Sejak akhir-akhir ini, isu mengenai hak penjagaan anak-anak buat pasangan suami isteri yang sudah bercerai menjadi antara topik hangat yang diperkatakan di media sosial.
Ada diantara ibu bapa yang terpaksa membawa perkara ini ke mahkamah sepelas kata sepakat gagal dicapai.
Hal ini kebiasaannya akan berlarutan sehingga ada yang sanggup membuka pekung bekas pasangan.
Situasi ini juga secara tidak langsung akan memberikan kesan buruk terhadap mental anak-anak.
Terbaharu, seorang individu tampil memuji pelakon, Sharnaaz Ahmad dan bekas isterinya, Noor Nabila selepas mereka dilihat tampak bahagia membesarkan anak mereka, Jebat Jayden meskipun selepas bercerai.
Menurut individu tersebut, sikap tanggungjawab yang ditunjukkan oleh Sharnaaz dan Nabila sememangnya wajar dicontohi.
“Tiada siapa yang boleh tandingi Sharnaaz dan Nabila dalam hal sebagai ibu bapa bersama,” tulisnya di aplikasi X.
Hantaran tersebut kemudiannya mendapat respon balas daripada Sharnaaz sendiri.
Ads
Menurut pelakon filem Polis Evo 3 itu, setiap ibu bapa mempunyai cabarannya yang tersendiri lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah bercerai.
Lantaran ini, Sharnaaz memohon doa orang ramai agar hubungan baik bersama bekas isteri akan berkekalan selama-lamanya.
Ads
“Tak selamanya indah. Mesti ada pasang surut. Doakan ia berterusan. Mudah di mata orang luar tapi hakikatnya bukan mudah,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kematangan Sharnaaz selain turut mendoakan agar segala urusan melibat anaknya akan sentiasa dipermudahkan.
“Abang dah set contoh yang baik buat pasangan bercerai yang mempunyai anak di luar sana. Susah, tapi terus jalankan amanah sebagai ibu bapa dengan baik.
“Respek dengan abang.
Ads
“Orang selalu nampak yang indah. Dekat sosial media ini, kita tunjuk yang indah-indah sahaja tapi hakikatnya selalu hanya tuan badan yang tahu. Apa-apa pun, moga Sharnaaz dan Nabila terus kuat demi Allah and semboii tu,” antara komen-komen netizen.
Sekadar informasi, Sharnaaz dan Nabila telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 31 Mac 2017.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama, Jebat Jayden.
Bagaimanapun, pasangan ini memutuskan untuk bercerai pada 9 Julai 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: X & Instagram Sharnaaz Ahmad, Jebat Jayden
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktivis kemanusiaan dan penulis Amerika Syarikat, Shaun King dan isterinya, Rai King telah memeluk agama Islam pada hari pertama Ramadan.
Shaun yang sehingga kini sangat lantang berbicara tentang isu yang berlaku di Semenanjung Gaza telah melakukan sesi melafaz syahadah bersama isterinya bersaksikan Imam Omar Suleiman.
Kisahnya memeluk Islam tersebar luas apabila, Professor Khaled Beydoun melakukan siaran langsung ketika sesi melafaz syahadah berlangsung.
Selepas melafazkan syahadah dalam bahasa Inggeris dan bahasa Arab, Shaun dilihat menyerahkan mikrofon kepada isterinya yang tampil sopan mengenakan hijab rona hijau lumut dan berpakaian menutup aurat.
Selain lantang mengenai isu yang terjadi di Gaza, Shaun turut terkenal dengan advokasinya dalam pergerakan Black Lives Matter (BLM).
Menerusi satu hantaran di Instagram, Rai King berkongsi tentang bagaimana dia boleh terbuka hati untuk mememeluk agama suci Allah ini bersama suaminya.
“Selepas membaca dan mengkaji untuk diri saya sendiri, tiang iman dan kepercayaan agama Islam mengejutkan saya dan saya menemui bahawa semua manusia yang memiliki kepercayaan memiliki persamaan antara satu sama lain berbanding perbezaan,” kongsinya.
Pasangan ini telah berkahwin sejak 2001 dan memiliki lima orang cahaya mata.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Bella Dally memaklumkan hari ini (waktu tempatan) merupakan hari terakhirnya di Madinah bagi menunaikan umrah. Turut sama mengiringi rombongannya ialah ahli keluarga dan suami, Arif Izuddin Radzali.
Malah beberapa hari lalu, bintang asal Sabah ini turut menyatakan rasa teruja selain memohon maaf sebelum keberangkatannya ke tanah suci.
“InshaAllah tak lama lagi, saya akan lihat kaabah buat pertama kalinya dengan mata saya sendiri.
“Assalamualaikum.. Saya dan suami akan berangkat ke tanah suci utk menunaikan ibadah umrah. Di kesempatan ini, saya ingin memohon ampun dan maaf atas segala salah silap yang pernah saya lalukan secara sedar atau tidak, perbuatan, percakapan atau apa sahaja yang menyinggung perasaan anda.
“Terima kasih atas semua doa dan nasihat yang diberikan, semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. Amin,” tulisnya beberapa hari lalu.
Pada masa sama, Bella turut berkongsi beberapa fotonya di sana di Instagram dan Insta Stories.
Usahawan dan pengasas jenama Duck, Vivy Yusof meluahkan rasa terharu apabila kisahnya dijadikan soalan sempena peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi mata pelajaran Pengajian Am.
Menurut Vivy, dia berasa seperti bermimpi apabila kisahnya dijadikan kajian kes untuk salah sebuah peperiksaan terpenting negara.
Rasa terharu itu diluahkan oleh Vivy menerusi entri terbaru di laman Instagram miliknya.
“When you’re a case study in a national exam, you need to sit down for a while and wonder if you’re dreaming. Bet you wish you watched Love, Vivy and browsed FV website the day before.
“In all seriousness though, this is such an honour and I’m ever so grateful to be “temaning” you in your exam today. Dear examiner, I think everyone should get an A+,” tulisnya.
Tambah Vivy, dia menyifatkan perkara tersebut sebagai satu penghargaan bagi dirinya selain turut mendoakan kecemerlangan para pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut.
Dalam pada itu, entri tersebut turut dihujani komen-komen netizen yang berterima kasih kepada Vivy kerana telah menjadi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
Wah, bertuahnya siapa yang menduduki kertas Pengajian Am semalam! Kalau anda mengikuti perkembangan Vivy di media sosial, sudah tentu korang tahu bagaimana nak jawab soalan tersebut kan?
Semoga berjaya diucapkan kepada semua pelajar yang menduduki peperiksaan STPM tahun ini.
Foto: Instagram Vivy Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan penulis lagu, Sal Priadi memohon netizen di Malaysia dan Indonesia untuk berhenti berbalah terutamanya bila melibat soal kebudayaan di negara masing-masing.