Personaliti media sosial, Ryan Bakery tumpang gembira melihat pencapaian sahabatnya yang juga merupakan pembikin konten, Farihi Narnia yang kini semakin mendapat perhatian netizen.
Menurut Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, dia telah banyak memberikan tunjuk ajar dan berkongsi ilmu bersama Farihi untuk sama-sama berjaya di dalam bidang penghasilan konten ini.
“Far ni berasal daripada Sabah. Sebelum ini, kami selalu berhubung melalui panggillan video sahaja. Dia selalu bertanya, macam mana nak sampai tahap seperti saya?
“Jadi, saya nasihatkan dia untuk kumpul duit dan datang ke Kuala Lumpur kalau betul-betul serius nak menjadi content creator. Saya ajak dia cari rezeki di sini.
“Cuba keluar daripada Sabah dan datang ke Semenanjung. Dia ambil cabaran itu. Dia kumpul duit dan alhamdulillah membuahkan hasil,” katanya kepada MH.
Ads
Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di Gempak Most Wanted Awards 2023, baru-baru ini.
Ditanya adakah dia berasa tercabar dengan kedudukan Farihi ketika ini, Ryan akui turut senang bila melihat kejayaan rakan-rakannya.
“Kalau lihat Far sekarang, dia sudah sampai tahap seperti saya. Kami menggunakan filter dan ayat-ayat yang hampir sama di dalam video. Dia umpama adik didikan saya sendiri.
Ads
“Nak kata tercabar, tidaklah. Pada saya, kami semua sama sahaja. Alasan utama kami di sini hanyalah untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Kita buat untuk diri sendiri dan kena berusaha keras. Kami selalu berkerjasama. Ada kala dia masuk video saya atau sebaliknya,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, penyanyi lagu Raya Last Minit ini tidak patah semangat apabila namanya tidak tercalon di GMWA2023 meskipun pernah meraih anugerah sama pada tahun sebelumnya.
Ads
“Tahun lepas, saya menang kategori Digital Content Creator Tergempak tapi tiada rezeki tahun ini. Top five pun tak tercalon.
“Pada saya, tahun ini, pesaing terlalu hebat. Ketika ini, pembikin konten pun sudah semakin ramai dan membawa bermacam-macam idea.
“Saya turut seronok bila ramai yang mengangkat pembikin-pembikin konten baharu. Lagi ramai, lagi bagus. Saya melihat perkara ini dari sudut positif,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ibu kepada pelawak Allahyarham Abam Bocey dan Ali Puteh, Sabariah Arshad meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah malam semalam (Khamis).
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) kira-kira jam 11.54 malam.
Memetik Gempak, wakil keluarga Ali Puteh berkata, Allahyarham dimasukkan ke zon kritikal (zon merah) pada Selasa lalu kerana serangan asma.
Allahyarham juga telah ditidurkan dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
“Ali dan adik lelakinya sedang menuju ke hospital untuk urusan membawa jenazah pulang ke rumah, manakala kakak dan isteri Ali tinggal di rumah untuk menguruskan apa yang patut.
“Urusan lain seperti memandikan jenazah dan pengebumian belum diketahui infonya,” kata wakil tersebut.
Terdahulu, Allahyarham pada Disember tahun lalu pernah dimasukkan ke hospital sama kerana serangan asma dan menggunakan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu, Ali menerusi hantaran terkini di Instagram turut memaklumkan mengenai perkhabaran tersebut selain meminta ramai mendoakan arwah ibu tercinta.
Selepas berkongsi mengenai keadaan matanya yang lebam pada pagi Isnin, pelakon Zahnita Wilson akhirnya mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Memetik laporan Kosmo, Zahnita atau nama sebenarnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson mendakwa dirinya sudah sering kali dibelasah suaminya sendiri, Abdul Zackery Ghouse.
“Saya terpaksa mendedahkan perkara ini. Saya sudah berdepan masalah kekerasan rumah tangga sejak sekian lama,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, pelakon filem Kuliah Cinta ini turut mendedahkan insiden tersebut terjadi selepas dia mengajukan soalan dan mengesyaki kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.
“Punca saya dipukul adalah sebab saya bertanya suami tentang hubungannya dengan wanita lain tetapi langsung tidak boleh dibawa berbincang,” ujarnya lagi.
Difahamkan, Zahnita kini berada di Kuantan, Pahang dan sedang menanti peguamnya dari Kuala Lumpur bagi membincangkan tindakan susulan berkaitan kes tersebut.
Sebelum ini, personaliti popular itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.
Dia turut mendedahkan bahawa rumah tangga mereka sudah mula bergolak sejak penghujung tahun 2011.
Bagaimanapun, ikatan perkahwinan itu dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 2005 itu dilurniakan empat cahaya mata, Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.
Pagi tadi, Zahnita mengejutkan ramai pihak selepas berkongsi foto yang memaparkan keadaan matanya yang lebam.
Katanya lagi, disebabkan kejadian tersebut, dia terpaksa keluar daripada rumah lamanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Zahnita & Kosmo Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara program bual pagi popular, Malaysia Hari Ini iaitu Hanif Miswan ada menjelaskan mengenai status terkininya sebagai warga kerja di Media Prima Bhd.
Menurutnya, dia kini bukan lagi staff sepenuh masa dan hanya bergerak sebagai pengacara ‘freelance’ di syarikat media berkenaan.
Semakin sunyi lah Media Prima lepas ni.
Buat yg bertanya, saya juga sudah bukan staff sepenuh masa di sana, dah MSS selepas program cinta mati saya ScoreboardExtratime dah ditamatkan.
“Buat yg bertanya, saya juga sudah bukan staff sepenuh masa di sana, dah MSS selepas program cinta mati saya ScoreboardExtratime dah ditamatkan.
“Sekarang hanya freelance host di sana. Semoga semua dipermudahkan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan Hanif yang juga merupakan seorang pengulas sukan itu di akaun Twitter miliknya.
Tambah Hanif lagi, status tersebut telah pun bermula sejak program ScoreboardExtratime kendaliannya ditamatkan pada 2018 lalu.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan semoga segala urusan Hanif dan semua warga kerja Media Prima yang terlibat dipermudahkan.
Baru-baru ini, syarikat konglemerat media itu mengumumkan sebanyak 300 kakitangannya menerima notis pemberhentian yang juga merupakan inisiatif untuk mengatasi ketidakcekapan kos akibat pertindihan tugas.
Ini adalah pemberhentian pusingan kedua selepas pemberhentian pada Mac lalu yang melibatkan 543 kakitangan.
Sumber: Twitter Hanif Miswan & Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon terkenal Korea Selatan, Kim Bo Ra disahkan telah bercerai dengan suaminya yang juga pengarah filem, Jo Ba Reun, kurang daripada setahun selepas mendirikan...