Pelakon, Amyza Aznan mendedahkan dirinya amat mengagumi keperibadian yang dimiliki aktor, Edika Yusof yang sentiasa setia menjaga isterinya yang mengalami lumpuh sejak bertahun lamanya.

Menurut Amyza, dia mahu mencontohi sikap yang ditunjukkan oleh Edika memandangkan suaminya juga ketika ini sedang mengalami masalah kesihatan yang agak kronik.

“Bagaimana Ibunya Kasihkan Dia, Kini Giliran Kita,” – Kagumi Keperibadian Edika Yusof, Amyza Aznan Pesan Jangan Pernah Anaiya Pasangan

Bagaimanapun, Amyza menyifatkan ujian tersebut sebagai rahmat yang dikurniakan oleh tuhan buat dirinya.

“Bagaimana Ibunya Kasihkan Dia, Kini Giliran Kita,” – Kagumi Keperibadian Edika Yusof, Amyza Aznan Pesan Jangan Pernah Anaiya Pasangan

“Dah lama ingin bersemuka dgn lelaki hebat ini. Akhirnya kami digandingkan. Seronok berkongsi rasa dan pengalaman.

“Condition suami saya masih sama, cuma luaran dia nampak seperti orang normal. Dalaman on his left side from head to toe still 24 hours numbness and tingeling.

IKLAN

“Ujian kami sama tetapi kami bahagia, bersyukur dengan ujian yang sebenarnya tersembunyi sejuta rahmat dan rezeki yang tak terduga. Semoga Allah terus pegang hati kami dan pasangan kami untuk kuat, setia, berkasih sayang hingga akhir hayat,” tulisnya.

Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

“Bagaimana Ibunya Kasihkan Dia, Kini Giliran Kita,” – Kagumi Keperibadian Edika Yusof, Amyza Aznan Pesan Jangan Pernah Anaiya Pasangan “Bagaimana Ibunya Kasihkan Dia, Kini Giliran Kita,” – Kagumi Keperibadian Edika Yusof, Amyza Aznan Pesan Jangan Pernah Anaiya Pasangan

Dalam pada itu, Amyza turut menyeru kepada semua pihak untuk tidak sama sekali menganiaya pasangan sebaliknya jagalah mereka seperti mana mereka dikasihi oleh ibu bapa mereka satu ketika dahulu.

“Ujian setiap manusia berbeza, tetapi setiap ujian itu memang benar iaitu Allah sangat kasih akan hambanya @edikayusofxx .

IKLAN

“JANGAN ANIAYA PASANGAN KITA. Bagaimana ibunya kasih kan dia, kini giliran kita untuk mengasihi anaknya sepeeti kasih sayang seorang ibu pada anaknya,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan yang dikongsikan oleh bintang tersebut selain turut mendoakan semoga segala urusan Amyza dan Edika untuk menjaga pasangan masing-masing akan sentiasa dipermudahkan

“Semoga Allah sentiasa permudahkan segala urusan kakak dan suami. Stay strong.

“Teruskan kak. Akak punyai hati yang baik

IKLAN

“Semoga Allah bagi kebahagiaan dunia dan akhirat untuk kakak. Amin Ya Rabbi.

“Dua insan hebat yang terpilih,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Bagaimana Ibunya Kasihkan Dia, Kini Giliran Kita,” – Kagumi Keperibadian Edika Yusof, Amyza Aznan Pesan Jangan Pernah Anaiya Pasangan “Bagaimana Ibunya Kasihkan Dia, Kini Giliran Kita,” – Kagumi Keperibadian Edika Yusof, Amyza Aznan Pesan Jangan Pernah Anaiya Pasangan

Sekadar informasi, Amyza dan suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir telah mendirikan rumah tangga mereka pada 2004 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu, Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Amyza Aznan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI