Baru-baru ini, pelakon Sherry Ibrahim turut terlibat sama menjalani penggambaran bersama pelakon, Shaza Bae bagi sebuah drama rantaian berjudul Jangan Ganggu Jodohku.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim ada memberi pujian terhadap sikap pelakon berusia 25 tahun itu ketika di set.
Sebagai pendatang baru dalam dunia hiburan, Sherry menyifatkan Shaza sebagai pendatang baru berdisiplin dan menhormati orang sekeliling.
Ads
Dalam pada itu, pelakon berusia 38 tahun ini berharap agar Dewi Remaja 2019/20 itu untuk sentiasa mengekalkan sikap positif berkenaan.
“Proud of my baby girl @shazabae_ sebab antara artis baru yang penuh dengan disiplin dan sangat menghormati orang sekelilingnya. Keep it up Shaza & stay humble always!,” tulis Sherry.
Halle Berry terkenal sebagai wanita berkulit hitam pertama yang berjaya mengungguli gelaran pelakon wanita terbaik bagi Anugerah Academy pada tahun 2002 menerusi lakonan hebatnya dalam filem Monster Ball. Namun begitu bukan semuanya indah bagi wanita berusia 55 tahun ini.
Pada tahun 2004 dia muncul dalam filem Catwoman berperanan sebagai Patience Phillips/Catwoman. Menampilkan karakter wanita sebagai superhero, walaubagaimanapun filem ini gagal dalam pasaran dan menerima kritikan teruk kerana penghasilannya yang tidak mencapai standard dan jalan cerita yang tidak menarik.
Disebabkan perkara itu, Halle Berry telah menerima Anugerah Razzie bagi kategori pelakon wanita paling teruk. Anugerah ini merupakan sebuah anugerah satira yang diadakan seiring dengan Anugerah Academy. Kebanyakan pelakon tidak hadir ke anugerah ini, namun berbeza bagi Halle dia hadir untuk menerima anugerah itu.
Dalam temubual bersama Vanity Fair, dia berkongsi cerita mengimbau kenangan tahun 2005 itu. “Saya ke Anugerah Razzie kerana kita selalu mengangggap diri kita terlalu serius. Jika kita mendapat Oscar, kita dilayan untuk merasa yang kita lebih baik dari yang lain, hakikatnya tidak. Anda dipilih pada tahun itu oleh rakan seangkatan yang merasakan anda telah melakukan lakonan yang cemerlang.
“Jika anda dianugerahkan Anugerah Razzie, adakah itu menjadikan anda pelakon paling teruk yang pernah ada? Mungkin tidak. Jika saya boleh muncul untuk menerima Oscar sebagai satu penghormatan, semestinya saya boleh muncul untuk menerima anugerah Razzie yang menyatakan saya boleh lakukan yang terbaik lain kali.
“Saya selalu belajar yang kalau anda tidak boleh menjadi orang yang gagal, maka anda tidak layak untuk menjadi pemenang yang baik. Jadi saya ke sana dan menikmati momen itu dan kemudiannya saya bakar anugerah tersebut. Itu yang saya lakukan,” ujarnya ibu kepada dua cahaya mata ini.
Selain Halle Berry, pelakon hebat lain yang juga pemenang Anugerah Academy yang menerima Anugerah Razzie ialah Sandra Bullock. Dia digelar pelakon paling teruk menerusi lakonannya dalam filem All About Steve.
Usahawan selebriti, Intan Liana Saleh,36, selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Mohd Aizam Yahya,25, pada Selasa dengan sekali lafaz.
Majlis perkahwinan telah dilangsungkan sederhana tetapi meriah di sebuah premis acara di Jalan Ampang, kira-kira jam 9.00 malam.
Menurut Intan, Aizam seorang penjawat awam dan dia terbuka hati untuk kembali bergelar isteri selepas melihat keikhlasan serta keserasian lelaki itu terhadap dua anak lelakinya.
“Sejujurnya kami membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga selepas enam bulan berkenalan. Kami diperkenalkan menerusi kawan-kawan sebelum ini.
“Alhamdulillah, hubungan berjalan dengan baik dan masing-masing sudah bersedia ke fasa yang lebih serius. Syukur majlis raja sehari kami dipermudahkan,” katanya.
Intan menjelaskan, sudah menjadi pendiriannya mahu mencari pasangan yang dapat menerima dia dan anak-anak.
“Sepanjang mengenali Aizam, saya melihat suami sebagai lelaki yang berbeza daripada yang lain. Maksudnya, daripada segi layanan Aizam terhadap anak-anak saya selain dia seorang penyabar.
“Malah, dia juga seorang yang pemaaf dan cukup mengambil berat,” katanya.
Meski usia mereka berbeza 11 tahun, Intan menyifatkan suami sebagai lelaki yang matang.
“Bagi saya usia bukan penghalang sama ada muda atau sebaliknya. Jika lelaki itu berusia sekalipun, ia belum menjamin kematangan dalam perhubungan.
“Yang penting masing-masing tahu tangunggjawab selepas bergelar bergelar suami isteri. Doakan yang baik-baik buat kami insya-Allah,” katanya.
Intan pada masa sama turut mengharapkan bahtera perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke akhirnya.
“Apa yang saya doakan, semoga hubungan ini akan berjalan dengan aman damai dan diredai Allah SWT,” katanya yang tidak menolak sekiranya dikurniakan rezeki cahaya mata awal.
Terdahulu, Intan Liana ialah bekas isteri kepada pemuzik Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude.
Hasil perkongsian hidup, Intan dan Ude sebelum ini turut dikurniakan dua anak, Arish Muqri, 7, dan Ariq Muqri, 4 tahun.
Intan yang bercerai dengan Ude pada 2018, sempat bermadu dengan pelakon, Izreen Azminda.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rapper dan usahawan, Caprice mendedahkan dirinya sering kali menerima nasihat dan teguran daripada orang ramai menerusi ruangan ‘direct massage’ mengenai penampilan isterinya, Farra Inalis.
Bagaimanapun, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli memaklumkan dia tidak akan memaksa isterinya itu untuk berhijab sepenuhnya sebaliknya dia mahu perubahan tersebut berlaku dengan kerelaan hatinya sendiri.
Katanya lagi, dia ada juga menegur mengenai perkara tersebut namun dia juga sedar dirinya juga turut mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki.
“The question ramai dm and comment, ‘tak nak tegur bini ke?’ Believe me, I have. I don’t force anything on anyone because I too have many weaknesses. I don’t want her to change for me, netizens, or the public.
“I want her to change kerana Allah. It has been tough for her ever since I threw her into my world and public life but insyaAllah I hope she gets here again one day @farra_inalis,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Takde Hal Bro itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Sementara itu, Caprice turut memberitahu, dia juga sering berkongsi mengenai kisah-kisah hijrah rakan artis untuk dijadikan sumber inspirasi buat isterinya.
“Lately, cap bagi dia banyak contoh artist seperti zizi kirana, fazura, izara, to inspire her to make the change dan bakar semangat dia.
“Baru semalam kita gaduh sikit sebab dia soal kenapa I jarang post gambar dengan dia dekat my main page IG. I told her the only way I post gambar sama-sama dengan dia kat sini is if dia berhijab. Nasib baik tak tido kat sofa.
“InsyaAllah guys, I appreciate those that nasihat me in the dm, and I will try my best to be a good husband and a father,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan cara didikan yang ditunjukkan oleh Caprice selain turut mendoakan semoga pasangan tersebut dikurniakan kehidupan yang bahagia sampai bila-bila.
“Insyaallah Cap. Berubah kerana Allah bukan kerana manusia. Nak berubah senang nak istiqomah yang perlukan masa slowly but surely.
“InsyahAllah. Hidayah milik Allah.
“Hidayah milik Allah. Jangan tengok permulaan seseorang tapi lihatlah pengakhirannya. Mungkin dia sejuta kali lebih mulia dpd kita. So dont judge,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Untuk rekod, pada 15 November Caprice mengejutkan ramai apabila sekeping foto pernikahannya tular dalam media sosial.
Tidak lama kemudian, Caprice mengakui sudah bernikah dengan Elis yang juga berasal dari Kelantan.
Difahamkan, Elis merupakan seorang janda anak satu dan mempunyai seorang anak perempuan daripada perkahwinan terdahulu bernama Aleesya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Caprice
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.