senang video itu dikeluarkan. Bagi saya, rumah merupakan ruang peribadi. Kalau saya kongsi di media sosial pun, saya tak tunjuk sangat keadaan rumah.
“Ditambah pula dengan zaman media sosial, kita risau kalau ada apa-apa berlaku. Itu adalah rumah keluarga dan bukan rumah saya sendiri.
“Tiada istilah pun nak mengatakan saya kaya. Saya perasan video itu tular tapi saya tak nak cari tahu lebih mendalam lagi,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu Kembali Terang itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Meet And Greet Paling Ikonik AJL38 yang berlansung di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada Ahad.
Dalam pada itu, Marsha turut menjawab persoalan ramai mengapa dia memilih untuk tinggal bersama keluarga mentua selepas mendirikan tumah tangga.
“Saya pun tak jangka akan duduk dengan keluarga mentua selepas berkahwin.
Kalau saya dan suami sahaja tinggal di rumah itu, rasanya kami akan sunyi.
Ads
“Duduk beramai-ramai ini juga menyenangkan sebab kalau ada apa-apa, saya suka kalau ada orang di rumah. Kalau saya pergi outstation, saya tahu suami saya dalam keadaan baik.
“Ada kalanya saya risau kalau dia berseorangan di rumah. Duduk dengan keluarga juga ada hikmahnya.
“Mungkin ramai yang tak biasa tinggal dengan mentua. Ada boleh terima dan ada yang tidak.
“Tapi saya okay dan selesa. Ibu pula tinggal seorang. Jadi kami boleh sama-sama jaga,” ulasnya lagi.
Ads
Dalam pada itu, Marsha turut memaklumkan dirinya akan lebih berhati-hati untuk berkongsi perkara privasi kepada umum.
“Selepas ini, saya akan lebih berjaga-jaga tapi kita pun tak boleh nak halang tindakan orang. Saya tahu video tersebut dirakam tapi saya tak tahu ia akan pergi sejauh ini.
“Suami saya kata, kalau boleh selepas ini, jangan sampai bagi orang naik atas. Kalau di dapur, okay lagi. Ini adalah pengajaran buat saya. Tak semua perkara boleh dikongsikan.
“Kawan saya pun tidak sengaja. Dia juga tak tahu akan jadi hal seperti ini. Pengurus saya dah minta video tersebut diturunkan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pertembungan dua selebriti dalam pemilihan ketua bahagian Ampang bagi Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2022, menyaksikan penyanyi Altimet berjaya mengenepikan pesaing terdekatnya, pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac.
Menurut laman web Pemilihan PKR 2022, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman, 44, menang dengan kelebihan sembilan undi apabila memperoleh 743 undi manakala Hans 734 undi.
Altimet berkata, objektif pertama sebagai ketua bahagian adalah memperkukuh hubungan antara ahli di bahagian berkenaan sebagai persediaan menuju pilihan raya umum.
“Ini merupakan tanggungjawab besar kepada sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi orang seperti saya seorang pendatang baharu dalam lapangan ini.
“Namun, saya tidak akan berseorangan menggalasnya kerana ia adalalah usaha bersama antara semua ahli parti lain,” kata Altimet.
Pada 1 Julai lalu, Hans telah dinamakan pemenang bagi jawatan tersebut namun Altimet memohon kiraan semula.
Hans menyertai PKR pada tahun 2020 manakala Altimet menyusuli tahun berikutnya bersama-sama rakan artis, Datuk Afdlin Shauki.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Suami kepada pelakon, Ummie Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari ada berkongsi kisah mengenai asam garam alam perkahwinan.
Menurut Dr. Izzar, bergaduh atau berselisih pendapat adalah perkara biasa buat pasangan suami isteri tetapi janganlah pula sampai terbawa-bawa ke platform media sosial.
Jelasnya lagi, perkara tersebut hanya akan membuatkan keadaan menjadi bertambah buruk lebih-lebih lagi apabila ia sampai ke pengetahuan orang lain.
“Bergaduh memang aktiviti hakiki suami isteri. Tapi jangan gaduh terlebih-lebih sampai bawa ke sosial media. Maybe ada yang akan berniat baik dan doakan yang baik-baik.
“Tapi maybe ada banyak lagi mata-mata yang akan mendoakan agar bertambah teruk lagi masalah. Hati-hati di sosial media.
“Perlu ada penjarakan sosial media juga lepas gaduh. Post gambar bini, anak, dan kucing dah la,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsi oleh bapa kepada seorang anak itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama mengenai kenyataan yang dikongsikan oleh Dr. Izzar itu.
Untuk rekod, Dr. Izzar dan Ummi telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Julai 2017.
Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ayra Aneesa
Sumber: Instagram Dr. Izzar Anwari
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas lebih tiga tahun pelakon dan pelawak senior, Allahyarham Mr.Os meninggalkan kita semua, kini anak gadisnya Syafiqa Hayra melakar momen tersendiri apabila berjaya mendapatkan segulung ijazah kedoktoran.
Berita mengenai kejayaan anak gadis kepada bintang terkenal itu mendapat liputan media media baru-baru ini.
Menurut Syafiqa, dia menyifatkan apa yang berlaku sebelum ini sebagai pembakar semangat buatnya untuk terus maju dalam bidang pengajian yang diambil.
“Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan.
“Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.
“Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah,” kongsinya kepada Harian Metro.
Mr Os meninggal pada 8 April 2016 di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.
Ikuti beberapa keping milik Syafiqa saat tamat pengajian.
Penyanyi dan pelakon Azza Elite terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh pempengaruh dan usahawan sensasi, Kieda Crepe terhadap bisnes kek yang diusahakannya.