Lagu ‘Langit Yang Sama’ Menjadi Viral, Bakat Dalia Semakin Mendapat Perhatian!
Dalia Farhana merupakan penyanyi yang cukup dikenali di media sosial kerana suaranya yang merdu. Apabila dia menyanyikan lagu-lagu sedih, ramai orang akan terharu dengan nyanyiannya.

Sebelum ini, Dalia Farhana sering membuat cover atas permintaan orang ramai dan dari situlah dia menjadi popular dalam media sosial.

Bakat Semakin Di Iktiraf! Kenali Bintang Suara Gemersik Sebalik Lagu ‘Langit Yang Sama’

Kali ini, lagu terbaru Dalia Farhana menjadi viral dan mendapat perhatian ramai. Tajuk lagu tersebut ialah Langit Yang Sama, dan ianya sungguh menarik.

Bakat Dalia atau nama sebenar Tengku Farhana Dalia Tengku Bahar Iskandar semakin mendapat perhatian. Baru-baru ini, suara Dalia mendapat perhatian ribuan orang yang mendengar perkongsian dalam media sosial dia menyanyikan lagu secara langsung.

IKLAN

Dalia kelihatan sangat teruja untuk menunjukkan lagu baharunya kepada seluruh dunia kerana ramai orang sebenarnya tidak tahu siapakah penyanyi sebenar lagu ini.

Bakat Semakin Di Iktiraf! Kenali Bintang Suara Gemersik Sebalik Lagu ‘Langit Yang Sama’ Bakat Semakin Di Iktiraf! Kenali Bintang Suara Gemersik Sebalik Lagu ‘Langit Yang Sama’

Lagu terbarunya yang telah ditonton sebanyak 2.2 juta kali sudah pasti membuatkan orang ramai tertarik kepadanya. Suara Dalia sudah tidak diragui lagi kerana telah membuatkan ramai orang tertarik kepadanya.

IKLAN

Ramai orang di YouTube menyukai lagu-lagu yang di cover oleh Dalia dan ada yang mengatakan ia membuatkan mereka berasa sedih.

Antara lagu yang melekat di hati peminatnya ialah Pulang, Bukti, Waktu Yang Salah dan Hanya Rindu. Ada juga yang mengatakan lagu-lagu jiwang itu sangat sesuai untuk dinyanyikan oleh Dalia Farhana.

Bakat Semakin Di Iktiraf! Kenali Bintang Suara Gemersik Sebalik Lagu ‘Langit Yang Sama’

IKLAN

Peminat Dalia sangat teruja dan akan terus menyokong Dalia.

Sekadar info, Dalia mempunyai jumlah follower TikTok sebanyak 529.3K dan 19.6juta likes ramai yang menyukai suara merdunya itu.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Sumber Foto: Instagram Dalia Farhana

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI