Selebriti Hollywood dan rumah yang gah tidak dapat dipisahkan, tidak kiralah apa pun rekaan rumah tersebut. Terbaharu pemenang anugerah pelakon wanita terbaik Academy Award, Sandra Bullock telah menyenaraikan rumahnya untuk dijual dengan harga USD4.5 juta ataupun kira-kira RM19 Juta.
Rumah kondominium yang terletak di Sierra Towers Condo, Los Angeles itu merupakan sebuah kondomium elit lama yang sudah wujud sejak tahun 1965 lagi. Rumah dua bilik dengan keluasan 1,700 kaki persegi itu merupakan sebuah unit yang amat berharga dan paling banyak diingini di kondominium tersebut dek kerana kedudukannya yang strategik.
Dinding kaca dengan ruang terbuka menjadikan rumah ini nampak moden dan segar. Kredit foto: Zillow/Dirt.com
Ruang dapur yang terbuka. Kredit foto: Zillow/Dirt.com
Ruang rumah ini dreka bentuk siap dengan dapur terbuka yang lengkap dengan kabinet ditempah khas dan dilengkapi peralatan terkemuka. Ruangnya yang terbuka menghadap ke ruang tamu dan ruang makan menerusi pemasangan dinding kaca dari lantai ke siling. Ia turut menawarkan beranda luas yang mana kedua-dua bilik di rumah ini mempunyai akses ke beranda tersebut.
Bayangkan bangun dengan pemadangan sebegini, indah!. Kredit foto: Zillow/Dirt.comKredit foto: Zillow/Dirt.com
Walaupun dia menjual rumah ini, pelakon berusia 57 tahun ini masih lagi memiliki satu lagi unit rumah di bangunan yang sama. Antara selebriti Hollywood lain yang turut memiliki rumah di situ seperti Adam Sandler, Kelly Osbourne dan Courteney Cox. Bangunan kondominium ini dilengkapi dengan kemudahan seperti concierge, penjaga pintu, parkir valet, gimnasium, sauna dan juga kolam renang untuk kegunaan residen.
Ads
Kredit foto: Zillow/Dirt.com
Sandra terkenal sebagai seorang selebriti yang memiliki koleksi hartanah yang banyak. Selain rumah ini, dia turut memiliki beberapa hartanah lain seperti dua rumah di pesisir pantai Malibu, rumah bandar bertingkat di New York, rumah percutian di New Orleans dan rumah agam bernilai lebih US20 juta di Beverly Hills.
Pelakon Shima Anuar mengambil inisiatif kerja dari rumah dengan membuat makanan popular tempatan, Laksam.
Kongsinya, perkara itu tercetus apabila mendapat inispirasi dari arwah ibunya.
“Arwah mak dulu macam2 dia buat walaupun suami kerja, boleh bagi duit semua. Dia buat kuih la, menjahit la. Macam2.. Ada 6 org anak, takde maid pun. Semua buat sendiri.
“I wanna be like her. That’s why i buat @laksambys and jual sikit2 macamni. Walaupun boleh je duduk goyang kaki, kilatkan kuku 24jam because my husband provides me everything. Tp i rasa buat kerja lagi cool drpd goyang kaki tunggu duit jatuh dari langit,” tulisnya.
Menerusi video yang dikongsikan ibu kepada dua orang anak itu, dia sedang menyediakan hasil air tangannya untuk dijual kepada yang telah membuat tempahan.
Lalu, peminat khususnya para wanita kagum dengan pelakon filem Highland Tower itu kerana bijak membahagikan masa antara memasak dan menjaga anak-anak.
Terdahulu, Shima dan suami,Mohd Solih mendirikan rumah tangga pada 8 April 2017 dan sebelum ini dikurniakan sepasang anak, Marian Sophia dan Mikhael Imaan.
Foto : Instagram Shima Anuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang K-pop kelahiran Malaysia, Isaac Voo, yang dikenali sebagai ahli kumpulan SKYE (IN2IT) di Korea Selatan, baru-baru ini mengejutkan ramai apabila menyertai Program Latihan...